Sabtu, 30 Mac 2013

Oh My English 2?

Esok siri 2 Oh My English akan bermula... OME memang best sebab kita sendiri boleh betulkan kesilapan English kita . Almaklumlah kan kita nie selalu sangat guna broken english sampai ingat itulah yng betul...
Tapi biarlah kita cuba bercakap dalam Bahasa Inggeris walaupun salah..  sebab kita kan "learn from a mistake..." ;)
Dalam OME 2.. Pelakon2 hebat akan turut terlibat seperti Tizz Zakiah.... Aroun Aziz... Che Ta pun ada.... ndan ramai lagi.. sambil2 gelakkan lakonan n bahasa diorang. Kita boleh gelakkab diri sendiri .. sebab kesilapan diorang juga adalah kesilapan yang kita selaly buat.. hehehe
Let's learn English in a cool ways.. ;)

Jumaat, 29 Mac 2013

Kelebihan Surah Al Kahfi...

“Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.  Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:

 1.Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
 
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”  
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
 
2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
 
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
 
3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
 
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”. 
(HR Muslim 809)
 
Surah al-Kahfi
Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat.  Ia merupakan surah Makkiyah.  Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”.  Ia suatu kalimah yang sangat penting.  Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.  Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut.  Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.
 
share dari sini.. Terima Kasih UAI dengan ilmu di beri..
 

Tak Cukup Vitamin...

Terkedu rasa lidah bila Doktor kata... U nie x cukup vitamin.. sebab tu jadi macam nie... biar betul .. badan sihat sejahtera cam nie pun x cukup vitamin jugak.... sedis mak rasa.. huhuuh.

Lately nie akak di duga oleh Nya... lidah akak takleh nak rasa... macam orang demam tu.. sumer mende rasa tawar... pastu bibir pulak kering..bila makan mende pedas jer rasa cam terbakar bibir nie... tu lakan.. orang suka makan ni .. bila Allah SWT tarik nikmat rasa dan nikmat mulut... memang hati rasa sangat tak seronok... tapi redha jer laaa...

Akhirnya gi jugak ker klinik sebab nak tahu naper jadi begitu... dan doktor pun explainlaaa... ketidak cukupan vitamin pulak... sebelum nie akak makan EPO jer... tapi kena tambahlah lagi satu...yerlaaa umur dah semakin lanjut nie.. kenalah tambah apa yang kurangg... ;)..

Khamis, 28 Mac 2013

Jidin Sengal Rebiew.....

Nak komenn apa ekk.. yang pasti memang cerita sengal pun... rasanya pernah tengok masa raya lepas... tapi sebab sengal sangat sampai tak ingat... cerita seorang lelaki yang sanggup derhakka kat mak ayah dia sebab kecoh nak cari kekasih yang sama lebih kurang sengal cam dia jugak di Kuala Lumpur.. pastu bercita2 nak jadi pelakon...

Emmm ada kot manusia2 sengal camni ekk... kalau adalah semoga diberi hidayyah olehNya... yerlahkan manusia nie kan tak sempurna...

Yang penting cerita nie memang sengal.. sedang ditayangkan kat astro mustika... tengok untuk enjoy... ;)

Secawan Di Pagi Kursus...

Pagi nie ada kursus sampai esok... best sbab speaker sempoi habbis... hahahaha...

Rabu, 27 Mac 2013

Bela Kucing Lagi Baik?...

Ada statement dari seseorang yang bila akak baca.. akak rasa cam tak percaya... bila di tanya kenapa x nak ada anak lagi... katanya.. bela kucing lagi baik dari orang... kucing tak pandai nak derhaka macam manusia...
Huish.. macam nie punya pendapat pun ada ker... membezakan antara Haiwan dan Manusia... takut pulak bila baca statement dia.. takut mengganggu akidah.. takut bil ramai yang baca akan terpengaruh...
Tapi pendapat akak.. anak2 ini anugerah... ia ujian dan cabaran buat kita.. Allah nak beri pahala pada kita.. jadi carilah ilmu yang banyak dalam mendidik anak2... yang lain serahkan bulat2 pada Allah.. kerana Dia Yang Lebih Mengetahui....

