Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Wordless18...Hari ini dari Semalam

Imej

Bila Rasa Ini Datang...

Imej
Sangat tak suka bila rasa nie datang... Bila kerja tengah banyak... Bila tanggungjawab masih belum diselesaikan... dan rasa ini datang...
Rasa nak berehat lagi... walaupun baru jer bercuti raya ... dan sambung pulak dengan anak tak sihat... tapi bila pergi kerja... rasa ni  tetap nak menyinggah...
Tiba-tiba rasa letih...penat ... tak mampu nak berfikir... malas... dan rasa itu amat sangat... terukkah kalau kita rasa macam tu?
Kalau cuti banyak... memang rasa nak sambung cuti... nak rehat puas2... tapi kalau duduk rumah.. rehat ker?
Rasa cam tak jer kan... macam kerja kat umah lagi banyak.. betul tak kawan2?... Mesti betul kan.. tapi sekurang2nya kita buat ikut schedule kita sendiri... takder amanah dari orang lain... 
Emmm... nak buat cam ner nie?... macamana nak hilangkan rasa yang ada nie.. emmmmm?

Bedak Sejuk..

Imej
Bila gi umah mak... bedak sejuk nie memang akak sangat suker... dahlah wangi pastu kalau pakai waktu tengahari .. memang sangat nyaman dan dingin... wahhhh promote giler nie...hihihihi
Bukan apa... mak memang guna bedak sejuk nie dah lama..mak kata since dia anak dara... bayangkan lah lamanya tu..sebab mak pun dah 63 tahun dah... walaupun kadang2 mak try gak gunak produk2 yang lain.. tapi bedak sejuk nie mak tetap maintain gitu...
Bila akak belek2 bedak nie... made in thailand... since 1922... dah berapa tahun dah tu.. alamak math tak terer laa korang kiralah sendiri....
Dan yang pasti kalau akak ada jerawat masa nak menses kan.. akak bubuh jer sikit kat jerawat tu.. pasti kering esoknya... Mak pulak memang susah nak tengok jerawat kat muka nak.. maintain bersih gitu...tapi kedut2 dia tak preventlaa... agaknya ada ker produk yang boleh halang kedut yer... kalu ada tentu mahallkan...
Akak pakai apa?... hahaha... no product yang maintain kekal kat muka nie... jap tukar itu..jap tukar i…

Sudah cukup ikhlas kah kita?

Imej
Dalam hidup nie... manusia ada pelbagai jenis. Ada mengejar kesenangan tetapi tidak menyedari yang dia tertinggal sesuatu yang sngat berharga. Contoh... ada manusia yang ingin rezeki lebih untuk kesenangan diri.. tetapi ibu atau ayahnya tidak diberi perhatian. Diri jadi kemaruk dengan duit sehinggakan tanggungjawab yang Allah bri cuba diagih2kan kpd orang lain dgn alasan aku dah cukup berkorban. Setiap titis peluh dikira supaya lebih adil kononnya. "Aku dah jaga ayah dan mak, kini giliran adik atau abang pula. " itulah kata2 alasan yang di cipta agar tidak ketara dosanya..Aduhai takutnya kita jika itu pernah terdetik dihati kita. Kita cuba menjadi anak yang terbaik tetapi kadang2 kita berkira2 pula dihati. Yang ikhlas jadi kurang ikhlas pabila ada dkalangan adikberadik yang tidak ambil pusing. Perasaan marah bercampur baur dgn perasaan tidak puas hati.. akhirnya kita merungut. Pahala yang menanti..akhornya di penuhi dengan dosa. Ish ish ish.. takutkan sekiranya itu yang terj…

Salam AidilAdha...

Imej
Salam AidilAdha kepada semua rakan bloggerku Semoga kita dapat memahami erti pengorbanan Dan semoga Pengorbanan kita di terima disisi NYA... Amiiinnnnn

Menghayati Erti Korban..

Imej
SALAH satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Ibadah korban bermaksud menyembelih haiwan seperti kambing atau lembu sesudah solat sunat Aidiladha sehingga hari tasyrik iaitu hari ketiga sesudah 10 Zulhijah.
Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w.Baginda Rasulullah sendiri dalam sebuah hadis telah mengungkapkan, orang-orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia berada dalam keadaan mampu, maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini. Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda: ‘‘Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” ujar sahabat.
‘‘Itulah sunah daripada nenekmu Ibrahim,” jawab Rasulullah.
‘‘Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat lagi.
‘‘Tiap-tiap bulunya merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah.
Menurut Syafii hukum korban adalah sunat muakad yang sa…

