Jom Follow sayer.....:)

Friday, June 1, 2012

Cuti-Cuti di Key EL..


Cuti lagi.. Jom cuti lagi...  akak n anak2.. n of coz di pandu oleh my lovely Hubby.. kami redah Key EL...

Mula2 kami gi redah Desa Water Park.. mandi sakan.. sampai si Tecit.. nangis2 tak nak balik...dari kul 10 pagi sampai lah 3 petang.. memang sakanlah..bawak sekali adik dan anak sedara .. memang sakan sangat... balik kepenatan.. suara hilang... kulit terbakar.. masing2 rentung.. (walaupun kulit asal lebih kurang jer dengan terbakar hihihihihih)

kemudian tu .. kami ke Pusat Sains Negara.. lagi.. hihihihi.. nak donlod gambar tak dapat lak... satu jer lepas.. kebetulan masa kami pergi tu rupanya ada pameran Dinasour live... kalu nak pergi boleh lagi.. sebab ia akan berlangsung sampai 31 July 2012.. ticket pun tak mahal.. ada package famili lagi....anak2 memang enjoy habis laa... try sana..try sini...pendek kata puas hati laa...

Pastu kami gi lawat masjid Wilayah pulak.. sebab anak2 nak gi tengok.. camana rpa masjid Wilayah .. masjid wilayah sekarang sedang dalam baik pulih.. jadi ada banyak area yang tak dapat nak terjah.. tapi masih boleh solat kat sana... besar tuu... 

Pastu kami gi KLCC.. tapi bak kata Encik Bos.. hihiihi.. tapi boleh pergi selalu sebab.. mak aiii.. kami makan petang jer .. tapi harga cam masuk hotel laa pulak.. 6 orang makan .. cam 20 orang makan harganya.. sungguh.. yer laa... orang2 biasa cam kami nie... tanjat jugak laa dengan harganya itu..tapi nak merasakan.. redah jugaklah...

Hari kemudiannya kami gi ZOO negara... Haaa... kengkawan2 mesti kata..balik2 zoo..balik2 zoo... tapi ini permintaan anak2 jugak... pergi laa... bawak diorang .. happykan hati diorang.. semoga kebhagiaan diorang akan memberi kebahagian pada kami sekeluarga...samer jugak dari pagi sampai kul 3 petang jugak... boleh dikatakan setiap kali balik... malam tidur memang lena sangat.. sebab letih.. :)...

Apa2 pun memang seronok.. bila cuti dipenuhi dengan aktiviti bersama anak2... rasa cam nak sambung lagi cuti... boleh tak?... sebab anak2 stil tanya... cuti kali nie kita tak tidur hotel ker ibu?... hhihihi... sorilah anak2 next time laa.. ada rezeki nanti kita pegi yerk...

Wednesday, May 30, 2012

Cuti?.. seronok tapi...

 
 Seronok anak2 sebab dah cuti sekolah.. w/pun tak plan nak pegi mana2..namun diorang tetap seronok.. Aini asyik tanya ibu.. berapa hari kakak cuti... emm jenuh ibu jawab.. 16 hari Nak..

Tu laa... sekarang macam2 cara nak merajuk .. sampai ada yang bunuh diri sebab tak dapat balik kampung ..BERITA DISINI... 

Anak2 dulu dan sekarang sangat banyak perbezaannya.. kalau dulu.. bila di tegur.. dia kaku dan diam.. akhirnya berubah... terima dan menerima...

tapi sekarang.. bila di tegur.. ada sahaja jawapannya.. kalau di marah... ada alasannya .. mungkin sesuai dengan zaman kelahiran mereka.. sebab sekrang .. ibu2 dan ayah2 .. berpelajaran.. paling minimum pun bersekolah.. tak macam dulu... ada ibu ayah yang tak bersekolah.. hidup penuh dengan pengalaman sendiri.. MUNGKIN...

