Khamis, 30 Ogos 2012

Peringatan1...

Kelalaian di dunia hanya akan membawa kebinasaan yang amat dasyat kelak tanpa mendapat bantuan dan syafaat daripada sesiapa pun...

Antara seksaan API NERAKA yang MAHA DAHSYAT... buat peringatan kita semua...

"ADA YANG MEMBUNUH DIRI SENDIRI.....di dalam kalangan ahli neraka, ada di antara mereka yang membunuh diri mereka sendiri. Hal ini berlaku kerana mereka sanggup membunuh diri sendiri ketika hidup di dunia.  Membunuh diri sendiri adalah perkara yang dilaknat Allah dan balasannya adalah mengalami kesakitan yang amat dahsyat serta dihumban ke dalam neraka, semasa berada di dalam neraka, membunuh diri sendiri adalah seksaan yang akan dilakukan dengan berulang kali dan mereka kekal di dalamnya.  Mereka akan terus merasa kesakitan dan keperitan yang berulangkali tanpa belas kasihan.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang membunuh dirinya sendiri dengan besi ketika di dunia, maka besi itu akan membunuh dirinya di Neraka Jahanam di mana ia kekal di dalamnya.  Barang siapa yang meminum racun (dengan maksud membunuh diri) ketika di dunia, maka ia akan merasakan hal yang sama di Neraka Jahanam yang ia kekal di dalamnya. Barang siapa yang menjatuhkan diri dari gunung (atau bangunan dengan maksud membunuh diri) maka ia akan dijatuhkan di Neraka Jahanam yang ia kekal di dalamnya."

Jadi kawan2.. sebesar manapun masalah yang kita hadapi .. janganlah kita membuat keputusan yang bakal membinasakan hidup kita di dunia dan akhirat..Na'uzubillah...

Petikan dari Majalah anis...


Selasa, 28 Ogos 2012

5 Amalan Ketika Berziarah...

Masa akak membaca majalah anis keluaran terbaru.. akak berminat nak kongsi ngn kawan2 pasal adab2 yang dituntut ketika kita menziarah kerumah sesiapapun.. Al maklumlah kan raya2 nie.. sudah pasti kita akan ziarah menziarahi kan.. 

"Para sahabat sangat berhati-hati apabila mengetuk pintu rumah Nabi SAW kerana menjaga adab dengan Nabi"

"Firman Allah SWT :"Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu masuk rumah yang bukan rumahmu sebelum kamu meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. " 
(An-Nur 24:27)

Oleh itu, antara adab yang dianjurkan ketika kita berziarah ialah
  • Mengetuk pintu rumah tiga kali dengan sederhana. Boleh ditambah sekiranya yakin bahawa tuan rumah tidak mendengar ketukan tadi. (Di dalam sebuah hadis, Nabi SAW berpesan, "jika seseorang daripada kamu meminta izin sebanyak tiga kali dan tidak diizinkan maka hendaklah dia pulang." - riwayat Abu Dawud)
  • Menyatakan nama sebenar.  Nabi SAW sangat membenci orang yang tidak memperkenalkan dirinya dengan "aku".  Jabir r.a pernah datang ke rumah Nabi SAW untuk menjelaskan hutang ayahnya. Dia mengetuk pintu kemudian Nabi bertanya, "Siapa kamu?" katanya "Aku".  Kata Nabi, "Aku!, Aku!" seolah Baginda tidak menyukai ucapan sebegitu.
  • Tidak berada di muka pintu.  Hendaklah berada di sebelah kiri atau kanan pintu. Tujuannya agar kita tidak terus melihat ke dalam rumah yang terbuka sehingga ternampak perkara yang tidak sepatutnya dilihat.
  • Memberi Isyarat ketika memasuki rumah sendiri.  Ini adalah amalan para Sahabat seperti Abdullah ibnu Mas'ud.  Isterinya mengatakan bahawa jikalau Ibnu Mas'ud ingin memasuki ke dalam rumah, beliau akan berhenti di depan pintu dan berdehem-dehem sebelum masuk.
  • Tidak sedih jika kunjugan tidak diterima.  Bersangka baiklah kerana tidak semua orang mampu menyatakan keuzuran mereka.  Boleh jadi tuan rumah tidak perasan, mungkin mereka bersama keluarga atau tidak bersedia menerima tetamu kerana keadaan rumah mereka tidak begitu sempurna.

