Jom Follow sayer.....:)

Cari Blog Ini

Nuffnang

Isnin, 22 Oktober 2012

Ada Orang Kata...

Ada orang kata... bila mata kanan terkedip-kedip .. itu tandanya... kita nak jumpa orang jauh, nak jumpa orang yang dah lama kita tak jumpa, nak jumpa dengan orang yang kita rindu....

dan bila mata kiri terkedip2... itu tandanya, kita nak menangis, kita nak tengok bende2 tak elok.. conclusionnya mende2 negatif laa...


Ada orang kata bila dengar burung murai bising2 depan rumah.. itu tandanya nak terima khabar sedih... orang meninggal ker, orang sakit ker... negatif jugak laa...

Ada juga orang kata bila burung hantu bunyi tengah2 malam... sama cam atas... ada orang meninggal kat kampung kita... kawasan perumahan kita...


Ada juga orang kata,  kalau kita dalam perjalanan.. tetiba jumpa kura2 nak melintas.. kita kena tunggu sampai kura2 tu dapat seberang jalan ... (sabar ker kita?...) maknanya nasib kita akan bertambah baik... tapi kalau kita langgar jer... nasib kita disebaliknya... 

Ada orang kata juga.... kalau habis makan... jangan ketuk tangan kita atas pinggan tu... tak baik... mahal rezeki...

sebenarnya banyak betul pantangnya... kalau dengar apa orang kata... nak buat itu tak boleh ini tak boleh kan... kadang2 tu sampai sendiri rasa risau bila tanda2 di atas tu berlaku kat kita.. 

Apa2 pun... segala perkara yang berlaku pada kita itu adalah kehendakNya.. saperlah kita untuk menidakkannya... 

betul tak?..

5 ulasan:

  1. anggap saje semua tu kebetulan andai benar2 berlaku

    BalasPadam
  2. setuju sgt2 kak.. hanya Dia yg lebih tahu...

    BalasPadam
  3. Bru-baru ni mata OKje berkedip2 jugak.... kejap kanan kejap kiri... he...he...

    BalasPadam
  4. Salam sejahtera

    Apa kabar? kerje ok. mestilahkan..
    Takut pulak jatuh syirik kerana percaya benda2 mcm tu, ya Allah ampunkan saya dan kita semua.

    BalasPadam
  5. kalau benar2 berlaku.,.. ianya satu kebetulan..

    org tua2 bnyak pantang larang sebab xmoh kita buat benda yg xsopan..mcm ketuk jari lepas makan kat pinggan... hehe

    akak..mata saya selalu kelip2.. kekadang,,, org ingat saya kenyit mata kat dia.. hehehehhehe

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Ramadhan datang lagi

Salam Selasa sahabat blogger sekalian.. Semakin hampir dengan Ramadhan.. Tak pasti lagi kita dapat merasainya atau tidak.. Hampir separuh ...