Isnin, 25 Mac 2013

Melayan Kerenah Anak2..

Bila cuti sekolah.. yang besar dgn aktiviti sendiri.. yang kecik.. kitalah nak kena melayan nya... ;)

Ahad, 24 Mac 2013

Dinner Semalam...

Tak der apa nak komen.. cuma makanan lambat skit sampai... Taste Bud... Alhamdulillah.. permintaan di mulut akhirnya di makbulkan Nya...

Jumaat, 22 Mac 2013

Cuti Sekolah Lagi..

Rasanya baru jer lepas cuti sekolah raya chine ari tu... sekarang dah cuti lagi... kalau kita pun rasa bes sangat.. inikan pulak anak2... tapi memang tak plan apa2 pun.. wpun tak plan.. cuti tetap cuti untuk diorang... sian pulak kan.. at least muka ibu dia yang cute miut nie ada depan mata dorang . Heeheeheh...(cute laa sangat.. gelak besar2)...
Yang nyatanya dgn adanya diorang kat umah nie.. bak kata mak akak.... BERGEDAHAMAT lah umahku syurgaku itu.. hihihi... tau tak maksud nya... maknanya tunggang langgang lah suasana rumah bila empat2 ada dalam umah... oklah selamat bercuti skolah anak2 sumer... ;D

Khamis, 21 Mac 2013

Lompat Tikam.. versi baru..

mSelama ni makan lompat tikam.. tapi bukan dalam cawan plastik camni.. selama ni rajin jer makan.. tapi akak tak pernah tahu ini lompat tikam.. serius tak tahu.. bila member explain barulah tahu... hihihhi.. tula kalau pandai buat kuih nie... hahahaha (agak2 llaaa)

Bila Hidayah di Terima...

"Jika orang bukan Islam boleh nampak cantiknya Islam sehingga sanggup menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, kenapa saya yang Islam sehak kecil tidak boleh berbuat begitu..." itu adalah antara kata2 dari Mohd Pierre Andre b Nazarul Andre yang membuatkan akak terfikir betapa benarnya pernyataan itu.
Kadang2 kita yang sejak lahir Islam pun tak tergerak hati untuk mendalami Islam.   Dari kecil diajar solat, membaca Al Quran dan sebagainya tapi kit tak pernah  terfikir untuk memahami maksud mengapa kita perlu bersolat dan mendalami pula isi al quran dan mengamalkannya.
Marilah kita sama2 menjentik hati kita untuk kembali dan mendekatkan diri dengan Maha Pencipta dengan sepenuhnya.. amiinnn

Selasa, 19 Mac 2013

Hadiah Terbaik Dan Terburuk...


 Seorang ibu yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman al-Hakim.

Ibu itu berpesan, “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.”

Setelah disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah kambing kepada ibu itu.

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing. Kali ini dia berpesan agar dikirimkan bahagian yang terbaik daripada kambing itu.

Setelah kambing disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu.

“Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan dikirimkan bahagian yang sama ketika saya memesankan bahagian yang terbaik?” tanya ibu tersebut kepada Luqman.

Luqman menjawab, “Hati dan lidah amatlah baik ketika ia baik dan menjadi buruk apabila keduanya buruk.”

Mendengar jawapan tersebut, mengertilah ibu itu akan maksud Luqman. Hati dan lidah itu adalah tunjang segala kebaikan dan juga ibu kejahatan serta keburukan.

Baca dan Fikirkanlah..


 - Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Isnin, 18 Mac 2013

Ole2 dari Pangkor...