Hayati kata2 seorang Tabiin iaitu Qatadah bin Di'amah as-Sadusi, "Jangan berdiri di depan rumah orang yang tidak menerima ziarahmu. Mungkin kamu ada urusan dan mereka juga ada urusan, Ketahuilah, bahawa urusan mereka itu lebih utama."

"Sekiranya dikatakan kepada kamu 'pulang', maka pulanglah.  Sesungguhnya itu adalah terlebih baik bagimu." (An-Nur 24:28)

petikan dari Majalah Anis


Hujan Pagi...


Hari ni hujan pagi... sangat lebat dari rumah akak sampailah ke pejabat... cuaca sangat gelap macam malam... saspen betul bawak keta hujan2 gini.... Alhamdulillah akhirnya sampai juga di pejabat...malahan paling awal sampai.. hihihihihi..hujan nie bawa rahmat... semoga rezeki juga turun mencurah2 seperti lebatnya hujan hari ini.. Amiiinnn...

Semalam akak di serang Migrain (masa nak balik umah)... aduhai... dahlah berposa ganti.. tak sempat nak sediakan apa2 pun utk berbuka sebab dah sakit sangat... sepanjang bawak kereta balik umah.. airmata keluar mencurah2 macam lah menangis tapi sebenarnya tak tahan dengan cahaya matahari... aduhai..dugaaan sungguh... sampai rumah Alhamdulillah En. Bos yang kusayang tu dah siapkan menu berbuka.. dapatlah akak dan Amin.. menyelesaikan ibadah posa semalam dengan jayanya... Alhamdulillah...Syukur pada Mu Ya Allah... dan terima kasih buat En. Bos TERCHENTA... peluk kuat2..

Hari ini apa citer yer...emmm... tak tahu lagi... yang pasti kerja dah tungguu...meh kita mula kerja dengan semangat hujan yang turun tu... :D (izan r u sure?!?!?!?) Ya Allah..berilah hambamu ini kekuatan...Amiinnn


Isnin, 27 Ogos 2012

Kembali ke Asal..Fitrah...





Waahhh terasa lambatnya masa berlalu hari ini... akak dah mula bekerja seperti biasa.. anak2 dah mula ke sekolah... tadi masa nak hantar Amir ke nursery pun ..tak nak lepas peluk ibu... aduhai ibu pulak rasa sebak... nak wat camner nak.. petang nie .. insya Allah ada umur kita jumpa lagi.. :D.. En. Bos pulak bertugas dah.. menghantar Aini ke Tadika... pokoknya semua sudah bertugas seperti biasa.. walapun mood raya masih lagi terasa...

Kat opis plak.. masih ada lagi yang sambung cuti (kalu akak ada cuti banyak..confirm akak pun tergolong dalam golongan nie.. :D ..).. Mood kerja pun macam dalam 50% jer.. rasa nyer laa.. opis memang sunyi.. jadi akak rajinkan diri mendengar lagu raya yang ada kat PC akak nie.. jadi tak derlah sunyi sangat.. yer tak..

Hari ini.. oleh kerana dah start kerja jadi akak amik kesempatan jugaklah mengganti posa.. yerlah cepat2 ganti kan.. nanti bila dah lama jadi malas.. hihihik...Opis korang dah start wat Open Opis ker?... kamu belum lagi... hari tu macam ada dengar2... tapi hari ni cam senyap jerkkk... emmm tunggu jerlaa...

Jom layan satu lagu yang akak memang suka sangat..


Ahad, 26 Ogos 2012

Sarapan di mana????



Emmm.... hari ke 8 Syawal...pepagi anak2 sebuk nak sarapan roti canai...kami kuar rumah lebih kurang kul 930pagi... tapi...semua kedai mamak penuh.. kedai melayu yang kami selalu pergi pulak tutup...
En. Bos.. keliling bandar rawang..tapi full parking...nak park tepi2 jalan...rasa tak berbaloi sebab seat semua penuh... anak2 dah keluh kesah... akhirnya kami melangkah jauh sedikit dari bandar rawang... Alhamdulillah..ada satu kedai mamak...dalam tak berapa ramai orang..sebab kedainya bukan ditepi jalan...
Dapatlah anak2 melepaskan hajatnya makan roti canai... ibu ngn ayah join skali laa..pasti...
Jom sarapan....... (Wpun n3 dah menjelang makann malam... kengkawan layan jer laa..... hihihihi... ;D)


Sabtu, 25 Ogos 2012

Raya..Raya..Raya...