Wordless17...Masa & Mata

Imej

Dah Nak Raya Lagi...:D

Imej
Emmm... lagi 2  hari kita akan sambut Raya Korban.. korang korban tak?.. akak tahun nie tak lah nampaknya... insya Allah tahun depan sambung balik... tiba jer raya horban kali nie.. sudah cukup setahun permergian Allahyarham Ayah Mertua ku.. sebab dia pergi betul2 pagi hari raya korban tahun lepas.. Sudah tentu raya kali nie akan sedis2 kan... sebab baru jer setahun berlalu... luka akan berlalu insya Allah di bawa oleh masa...emmmm
Aruah abah pulak bila nak tiba Ramadhan.. sebab tu bila dekat2 nak puasa jer .. mak akan syahdu .. emmm... yer la kan .. mana boleh lupa dengan orang yang kita share suka duka dalam kehidupan kan...
Oklah.. stop citer sedis nie... sebab nak raya kan... cukuplah dengan sedekahkan al-fatihah kepada mereka yang telah mendahului kita.. insya Allah kita juga akan menyusul kemudian...
So korang kali nie turn balik mana?.. umah mak sendiri ker mak mertua... Akak?... of cozlah umah mak mertua sebab raya aidilfitri ari tu dah turn mak sendiri... kenalah adil kan...…

Ada Orang Kata...

Imej
Ada orang kata... bila mata kanan terkedip-kedip .. itu tandanya... kita nak jumpa orang jauh, nak jumpa orang yang dah lama kita tak jumpa, nak jumpa dengan orang yang kita rindu....
dan bila mata kiri terkedip2... itu tandanya, kita nak menangis, kita nak tengok bende2 tak elok.. conclusionnya mende2 negatif laa...

Ada orang kata bila dengar burung murai bising2 depan rumah.. itu tandanya nak terima khabar sedih... orang meninggal ker, orang sakit ker... negatif jugak laa...
Ada juga orang kata bila burung hantu bunyi tengah2 malam... sama cam atas... ada orang meninggal kat kampung kita... kawasan perumahan kita...

Ada juga orang kata,  kalau kita dalam perjalanan.. tetiba jumpa kura2 nak melintas.. kita kena tunggu sampai kura2 tu dapat seberang jalan ... (sabar ker kita?...) maknanya nasib kita akan bertambah baik... tapi kalau kita langgar jer... nasib kita disebaliknya... 
Ada orang kata juga.... kalau habis makan... jangan ketuk tangan kita atas pinggan tu... tak baik... maha…

Koleksi FM Akak....;D

Imej
Korang jgn gelak tau... orang lain kongsi awak pun nak kongsi.. macam banyak kan....hiihihihi... adalah sikit... itu belum kira yang anak2 masa kecik hambik wat main...
Koleksi dari mana? .. emmm dari Korea...Venice... Ostoli....Thai...dan yang banyak nyer dalam negara laa... Kawan2 bagi... Bos bagi... dan belu sendiri... Memang kalau diorng tanya nak apa... akak kirim FM jer... last2 kawan2 opis pun dah terikut.. snang kan diorg gak nak fikir apa nak bawak ole2 untuk kami... ;D...
Tengok jer tau... hihihhui...

Salam Jumaat...:D

Imej
Solat jom... sebab kita selalu lalai... marilah kita perbetulkan apa yang silap... takut2 tak sempat... siapa yang tak tahu solat.. belajar lah solat...  yang dah tahu solat... cuba lah praktiskan.. dah praktis .. sempurnakan lah solat.. dari satu waktu ke dua.. tiga..empat dah akhirnya 5... dah sempurnakan.. marilah kita cuba lengkapkan dengan bacaan yang betul... bacaan yang di fahami... dan yang paling penting... di awal waktu ... lepas tu... kita tambahkan pula dengan solat2 sunat.. agar nanti taman kita penuh dengan bunga-bungaan indah dan wangi... insya Allah... -peringatan untuk diri  dan akak kongsikan ngn kawan2 lain...:D

Buaya ker biawak...?

Imej
Emmm citer nie dah lama dah.. tapi akak nak citerlah jugak sebab pagi tadi masa lalu kat sungai air teh yang kat tempat kerja akak nie... dan kebetulan akak nampak satu makhluk Allah sedang berenang2 dengan relakxnya,,, hihihihih...
begini kisahnya... masa akak lalu kat jambatan nie beberapa tahun yang lalu... akak terserempak dengan 3 atau 4 orang bangsa kulit hitam nie (samada sudan/nigeria atau apa2lah.)... masa akak lalu tu... kebetulan ada jugalah makhluk Allah yang sama akak lihat hari nie sedang bercanda2 bersama rakan2 nya dalam 2 atau 3 ekor..jadi akak terdengar perbualan mereka


lebih kurang begini perbualan diorang... (pedulikan grammarnyua tau...:D)
jejaka A   :  look at the river,  there were an alligator, waahhh its so big...
(masa nie akak cam terkesima.. dan melihat ke dalam sungai itu)
jejaka B   :  yaaa... you are right...
(tetiba ada satu lagi suara yang menegur kesilapan mereka)..
jejaka C    : thats not an alligator man... 
(dalam hati akak.. waahhhh nasib baik ada y…

Takutnya dia ... tapi kita?