Tq Aiza.... sebab bawak ole2 dari pangkor... dia pegi honey moon.. bukan senang dia nak gi.. husband jadi pegawai beruniform nie bukan senang nak dapat cuti nie..
Ok lah kengkwan marilah kita sama2 doakan Aiza n hubbynya cepat2 dapat baby berkat gi honeymoon kat Pangkor... amiiinnn. ;)

Pesta Buku 2013 - April 2013







Start Date: 25-4-2013                                                                   End Date: 05-05-2013

Betul ker nie?.. Emm... memang best kan kalau gi pesta buku nie.. orang2 yang obses ngn buku nie memang teruja kalau ada iklan cam kat atas tu.. cuma RM jer kena ada.. tahun lepas akak dah plan nak bercuti nak gi ke PWTC.. tapi hasrat tak kesampaian.. Tahun nie?.. entahlah.. tarikh dah cantik.. tapi kesempatan pulak yang mencurigakan... hihihi.. apa2 pun semoga ada kelapangan nak menjengah kali ini.. kat PWTC jugak kot... :D

Jom kawan2...

Kata2 Isnin..


copy dari Blog ini.. Terima kasih..

Jumaat, 15 Mac 2013

Jangan Pukul Anak Kecil Sedang Menangis.. Sanggup ker?

dari FB..

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

P/S : Anak adalah anugerah Allah. Didiklah mereka sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan kasih sayang bukannya kekerasan dan tengkingan. Janganlah tangisan mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar kesan dari perbuatan kejam kita terhadap mereka.


Sumber FB

(Terima Kasih Atas ingatan itu... kadang2 kita lalai...huhuhu)

Hari2 Kita di Intai?...




Kepada yang prepare slide ini.. terima kasih di ucapkan.. 
Sesungguhnya Mati itu Pasti..

Khamis, 14 Mac 2013

Reset Minda.. Prof Muhaya

Sudah mula meminati rancanngan ini.  "Bahagia membahagiakan.  Semoga kita semua mendapat manafaatnya.. amiinn

IIUM Quality Day 2013

Hari ini kami warga IIUM meraikan Hari Quality 2013 dengan tema "World Class Quality Service".  Wahhhh... sangat tinggi misi dan visi untuk di capai... semoga kita semua bersama2 memberi sokongan dan kerjasama untuk sama2 mencapainya... In Sya Allah...

Buang Jauh Jauh....

Amacam... lelaki2 di luar sana.. ada bran.... hihihi (ada ker lelaki yg baca blog akak) tak perlah...  kalau ada.. maka sanggup ker sahut cabaran nie...
Artikel semalam nie.. surat khabar mana akak lupa plak... u tuk lelaki buang ego untuk membantu isteri masing2 menunaikan tanggugjawab menguruskan anak2, menguruskan rumah tangga dan sebagainya..
Amacam...?.. hihihi.. ;)

Rabu, 13 Mac 2013

Bila Pekerja Balik Awal...

Hihihi....amacam kawan2... ada betul tak?.. ;)

Presiden Cuepacs Ulas Pengumuman Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam

 
SHAH ALAM - Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman mengakui menerima maklum balas kurang menyenangkan daripada kakitangan awam berikutan insentif saraan baru yang diumumkan oleh kerajaan semalam tetapi mahu pihak terbabit bersabar menanti pengumuman susulan akhir tahun ini.

Sehubungan itu kata beliau, Cuepacs akan turun padang untuk memberi penjelasan kepada kakitangan awm mengenai kesan dan implikasi dan langkah susulan yang dikaji oleh kerajaan.

Beliau berkata, ramai yang keliru dengan pengumuman yang dibuat kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya menyentuh kepada dasarnya sahaja.

Cuepacs sebelum ini antara lain menuntut kajian semula bayaran elaun sara diri (cola) dan imbuhan tetap perumahan.

Omar berkata, walaupun elaun cola dan perumahan tidak diumumkan kerajaan, namun kenaikan gaji tahunan (KGT) lebih baik untuk kakitangan awam.
"Saya akan turun padang memberi penjelasan kepada kakitangan awam.

"Ramai yang beritahu dan bagi maklum balas mengenai pengumuman Najib itu, tapi apabila saya beri penjelasan, mereka faham.

"KGT itu lebih penting, akan dinaikkan dari semasa ke semasa, tuntutan dua perkara itu akan diumumkan hujung tahun ini," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Mengulas lanjut, Omar juga berkata, kerajaan memberi keutamaan kepada pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenaikan pangkat adalah tepat pada masanya.