Selamat Hari Raya sekali lagi kawan2ku semua... emm...mood beraya masih belum off lagi.. balik dari kpg mertua..turn anak2 dan kawan mereka pula memeriahkan lagi minggu cuti sekolah sempena raya nie... jemputan rumah terbuka sudah diterima...
Hari nie.. ada 2 jemputan rumah terbuka.. tapi yang satu tu jauh perjalanannya.. rasanya tak kesampaian pun..cukuplah dengan sampaian salam...maaf yer...Insya Allah ada umur kami akan terjah juga rumahh kamu sahabat...
Oklah...raya tahun macamana.?..akak ok jer .. memang meriah..tahun nie kat umahh mak di Ampang...pada akak suasana lebih terasa di kampung mertua lagi... tapi apalah salahnya kita meraikan ibu yang jarang2 ddapat bersama pada hari raya nie kan.. wpun jiran keliling umah mak ..ramai yang balik kampung... kami beraya ke rumah saudara mara yang masih ada di KL nie...Bila balik kampung mertua pulak...anak2 lah yamg paling seronok sebaab dapat terjah rumah jiran tetangga untuk kutip duit raya... ;D..
Ingatkan ada suprise raya tahun nie.. rupanya belum ada rezeki lagi.. takperlah...akak sangat percaya segala sesuatu itu telah ditentukan oleh Dia Yang Maha Mengetahui... sebaaggai hambanya... akak terima..
Kita jumpa lagi ekkk..di N3 yang akan datang.. maaflah masih belum sempat terjah kawan2 lagi..jumpa lagi yer...

Ahad, 19 Ogos 2012

Selamat Hari Raya ....

Salam Aidilfitri kawan2... dikesempatan ini akak ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya selama berblogging dan mengenali kalian semua ada yang terusik..terasa...tersinggung....
X sempat nak jenguk kawan2... juz nak share sedikit dgn kawan2.. luv u alllsss.... ;D

Sabtu, 18 Ogos 2012

Sudah Selamat Sampai....

Alhamdulillah...akhirnya selamat sampai umah mak... kali ini beraya kat umah mak sendiri..insya allah..kalau tak ada aral melintang raya ke 2...kami akan ke umah mak En. Bos plak...
Ari nie?... dah start buat persiapan untuk Raya esok... meh akak share sikit apa yang kami tengah buat...dan siapa yang telah didera tolong ibu...hiihiihi...:D



Jumaat, 17 Ogos 2012

Ramadhan 28...

Sudah pun 28 Ramadhan... hanyal tinggal lebih kurang 2hari lagi kita akan sambut Syawal..tak tahu kenapa..hati terasa sayu.. rasa yang sebelum ini kurang terkesan.. tapi Ramadhan kali ini memberi satu kesan yang sangatt berbekas di hati... seolah2 ruang untuk mendekatiNya sudah sampai ke garis penamat..
Bukan bermaksud selepas ini kita akan menjadi lebih teruk.. tapi selepas ini dugaan yang bakal mendatang mungkin akan bertambah hebat... syahdu hati melakukan ibadah tidak sehebat Ramadhan..
"Ya Allah..Ya Tuhanku...aku mohon padaMu... seandainya ini Ramadhan terakhir buatku...jadikanlah ia Ramadhan yang terbaik buatku...semoga apa yang aku lakukan sepanjang Ramadhan ini mendapat tempat di sisi Mu...Tetapi jika masih aku diberi kesempatan...temuilah aku dengan Ramadhan yang akan datang.. pasti aku akan merinduinya..amiiinnnn
Kawan2..dikesemptn yang ada ini ... andainya ada kesilapan dan keterlanjuran bicara sepanjang mengenali kalian.....Mohon Seribu Kemaafan..semoga ikatan yang terjalin sentiasa dirahmati Allah SWT.

Rabu, 15 Ogos 2012

Sabar itu....