Imej
Pernahkah mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.
Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.
Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.
"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang …

Buku Baru

Imej
Emmmmmm dekat depan opis akak ada jualan buku... jadi akak rembat jugaklah 2 buku hasil pengaruh kengkawan...ish ish ish
Diorang memang tahu yang akak ni hantu buku... buku yang tajuknya 10 orang sahabat syurga tu cam best jer... buku budak2 tapi kita yang tua nie pun boleh jer kalau nak baca... jom baca


Wordless16..Damai Pagi Ini...

Imej
Semoga Damai Terus Menghuni Hati dan Jiwa Ini...

Bahagia Bersama...

Imej
Mungkin post terkini nie.. kawan2 boring kot..  sorilah .. tolonglahh layan jer akak nie... bukan nak sho off tau tapi niat dihati nak kongsi keseronokan... kepada kawan2 yang ucap tahniah tu ..terima kasih dan Alhamdulillah...Memang benar.. kebahagian anak2 adalah kebahagian kita juga.. bila anak2 seronok.. kita pun tumpang seronok kan... selagi boleh memberi kebahagian kepada mereka... kita akan terus memberi...Meniti hari bahagia bersama... menempuh segala dugaan bersama... semoga kami akan terus bersama menghadapi apa sahaja.. ;D



Akhirnya.. Alhamdulillah...

Imej
Ini kisah hari jumaat ari tu.. Alhamdulillah.. impian untuk memiliki kereta baru terkabul.  Setelah sekian lama tu.. sejak malaysia keluarkan MPV sendiri.. kalu tak silap ALZA kan.. akak dah angan2 nak dapatkan satu.. Korang janganlah tanya kenapa tak beli MPV yang ada.. kenapa nak tunggu Malaysianya keluaran... hihihihi kononnya patriotik laa... Boleh lah jugak.. tapi sebenarnya ialah .. itu yang akak mampu .. :D ngaku jerlaa...




Walaupun pelbagai rintangan yang datang masa kami bercadang nak cari MPV nie.. namun segalanya dapat di tempuhi bersama.. apa2pun kenderaan yang ada sekarang pun masih lagi menjadi POJAAAN HATIKU.. sebab susah senang dia lah bersama ku.. chewwah...
Tapi siyus .. memang kami sangat bersyukur.. sebab bukan mudah untuk mendapatkannya.. akhirnya doa dan harapan di makbulkan NYA....
Sebab tu laa hari jumaat ttu akak cuti.. sebab nak pi amik kenderaan baru kami.. yang bakal membawa kami kemerata tempat... balik kampung... sana dan sini.  Semalam akak dan family se…

Yehaaa... Akak Cuti...

Imej
Selamat pagi sumer.... haahaha..camla tak pernah cuti.... kecoh semacam... heboh semacam... bukan apa cuti kali nie  nak menyelsaikan sesuatu yang dah lama di tunggu2... sejak raya puasa ari.. hajat tak kesampaian.. hari ini adalah hari yang dijanjikan... akak harap segalanya berjalan lancar... harap segala yang diimpi dipermudahkan Allah SWT... walaupun telah dijanjikan... namun perasaan saspen ... gementar ... takut ... semuanya ada...Kawan2 mesti nak tahukan apa yang kak izan bebelkan nie.... insya Allah .. nanti akak akan update special untuk korang sumer... bila sumer dah di depan mata .. barulah sronok nak citer kan... ;D..Doakan akak ekkk.... supaya semuanya OK... ;D

Alangkah Indahnya...

Imej
Minggu nie memang havoc skit.. nak gi BW kengkawan pun tak sempat.. sebab kekangan kerja dan kesibukan menguruskan rumah tangga (camlah orang lain tak sebuk... hihihi).. yang pasti memang tak sempat nak update blog selalu.. 
Hari nie lak.. sebuk nak siapkan report meeting.. sebab esok nak cuti.. susah nak gather report dari orang lain dan kita pulak yang mengkompailkan.. dan membuat rumusan.. pecah rasa otak nak pikir dan kira.. bukanlah nak kata kita jer yang buat kerja... tapi sebab kelambatan orang lain.. kita pun terbabit sama..
Tapi itulah lumrahnya... meeting demi meeting... kesusahan yang sama jugak akak dapat.. merungut ker..?.. tak .. cuma merenung nasib.. :D..
Tapi kan ujan2 camnie.. best tak kalau dapat makan ais krim.. emmm best kan... kata orang ais krim nie dapat meredakan sedikit ketegangan.. betul ker?.. kawan2 cuka tak makan eskem (bak kata amir..)