Katanya, kerajaan telah menyuntik semangat pasukan keselamatan dan tuntutan yang dibuat oleh kakitangan awam juga akan terus diperjuangkan.

"Ini masa terbaik untuk kerajaan umumkan perkara baik buat pejuang kita, boleh naikkan semangat mereka di sana (Lahad Datu).

"Namun tuntutan kita sebelum ini juga akan terus kita perjuangkan," katanya lagi.

Tambah beliau, kakitangan kerajaan perlu bersyukur dan menanti pengumuman yang bakal dibuat oleh kerajaan tidak lama lagi kepada 1.4 juta kakitangan awam.

"Bukan mudah kerajaan nak laksanakan kepada hampir 1.4 juta kakitangan awam, kita perlu bersyukur dan menanti dengan sabar," katanya.
 
 
pada kawan2 yang menjadi penjawat awam... harap bersabar yer.. bersyukur dengan rezeki pemberianNya lebih penting dari kita merungut dan marah2 atas apa yang ada sekarang.. :D

Selamat Hari Lahir Buat PerwiraKu...

Selamat hari lahir sayang...
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan abang...
Semoga abang sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT selalu
Semoga hati kita sentiasa di limpahi dengan kasih sayang dan cinta yang diberkatiNya
Dan semoga Allah SWT memberikan kepada kita kebaikan di dunia dan akhirat..dan memelihara kita dari azab api neraka....amiinnnn

Selamat hari lahir sayang ... Nor dan anak2 amat menyanyangi Abang...;)

Selasa, 12 Mac 2013

Solat Tidak Diterima Kerana...




Terdapat Hadis Rasulullah saw juga mengatakan bahawa terdapat 10 golongan manusia yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT iaitu :
  1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
  4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
  5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
  6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
  7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
  8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
  9. Orang yang suka makan riba.
  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.

Marilah sama2 kita menjaga solat kita agar ia tidak menjadi perbuatan yang sia2.. :D

Jalan2 Ke Perlis 3... Gua Kelam...


Ini satu pengalaman sangat menarik.. dah lama akak tak masuk gua nie... last masa anak dara.. tapi sekarang bawak anak dara n anak bujang pulak masuk gua.. gua kelam.. kata org kawasan yang disebelah sana.. jangan pergi waktu nak dekat maghrib..."keras sikit"...
Wallahu 'alam... apa2 pun sebagai manusia yang kerdil nie.. terkesima melihat keindahan ciptaanNya.... Subhanallah.... Maha Suci Allah...

Isnin, 11 Mac 2013

Nak Beli Tiket Loteri?..

Suami: waaa... ada katak matilah kat tayar motor abang nie...(dengan nada sangat girang)

Isteri:   Yer ker bang..

Suami:   Ni kalau beli nombor motor nie.. sure kena nie..

Isteri:   Ok jugak tu bang.. boleh gak tambah2 perbelanjaan dapur kita.. duit pun dah nak habis nie dengan perbelanjaan anak2 sekolah ari tu.. kita beli lah yang Rm1.. 2 keping... Rm 3... 2 keping.. RM5 .. 2 keping... mana tau mana2 tau kena...


... itulah perbualan yang akak dengar ketika sedang beratur di mesin ATM baru2 nie.. serius akak cam terkesima.. tapi itulah realitinya.. pasangan berbangsa melayu.. isteri siap sopan mengenakan baju kurung dan tudung.. .. kebetulan ada seorang perempuan berbangsa cina beratur di hadapan akak siap berpusing melihat kan motor yang diperkatakan... dunia..dunia... :(

Ahad, 10 Mac 2013

Semarakkan Semangat Kita...

Sedari kecil lagi sebenarnya kita kena semarakkan semangat patriotik kat anak2.  Dan kerana mengenangkan apa yang sedang berlaku di Lahad Datu.. akak semadikan gambar anak2 sewaktu kami melawat muzeum tentera tahun lepas.. "inilah Barisan Kita...."