Cuti sekolah.. ada ibubapa yang menghantar anak2 ke latihan2, kem motivasi, kem tahfiz, kem kesedaran.. dan pelbagai lagi.. ada pulak yang amik kesempatan hantar anak balik kampung .. tinggal ngn nenek dan atuk (feningkan kepala opah dan wan.. hihihihi)... mak ayah dah tak susah hati nak tinggalkan anak2 kat rumah sendiri.. ada ibubapa yang pergi bercuti.. luar/dlm negara.. janji gembirakan hati anak2... ada pulak tak plan apa2.. tinggalkan anak2 kat umah dengan aktiviti masing2... apa2 pun alasan dan cara.. sebagai ibu bapa kita kena juga luangkan masa untuk diorang nie atau fahamkan anak2 kenapa kita tak dapat bercuti dengan mereka.. supaya kejadian di atas tak berulang lagi... dan sebagai ibubapa janganlah kita ambill mudah sahaja...

Saturday, May 26, 2012

Cuti Sekolah..nak gi mana?


 
Aduhai.. soklan dari anak2... Nak gi mana bu ..cuti sekolah nie...Ibu ngn ayah fening nak jawab aper.. sebab rasanya dah lama dah kami sekeluarga tak pergi bercuti.

Takkan baru nak rancang kot...ye laa.. kalu sekarang baru nak rancang dah tentu segala hotel.. chalet.. apartment dah penuh di tempah.. Emmm alamatnya melopong jer laaa.. hihihihi

Tunggu yer anak2.. ibu ngn ayah tengah survey2 nie.. tak tahulah dapat ker dak... Inilah bahana nyer..sebab tak sedar rupanya cuti sekolah dah dekat.. 

Sedar pun bila Aiman dan Amin tanya :.. Nak gi mana cuti sekolah nie ibu?... hahahahaha..

Tapi Aiman pun kan nak UPSR.. ada kelas tambahan kat sekolah dia.. jadi ibu ngn ayah memang tak plan nak bercuti (alasan jer tu... )

Tapi rasanya memang perlu pun nak bercuti sebab .. rasa sangat penat bila asyik sebuk dengar kerja kat opis.. Encik Bos lak... sebuk sangat ngn kerja dia ... asyik On Call jer... frust betul ibu.. (ngada betulkan ibu nie.. hihihihi)

Jom kita bercuti jom...



Friday, May 25, 2012

WUDHUK DAN TITIK AKUPUNTUR...


Syarat mendirikan solat ialah mengambil wuduk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wuduk.  Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?  Banyak rahsia berwuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wuduk yang dapat diungkapkan ialah:

  • Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
  • Pakar Urat Saraf / neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
  • Anda tentu pernah mendengar akupuntur kan? Cuba cari dan ketahui dimana terletaknya titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupuntur?kemudian hayati rukun wuduk. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
  • Anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupuntur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk.
  • Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu antara sistem saraf dan hormon untuk mewujudkan homeostasis (keseimbangan).
  • Titik-titik akupuntur merupakan suatu fenomena yang menarik bila berkaitan dengan syariat wuduk yang disyariatkan 15 abad yang lalu.
Jumlah Titik Akupuntur Pada Anggota Wuduk(rukun dan sunat)
  • Muka 84
    Tangan 95
    Kepala 64
    Telinga 125
    Kaki 125
    Jumlah keseluruhan = 493
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

  • Dari ilmu ahli akupuntur,pada celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang secara istmewa ianya dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.
  • Berkenaan telinga pula, walaupun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.
  • Terdapat 125 titik akupuntur pada telinga apabila disentuh semasa mengambil wuduk.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wuduk…

Marilah kita sama2 mmperbaiki wuduk kita menjadi lebih baik sebab sudah tentu semua ada rahsia yang tersendiri....



Thursday, May 24, 2012

Keistimewaan Penderma Darah


   KEKERAPAN MENDERMA                                        KEISTIMEWAAN RAWATAN
1 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
2 kali (dalan tempoh 12 bulan)
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
2 ~ 5 kali
Percuma  rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
6 ~ 10 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan.
11 ~ 15 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.
16 ~ 20 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.
21 ~ 30 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.
31 ~ 40 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.
41 ~ 50 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.
Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.

Penderma - penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain - lain Tabung Darah di Hospital
    Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual berikut :
  • Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005
Ok kengkawan.. kalau nak derma darah silakanlah..dan kita akan mendapat keistimewaan seperti di atas... kalau nak tahu lebih lanjut..boleh KLIK DISINI.