Alhamdulillah akhirnya kita sudah hampir melunaskan tanggungjawab kita pada Nya.. sudah 26 Ramadhan... tinggal lagi 3 hari sahaja lagi kita dapat mengecapi bonus yang beri oleh Nya...

Puasa mengajar kita bersabar... sabar...dan terus bersabar... sabar ini banyak kegunaanya... adakalanya sabar ini tiada batasannya.. ada masanya sabar ini terasa kemanisannya selepas itu... Ramadhan mendidik jiwa kita agar memantapkan lagi tahap kesabaran yang kita ada... janganlah hanya menjaganya waktu Ramadhan sahaja.. marilah kita sama2 meneruskan apa yang telah di didik Allah SWT sepanjang Ramadhan ini .. dan semoga kita menjadi bertambah baik ..baik..baik.. sehingga akhirnya nafas kita nanti... Amiinnn

 


Selasa, 14 Ogos 2012

Duit Raya....

Salam kawan2... baru berkesempatan update blog... hari ini hari yang agak sebuk buat akak... kehulu hilir bersama si tecit yang tak berapa sihat.. tapi alhamdulillah... sekarang dah ok dah.. dok main ngn abang2 kat depan..

Pagi tadi sebelum En. Bos memulakan tugasnya.. smpat dia menngeluarkan sampul duit raya...berserta dgn duit raya yang tak lag ditukar... misi memasukkan duit kedalam sampul bermula... mula lah kira anak saudara...makcuk; akcik..atok nenek..dan lain2... hah baru perasan keluarga dah betcambah2... huhuhuhu.... tak per. .... semua tu rezeki pemberian Allah SWT..
Jom kita kira duit raya lak lepas nie... ;D


Isnin, 13 Ogos 2012

Dam Dam Dum.. hah Mercunnn...!

Jumpa lagi kawan2... hari yang ke 24 kita berpuasa.. Alhamdulillah diberi kesempatan lagi kita menunaikan Ibadah Puasa ... harap2 mampu lagi kita lakukan hingga akhir Ramadhan.. dan diberi kesempatan juga meraikan Syawal... :)

Kat kawasan umah akak.. dari 1st day puasa dah berbunyi dah mercun (bom kot).. sebab punyalah kuat .. kalu tengah Isya' confrm terperanjat...


anak2 akak memang kecuh nak main mercun... tapi alhamdulillah tahun nie.. diorang slow down sikit mintak2 mercun nie.. tapi bila kengkawan dia kat luar dah macam2 bunyi.. diorang pun sibuk jugaklah.. tapi En. Bos hanya benarkan diorang main bunga api dan mercun pop..dengan pengawasan kami berdua.. yer lahkan kita taknak anak2 kita jadi salah seorang mangsa yang popular bila menjelang bulan puasa...

Tapi... kita hanya mampu mengawal dengan batasan yang kita ada.. kita mintak anak2 kita faham dengan pejelasan yang kita beri pada mereka.. jika mereka melakukannya tanpa pengetahuan kita.. apa lah yang boleh kita buat kan.. Serahkan lah kepada Allah SWT... supaya mereka terlindung dan terpelihara dan perbuatan2 yang sia2...aminnn



Ahad, 12 Ogos 2012

Iklan ..apakah?

Bulan2 posa nie..tengahh jalan2 anak tunjuk kat iklan yang tak senonoh nie...dah laa betul2 depan balai polis...kenyang lah pegawai polis tengok wanita yang sedang pelok tayar..
Akak terfikir..nak jual tayar ker nak jual wanita...aduhai sedis tengok..tapi ituulah hakikat dunia akhir zaman.. wanita sendiri tak perasan yang dirinya digunakan untuk tujuan yang salah...malahn wanita merasa sangat banngga dengan apa yang ada untuk di peragakan...
"Ya Allah kau jauhkan keturunan ku dari melupakan Kau..supaya keturunanku menjaga syariat Islam yang sebeenarnya...Amiiiinnn "

Sabtu, 11 Ogos 2012

Nak Bawa Ibu ke Mana????



Belum beli baju raya lagi nie... ibu ngn ayah nie wat tak tahu jer...
Tak perlah...tak nak susahkan ibu ngn ayah... biarlah amir bawak keta..cari sendiri baju rayalah...
Atau meh Amir bawak ibu ngn ayah gi carik baju raya... jom ibu....jom ayah...Amir nakk raya nie...
Amacam kawan2 ...ada branie?  Hihhihhihhihhi... ;)

Eppy Best Day Ramadhan .....




Semalam kan hari jadi Aiman... tak sangka lak rupa2nya En. Bos belikan kek hari jadi kat anak bujang sulong dia... tersenyum simpullah budak tu...sebab surprise... kitaorg xder tiup2 lilin nie.. cuma seronok2 potong kek dan sedikit doa semoga umur sentiasa diberkati Allah SWT...
Adik beradik yang lain tumpang seronok... ;D

Penghuni Baru Dalam Umah...



Alhamdulillah..akhirnya PC kami diberi tempat baru..selama ni.. duk atas meja makan jer....barulah nampak kemas sikit.. dan anak selesa sikit menggunakan PC tu...
Akakk lak....syukur jer sebab En.Bos beli.....hihihihi...jadi.. no komen komen.... nakk komen wat per pun ..memang selama nie kitaorg mencari2 meja komputer nie..... sekali lagi Syukur KepadaNya...;D
Tq juga kat En Bos...hihiihi....

Jumaat, 10 Ogos 2012

Di Manakah Dikau..???

amik kat google
 Marilah kita sama2 mengejar.. namun janganlah sampai meninggalkan tanggungjawab yang wajib kita pikul... :)

Selamat berhujung minggu


Selamat Hari Lahir Aiman...



Selamat hari lahir buat Aiman...anak ibu yang pertama..semoga menjadi anak yang soleh yang dapat mendoakan ibu dan ayah bila dah tiada lagi nanti...
Ibu dan ayah sayang kamu dunia dan akhirat... ;D

Rabu, 8 Ogos 2012

Diduga lagi...


Pinggangku sakit lgi.. aduhai... akak selalu terfkir..sakit ini adalah daripada kesan epidural yang akak amik masa operation anak pertama 12 tahun dulu..
Sampai sekrg ada masa pinggang akan sakit secara tiba2... yang pasti diduga lagi....
Krim inilah yang mengurangkan sedikit sakit tu..masa sahur pulak telan sebiji ponstan utk krgkan sakit... harap2 janganlah melarat...Amiiinnnn...

Masih Lagi Panjang...

Masih lagi terus mencari... tanpa nokhtah...............................


Selasa, 7 Ogos 2012

Rejection ?!?!?!?

Aik.. apo kono kak izan.. tetiba jer tajuk omputih... sajer jer kawan2.. yer lah kan.. kalau dalam bahasa melayunya ditolak...macam tak feel lah pulak.. tul tak???

Bukan apa hari nie akak nak tanya... dalam dunia nie ada ker orang yang tak pernah kena reject nie.. ADA?.. wah hebat orang tu kan... akak?.. wahhh selama hampir 40 tahun hidup.. dah pelbagai perkara di reject... contoh? ok ok ok nak citer lah nie...

Kalau nak citer pasal reject nie.. macam2... dalam pekerjaan  - di tolak cadangan.. pandangan...pendapat... dan seribu satu hal lagi.. dapat bos berhikmah dia akan kata : "kita terima pendapat tu... tetapi........."
tapi kalau dapat bos brutal :"tak boleh macam tu.. kena fikir.............(sambunglah ayat sendiri)"  
Korang agak2 best tak kalau depan ramai orang .. cadangan kita di tolak oleh bos kita.. dahlah di tolak.. malahan dimain2kan pulak cadangan tersebut... kalau tak marah pun .. terbakar jugaklah hati nie.. hahahahaha... (macam pernah kena jer.. hihihihi)

Haahh apa lagi yerk...kalau bab cinta pulak.. macamana kalau cinta di tolak (ni akak tak pernah kena tau...hihihi).. heemmmm bukan mudah tau.. ada orang tak boleh terima keadaan nie.. bunuh diri pun sanggup... ada tu siap ugut pasangan.. kalau tak terima dia akan cedera kan diri dia.. hush hebat penangan cinta nie kan...pendapat akak?... Alaaa relaxlah.. bunga bukan sekuntum.. kumbang bukan seekor.. cari jer lain... naper nak merayu kat orang yang tak suka kita.. buat habis tenaga jer....