Semoga tiada lagi yang terkorban..dan semoga kita juga terus menyokong selagi termampu...

Sabtu, 9 Mac 2013

Jalan2 Ke Perlis 2...

Kali nie share gambar kami ke Taman Ular di Perlis...emmm.. oklaaa... banyak gak ular yang besar2.. tak rugilah bayar RM4 dewasa.. n RM2 untuk kanak2... budak bawah 6 thn free... jom perlis. . ;)

Jumaat, 8 Mac 2013

Buat Semua Wanita...




Selamat Hari Wanita...


Semoga kita semua menjadi wanita yang bersemangat Kental, Waja, Kuat dan sentiasa mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah SWT.  

Semoga Ujian yang diberi Allah SWT adalah satu peluang untuk kita menjadi penghuni Al Jannah.. Amiinnnn

Khamis, 7 Mac 2013

Surah Taha Ayat 25-28.. Mari Amalkan..



 Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Penawar Anak Lambat Bercakap

1. Baca ayat tersebut dan hembus ke dalam mulut anak.

2. Boleh juga diamalkan dengan cara sebanyak 21 kali tiap2 kali lepas solat subuh, untuk otak cerdas, akal yg sempurna, dan menguatkan daya ingatan.

3. Doa dan ikhtiar yang terbaik adalah dari ibu bapanya sendiri. In Shaa ALLAH

via PONDOK HABIB

Istilah Babi Dalam Makanan... Wajib Tahu



Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan,

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.


Untuk pengetahuan kita semua terutama yang beragama Islam.. apakata kalau kawan2 share kan info ini...

Sumber : Facebook

Jalan2 ke Perlis...

Haa...ini adalah 'unexpected journey' untuk kami satu family.  Perjalanan yang terancang dalam keadaan yang sangat singkat.. nanti akak sharekan lagi gambornya... ;)

Rabu, 6 Mac 2013

Malaikat tak Masuk Rumah.. kalau...





Ada beberapa rumah yg menghalang malaikat rahmat masuk ke rumah nya untuk bawa rahmat dan menghalang malaikat masuk pada malam lailatulqadar untuk bawa rahmat dan berkat...


  1. Rumah orang yang bela anjing
  2. Rumah yg ada di dalamnya anak yg derhaka
  3. Rumah yg ada di dalamnya insan yg memutuskan silaturrahim
  4. Rumah yg ada di dalamnya orang yg minum arak
  5. Rumah yg ada di dalamnya patung(sebab tu sesetengah tok guru tak benarkan cucu mereka bawa anak patung dalam rumah walaupun  anak patung di benarkan kerana mereka sgt menjaga rumah mereka)
  6. Rumah yg ada di dalamnya org yg suka mengadu domba
  7. Rumah yg ada di dalmnya org yg makan daging khinzir(sebab tu orang yahudi dan nasrani cuba masukkan babi dalam sosej dan makanan untuk supaya org islam makan daging babi,akhirnya rumah mereka tiada rahmat)
  8. Rumah yg ada dalamnya gambar-gambar yg di gantung.
Wallahu a'lam.. sila lah dapatkan info lebih lanjut...mungkin ada pelbagai perbezaan pendapat... tapi kita sebagai umat islam perlu terus mendapatkan pengetahuan agar kita tidak tersasar...

41 DARJAT WANITA SOLEHAH...

  1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
  2. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
  3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
  4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  5. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1.000 lelaki jahat.
  6. Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya.
  7. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
  8. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.
  9. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.
  10. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  11. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah Surga.
  12. Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.
  13. Surga itu dibawah telapak kaki ibu.
  14. Apabila memanggil engkau dua orang Ibu Bapakmu, maka jawablah panggilan Ibumu dahulu.
  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Surga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
  16. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga shalat dan puasa).
  17. Perempuan apabila Shalat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Surga mana saja yang dia kehendaki.
  18. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun Shalat.
  20. Aisyah ra berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.
  21. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Surga terlebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun).
  22. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat istrinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  23. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapatkan pahala 7 tola perak.
  24. Wanita yang meninggal dunia dengan keridhoan suaminya akan memasuki Surga.
  25. Jika suami mengajarkan istrinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
  26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Surga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70.000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Surga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  27. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.
  28. 2 rakaat shalat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.
  29. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
  30. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.
  31. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
  32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mangurniakan satu pahala haji.
  33. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
  35. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan kabarkan berita bahwa Surga wajib baginya.
  37. Jika wanita memberi susu badannya (ASI) kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun shalat dan puasa.
  38. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  39. Apabila semalaman (Ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
  40. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
  41. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam Surga.