Wordless15...

Imej

Payahnya ....

Imej
Hush... lama dah tak update blog nie... kesempatan tak der bila anak2 tak berapa sihat... hari nie start duty cam biasa.. terkejar2 kesana dan kemari...

Dulu akak pernah buat statement yang kita nie perempuan apatah lagi yang telah bergelar ibu... sentiasa rasa kuat berdepan dengan pelbagai kerenah anak2... bukan sahaja kerenah anak.. kerenah ayah kepada anak pun sekali :D... Tapi itu lah hakikatnya... kita kuat dalam kelembutan kita.. kita bersemangat dalam kelemahan kita... apatah lagi jika semua pengorbanan kita terbalas.. tentu kita rasa sangat berbaloi... atau sangat dihargai.. sebagai ibu kita hanya mampu berdoa agar.. anak2 kita tidak lupa diri...
Mampukah kita jadi tenang.. setenangnya jika kita di uji dengan pelbagai dugaan yang tidak di sangka2.. ada masa kita jadi takut nak buat keputusan sebab kita takut nak menanggung risikonya .. tapi sebenarnya kita telah pun membuat keputusan... dengan tidak membuat keputusan apa2..
Apalagi bila kita meminta...berdoa agar permintaan k…

Santan....

Imej
Kalau dulu2... akak ingat lagi ..atuk akak kait kelapa..pagi2 lagi... pastu atuk akan kopek sabut kelapa tu...bila dah bersih... atuk akan belah kelapa tu.....maka nampaklah isi kelapa yang putih bersih....
Masa akak kecik2 dulu... atuk akan duduk kat satu bangku.. dan start kukur kelapa tu untuk dapatkan isi kelap yang dah siap di sagat... pastu barulah boleh dapatkan santan kelapa tu...
Barulah boleh di buat masak kari ker... masak lemak ker.... masak kurma...atau nak buat bubur... memang payah sangat... sebab tu dulu2....bila dapat makan yang bersantan nie...maknanya waktu tu... cuti ker...atau waktu keluarga ramai bertandang kat umah atuk....macam nakk kenduri atau nak celebrate apa2...macam hari raya... susah nak dapt makan mende2 bersantan..sebab nak daptkan santan...prosesnya sangat panjang....
Tapi sekarang....semua dahh berubah... ada santan segera...tk payah nak gi belakang umah cari kelapa dah... gi jer kedai..boleh beli banyak buat stok...
Kalau nak jaga kesihatan lebih s…

Penawar Hati...

Imej
Jangan berputus asa dengan ujian yang Allah beri ... Mari kawan2 kita berbaik sangka dengan NYA...

Beransur Sihat...

Imej
Alhamdulillah....mereka beransur sihat... antibodi Aini masih kuat ..syukur sangat... Ari nie akak EL... sebab 3 anak bujang..tumbang demam..tapi masih nak gi sekolah.... si Tecit Amir jer yang perlu dijaga kat umah... Aini gi... Tadika...Ibu still maintain gagah..insya Allah demi anak2 tercinta... En. Bos.....TQ sebab sentiasa memberi semangat... ;D

Mereka juga ujian...

Imej
Hari ini.. akak di uji lagi... sebagai ibu kita selalu rasa kuat demi anak2 kan...sebagai ibu juga..kita selalu abaikan diri sendiri demi mereka...kita tidak mengharapkan apa yang kita buat dibalas oleh mereka..sebab mereka adalah amanah dari Allah SWT...Jadi izan....bersyukurlah walau apa pun ujian yang diberi olehNya...(peringatan untuk diriku sendiri..)... Kerana mereka juga adalah ujian untuk kita.....

Untuk Malam Ini

Imej
Hanya untuk malam ini... esok menu lain pulak... abaikan gambar yang senget benget hasil tangkapan anak dara si Aini...Lauk mlm nie cuma goreng bercili ikan campur kentang... dan kailan...mehoon tu ... menu pagi td... ingatkan habis ..rupanya ada juga sikit..Tengok jer tau... malu aiii....lauk tak seberapa.... ;D


Wordless14... Senyumlah...

Imej

Lima Syarat Berbuat Maksiat

Imej
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:  "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:  "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata:



"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya."  Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata  "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?  "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.  "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya!  Syarat ini membuat lelaki itu terkejut seten…

Mungkinkah Benar...

Imej
Segala yang berlaku adalah kehendak Allah SWT... mampukah kita untuk menidakkannya... Allah Hu Akbar...