Jom Follow sayer.....:)

Cari Blog Ini

Nuffnang

Ahad, 28 Oktober 2012

Sudah cukup ikhlas kah kita?

Dalam hidup nie... manusia ada pelbagai jenis. Ada mengejar kesenangan tetapi tidak menyedari yang dia tertinggal sesuatu yang sngat berharga. Contoh... ada manusia yang ingin rezeki lebih untuk kesenangan diri.. tetapi ibu atau ayahnya tidak diberi perhatian. Diri jadi kemaruk dengan duit sehinggakan tanggungjawab yang Allah bri cuba diagih2kan kpd orang lain dgn alasan aku dah cukup berkorban. Setiap titis peluh dikira supaya lebih adil kononnya. "Aku dah jaga ayah dan mak, kini giliran adik atau abang pula. " itulah kata2 alasan yang di cipta agar tidak ketara dosanya..

Aduhai takutnya kita jika itu pernah terdetik dihati kita. Kita cuba menjadi anak yang terbaik tetapi kadang2 kita berkira2 pula dihati. Yang ikhlas jadi kurang ikhlas pabila ada dkalangan adikberadik yang tidak ambil pusing. Perasaan marah bercampur baur dgn perasaan tidak puas hati.. akhirnya kita merungut. Pahala yang menanti..akhornya di penuhi dengan dosa. Ish ish ish.. takutkan sekiranya itu yang terjadi.

Bukan mudah menjadi ibu bapa terbaik ubtuk anak2 kita... dan bukann juga mudah mennjadi anak2 yang terbaik untuk ibu bapa kita.
Dugaan dan hasutn syaitan terus menerus menjadi halangan untuk membuat kebaikan. Ada masa kita menang tetapi masa kita kecundangan. Namun pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita semua.  Andainya terlanjur cubalah perbetulkan... sebab kita hanya manusia yang tak sempurna.


6 ulasan:

  1. Izan memang sangat-sangat setuju.... ada kalanya hati memang kurang ikhlas ...payahnya nak mendidik hati ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang paayah nak didik hati...huhuhu...

      Padam
  2. baru sebentar tadi akak update status di fb lebih kurang gini bunyinya..

    "sebak rasa hati mendengarkan kata2 suamiku.. 'abang rela hidup miskin kerana nak jaga mak'

    Inilah yang dikatakan 'berkorban apa saja, harta, masa depan & pekerjaan' suamiku sanggup kehilangan segala2nya demi seorang ibu.. semoga Allah membantu kami.. amin... "

    semoga jika benar kami perlu berkorban untuk pulang ke kampong menjaga ibu (mertua) kerana adik ipar akan mengikut isterinya yang ingin bekerja di kuantan.. kami suami isteri redha melepaskan segala2nya yang ada di bandar ini & akan pulang juga ke kampong.. doa2akan akak ye... tak mengapalah mungkin dah tiba masanya giliran kami pula berkorban sebab adik ipar yang dah lama menemani mak di kampong...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taat seorang isteri adalah kepada suaminya... dan taat seorang isteri adalah kepada ibunya... semoga Allah permudahkan urusan akak dan suami... insyaAllah...ada hikmahnya bila segalanya ini berlaku...

      Padam
    2. ralat - taat seorang suami adalah kepada ibunya......

      Padam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Ramadhan datang lagi

Salam Selasa sahabat blogger sekalian.. Semakin hampir dengan Ramadhan.. Tak pasti lagi kita dapat merasainya atau tidak.. Hampir separuh ...