Cahaya Muka Nabi Muhammad...


Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi terpadam.

Nabi Muhammad masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.

“Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah.

Kemudian, dia menyambung, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Nabi Muhammad menjawab, “Orang yang bakhil.”

Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad.

Selasa, 5 Mac 2013

Kisah Pemburu Yang Baik Hati


Pada zaman dahulu, terdapat seorang pelayan raja bernama Nasiruddin yang begitu gemar sekali berburu. Pada suatu hari ketika dia sedang berburu, Nasiruddin ternampak seekor anak rusa yang cantik sekali.

“Anak rusa yang cantik itu bolehlah aku berikan kepada anakku. Mereka tentu sayang kepada anak rusa itu dan menjaganya dengan baik,” kata Nasiruddin dalam hati.

Nasiruddin menangkap anak rusa itu dibawanya pulang meninggalkan hutan tempat ia berburu itu. Apabila ibu rusa sedar bahawa anaknya telah ditangkap orang, dia merasa amat terkejut sekali. Oleh kerana amat sedih kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk mendapatkan anaknya kembali, ibu rusa itu mengekori Nasiruddin dari belakang.

Sementara itu, Nasiruddin yang asyik menunggang kudanya gembira memikirkan tentang anak yang baru ditangkapnya itu.

“Aku telah mendapat seekor anak rusa yang comel. Pasti anak-anakku sambut dengan gembira,” katanya dalam hati.

Tiba-tiba Nasiruddin sedar ada sesuatu yang mengekorinya, lalu dia menoleh ke belakang. Ibu rusa itu seolah-olah kelihatan sedih sekali. Ia seolah-olah berkata kepadanya, “Engkau telah menangkap anakku, hai pemburu. Hidup aku tidak ada ertinya lagi kalau kau tangkap anakku itu dari tanganku. Aku rela mati daripada hidup tanpa anak yang ku sayangi.”

Nasiruddin merasa kasihan melihat ibu rusa itu lalu melepaskan anak rusa dari pegangannya. Ibu rusa itu terus mendapatkan anaknya itu lalu menjilat-jilatnya, melompat-lompat kegirangan lalu lari semula ke dalam hutan. Sebelum menghilang, ibu rusa itu sempat menoleh ke belakang sebagai tanda mengucapkan terima kasih terhadap Nasiruddin.

Pada malam itu, Nasiruddin bermimpi bahawa Nabi Muhammad datang menemuinya.

“Hai Nasiruddin,” Nabi berkata. “Allah telah meletakkan namamu dalam senarai Raja dan engkau akan menjadi Raja,” Nabi memberitahunya.

“Jagalah kerajaanmu itu. Kerajaan ini juga menjadi satu ujian kepada engkau. Sebagaimana engkau memperlihatkan belas kasihanmu kepada ibu rusa maka engkau hendaklah juga berlaku ihsan dan baik terhadap sekalian manusia yang menjadi rakyatmu itu. Ingatlah Nasiruddin, jangan sekali engkau abaikan tanggungjawabmu terhadap rakyatmu,” kata Nabi lagi.

Mimpi Nasiruddin itu menjadi kenyataan.  Dia akhirnya menjadi Raja Ghazi, satu wilayah di Afghanistan sekarang.

Tudung itu Fesyen!?!?!?...


sumber : Facebook

Ahad, 3 Mac 2013

Rahsia Surah Al-Kautsar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Marilah kita amalkan .. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...