Wednesday, May 23, 2012

Tips Kurangkan Sakit Leher (Menarik!)





 




Meh nie akak nak share satu info...

Apabila sakit leher, yang mampu dilakukan hanya memandang ke depan dan jika ingin melihat ke sisi, keseluruhan tubuh terpaksa digerakkan. Ramai mengabaikan sakit di leher kerana beranggapan lama-kelamaan, ia hilang sendiri tanpa perlu dirawat. Bagaimanapun, penting untuk kita memberi perhatian terhadap sakit dialami sebelum keadaan menjadi lebih memudaratkan manakala kos untuk merawatnya pula meningkat. Ketahui tips kurangkan sakit leher.
  • Melakukan senaman leher. Menjaga pergerakan leher penting kerana ia membantu mencegah masalah jangka panjang. Senaman mudah dapat membantu menguatkan otot leher dan memperbaiki rangkaian pergerakan anda.
  • Lakukan terapi haba. Dalam tempoh 48 jam pertama selepas mengalami sakit leher, lakukan urutan ais selama lima lima hingga 10 minit di kawasan terjejas.
    Untuk sakit yang berlangsung 48 jam atau lebih, tuam di kawasan terjejas untuk membantu mengurangkan kesakitan dan melonggarkan otot.
  • Tidur dengan bantal dalam kedudukan lebih tinggi pada waktu malam bagi menyokong leher.
  • Memakai pendakap leher. Ini digunakan hanya di bawah pengawasan ahli fisioterapi dan dalam masa singkat (dua hingga empat hari).Pengambilan parasetamol atau ibuprofen boleh membantu melegakan kesakitan. Jika sakit berterusan, segera dapatkan rawatan doktor. Mereka mungkin boleh merujuk anda kepada ahli fisioterapi jika perlu.Lakukan senaman, termasuk senaman leher, jika anda duduk dalam satu kedudukan untuk jangka masa panjang di depan komputer hingga membebankan otot di bahu dan leher.Selain itu, selalu regangkan lengan, pergelangan tangan dan jari atau bangun dan berjalan-jalan jika keletihan otot bagi mengelak ketegangan dan kecederaan yang mungkin berlaku.Cara duduk yang tidak betul, terutama ketika bekerja di depan komputer, boleh membebankan bahagian atas badan, sekali gus menyebabkan sakit belakang dan bahu. Langkah mengelakkan sakit leher ialah betulkan postur badan ketika duduk.
  •  Melaraskan postur tubuh anda dapat membantu melegakan sakit belakang iaitu:
    Berdiri

  1. Berdiri tegak dengan kepala menghadap ke depan.
  2. Pastikan belakang anda lurus.
  3. Mengimbangi berat badan anda sama rata pada kedua-dua kaki.
  4. Pastikan kaki anda lurus.
  5. Duduk.Duduk tegak
  6. Pastikan kaki anda rata di atas lantai. Anda mungkin mendapati kusyen kecil berguna untuk menyokong belakang anda.Mengangkat dan mengendalikan barang. Mulakan dengan kaki anda iaitu sebelah kaki sedikit ke depan untuk mengekalkan keseimbangan.
  7. Apabila mengangkat, bengkokkan sedikit belakang, lutut dan pinggul anda, tetapi tidak berbongkok atau mencangkung. Kaki anda harus menampung tekanan.

Sumber dari Melayukini.net - Penting menjaga kesihatan terutamanya di bahagian leher. Jika mahu tidur, sila pastikan yang kita berada dalam keadaan posisi yang betul. Elakkan dari mengenakan bantal yang terlalu rendah bagi mengelakkan sakit di bahagian leher berulang.


SEGMEN : TINGKATKAN VISITOR DAN FOLLOWERS.






Setiap kali ada segmen camniie.. akak rajin jer ikut.. yer laa teringin nak ramai follower... :)

Adik2, kakak..saper2 jer la.. yang baru singgah n follow blog akak nie.. jgn segan datang lagi ekkk...

Kalau korang nak join segmen nie.. klik jer banner kat atas tu.. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang