Sabtu, 4 Ogos 2012

Cuba Kita Check Iman Kita...


Semalam akak dengar ceramah Ramadhan.. Ustaz kata kita kena check iman kita untuk tahu di tahap mana kita.. adakah iman kita sudah semakin lemah.. kerana jika ada tanda2 ini.. maka kita mampu untuk melakukan sesuatu untuk memantapkannya semula..

Meh akak nak share apa yang akak dapat semalam...

Tanda2 Iman Semakin Lemah...

  • Melakukan dosa .. tetapi tidak merasa bersalah
  • Sangat susah untuk bangun melakukan solat subuh
  • Tidak rasa kusyuk dalam solat
  • Merungut dengan ketentuan Taqdir
  • Tidak sabar apabila menerima ujian Allah SWT
  • Terlalu sebuk dengan urusan duniawi
  • Meninggalkan Al-Quran tanpa dibaca
  • Tidak mengendahkan manusia lain membuat dosa
  • Rasa tidak bersalah apabila melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam
  • Tidak merasa apa-apa apabila mendengar bacaan al Quran
  • Menyuruh orang lain berbuat baik tetapi tidak di praktikkan sendiri
  • Senang dan seronok bila melihat orang lain mendapat kesusahan
  • Hanya peduli kepada halal dan haram tetapi membiarkan yang makruh
  • Ketawakan orang lain membuat kebaikan
  • Tidak peduli dengan keadaan umat Islam yang lain (cth Palestin/Iraq dll)
  • Tidak merasa bertanggungjawab untuk kemajuan Islam
  • Suka berdebat walaupun tidak ada bukti
  • Menjadi lalai dan obses dengan diri sendiri..

Emmm... amacam kawan2.. ada tak antara di atas ada pada kita... minta di jauhkan .. semoga setiap hari kita semakin ingat dan terus bergantung kepada Allah yang Satu... Amiinnnn


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...