Lagi apa yer.. emmm hah nie akak pernah kena.. permohonan buat loan.. kena reject sebab tak cukup criteria.. huhuhuhhuh sedish tau... tapi terima lahh ..dah macamtu.. kena lah buat sesuatu agar usaha berhasil...

Jadi pokok pangkalnya.. kena reject nie sakit bangat... macam mana nak hadapi rejection nie pun satu hal gak..TAPI.....
pernah tak kita terfikir... macamana perasaan kita bila kita direject oleh Allah S.W.T.. contoh paling mudah.. kenapa doa kita tidak dimakbulkan lagi... emmmmmm...selalu nya yang ini kita tak perasan pun.. malahan tak ambil endah pun.. padahal perkara ini dapat menjadi petunjuk pada kita yang kita masih lagi tak cukup lagi memohon.. tak cukup lagi berdoa.. atau ada hijab yang masih lagi jadi penghalang doa kita itu...

Mari kita check agak2nya kenapa Doa kita direject oleh yang Punya Dunia Ini...

  1. Kita mengenal Allah, namun tidak menunaikan hak-hak-Nya.
  2. Kita membaca Al-Quran, tapi kita tidak mengamalkan isinya.
  3. Kita mengakui bahwa iblis adalah musuh yang sangat nyata, namun kita mengikuti jejak dan perintahnya.
  4. Kita mengaku mencintai Rasulullah, tetapi kita meninggalkan ajaran dan sunnahnya.
  5. Kita sangat menginginkan syurga, tapi kita tak pernah melakukan amalan ahli syurga.
  6. Kita takut dimasukkan ke dalam neraka, namun kita dengan senangnya sibuk dengan perbuatan ahli neraka.
  7. Kita mengaku bahwa kematian pasti datang, namun tidak pernah mempersiapkan bekal untuk menghadapinya.
  8. Kita sibuk mencari aib orang lain dan melupakan cacat dan kekurangan diri kita sendiri.
  9. Kita setiap hari memakan rezeki Allah, tapi kita lupa mensyukuri nikmat-Nya.
  10. Kita sering menghantar jenazah ke kubur, tapi tidak pernah menyedari bahawa kita akan mengalami hal yang serupa.”
Emm... kawan2 marilah kita sama2 belajar dan berusaha agar Doa dan Permohonan kita di makbulkan Allah SWT... Amiinnnn

Ahad, 5 Ogos 2012

Keluarga Iskandar.. Siri Pilihan Hati

Emmm... sepanjang Ramadhan nie akak tak derlah nak tengok TV sangat.. kekadang jer.. sebab masa sangat laju.. bila malam dah ngantuk dengan urusan seharian... pastu malam pun jarang jengah TV sebab Aiman kan dah nak UPSR.. nak suruh dia pay attention kat study jugak kan sikit2.. 

Buat masa nie.. cerita siri yang akak kerap tengok ialah KELUARGA ISKANDAR.. kisah sebuah keluarga besar dari Johor yang bahagia .. namun penuh dengan konflik yang dramatik... akak suka sangat.. rasa dekat dihati..bagaimana menantu kena memenuhi permintaan mak mertua... bagaimana suami isteri mengelak dari krisis... bagaimana nak mendidik anak2 dgn cara yg betul.. yang tipikal melayu.. memang akak suka..boleh layan laa..

jom kita tengok promo ni skit..



Kisah memang happening... tapi terpulanglah kat korang nak judge camaner kan... cuma pada akak ia amat sesuai ditonton oleh segenap lapisan umur.. ish lebih2 promote pulak kan.. :D


Sabtu, 4 Ogos 2012

Cuba Kita Check Iman Kita...


Semalam akak dengar ceramah Ramadhan.. Ustaz kata kita kena check iman kita untuk tahu di tahap mana kita.. adakah iman kita sudah semakin lemah.. kerana jika ada tanda2 ini.. maka kita mampu untuk melakukan sesuatu untuk memantapkannya semula..

Meh akak nak share apa yang akak dapat semalam...

Tanda2 Iman Semakin Lemah...

  • Melakukan dosa .. tetapi tidak merasa bersalah
  • Sangat susah untuk bangun melakukan solat subuh
  • Tidak rasa kusyuk dalam solat
  • Merungut dengan ketentuan Taqdir
  • Tidak sabar apabila menerima ujian Allah SWT
  • Terlalu sebuk dengan urusan duniawi
  • Meninggalkan Al-Quran tanpa dibaca
  • Tidak mengendahkan manusia lain membuat dosa
  • Rasa tidak bersalah apabila melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam
  • Tidak merasa apa-apa apabila mendengar bacaan al Quran
  • Menyuruh orang lain berbuat baik tetapi tidak di praktikkan sendiri
  • Senang dan seronok bila melihat orang lain mendapat kesusahan
  • Hanya peduli kepada halal dan haram tetapi membiarkan yang makruh
  • Ketawakan orang lain membuat kebaikan
  • Tidak peduli dengan keadaan umat Islam yang lain (cth Palestin/Iraq dll)
  • Tidak merasa bertanggungjawab untuk kemajuan Islam
  • Suka berdebat walaupun tidak ada bukti
  • Menjadi lalai dan obses dengan diri sendiri..

Emmm... amacam kawan2.. ada tak antara di atas ada pada kita... minta di jauhkan .. semoga setiap hari kita semakin ingat dan terus bergantung kepada Allah yang Satu... Amiinnnn


Jumaat, 3 Ogos 2012

Korang Dah Khatam Quran?..



Korang dah khatam Quran Ramadhan nie..?.. mesti dah kan atau dah separuh ker... akak nie adalah sikit.. (terukkan... ish banyak kena perbaiki diri nie..sedis rasa hati ini.. )

Opis sebelah kami dah buat majlis khatam Quran lagi (bertadarus ramai2).. opis kami lak lebih kepada belajar Tajwid dan Bacaan.. semoga Allah SWT.. memberi Rahmat kepada kami dengan usaha yang sangat kecil ini.. amiiinnnn..


Khamis, 2 Ogos 2012

Belaan...


Haa.. apa kak izan.. nie citer pasal belaan pulak... mana ada antu.. bulan2 posa nie yer tak... nak merapu la tu... tapi korang nampak kan.. akak nampak... korang tak pernah nampak ker?..mustahil lah pulak...


:D.. hihihihi... korang nampak tak... pernah tengok citer Puntianak Harum Sundal Malam kan.. bak kata En. Bos.. satu2nyer puntianak yang .... rambut nyer guna jari pun boleh.. punya jelesnyer akak nie...

hahahah.. sebenornya nak citer pasal rambut jer... korang suka tak bela rambut.. suka rambut panjang atau pendek... mana satu senang jaga??????

Kan besh kalu kita dapat rambut cam nie.. senang nak urus.. lebih2 lagi yang bertudung 24jam kan... yer laa... kat tempat kerja dah tentu bertutup.. tak bernafas rambut tu.. balik umah dah tentu berikat (kalu panjang la).. sebab nak masak.. tak derlah rambut mengerbang nak memasak.. ye tak...payoh ooo kalu rambut panjang nie.. espeselli bila mandi wajib ..pastu subuh2 hening... nak tunggu kering lama.. pakai hair dryer.. sebenarmya tak elok sangat.. (kata pakar - rambut kita boleh rosak)...

Kalu yang ada kelimumur tu pulak... dah berjenis syampu guna.. macam2 jaminan... still cam tu gak.. hilanglah 2 atau 3 kali pakai .. pastu ada balik kelimumur tu... adoyai susah kan... dulu masa akak sekolah ada kawan cadangkan.. ko bukak jer tudung... rambut boleh bernafas.. confirm rambut jadi cantik.. tapi bila akak tengok kengkawan lain yang free hair.. samer jer.. still face the same problem... jadi bukanlah sebab bertudung..kan?

OOooooo senang jer .. potong jer rambut tu bagi pendek... emm... memang senang rambut pendek.. tapi bila pendek bagi yang bertudung laa... bila pakai tudung rambut mesti nak intai dunie punya... ada yg out station punya.. jenuh nak membetulkan nyer...

Hish Kak Izan nie.. itu salah .. ini salah.. abih apa yang betul... ;)... ikut kitalah kan.. mana yg sanggup.. Bile tanya En. Bos dia suka perempuan yang rambut panjang... abih kalu dah hubby suka.. confirm lah kita buat kan... cuma inilah masalah2 yang kena di hadapi.. hihihi...

Korang camner.. apa pendapatan korang?...




Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...