Rabu, 13 Mac 2013

Presiden Cuepacs Ulas Pengumuman Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam

 
SHAH ALAM - Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman mengakui menerima maklum balas kurang menyenangkan daripada kakitangan awam berikutan insentif saraan baru yang diumumkan oleh kerajaan semalam tetapi mahu pihak terbabit bersabar menanti pengumuman susulan akhir tahun ini.

Sehubungan itu kata beliau, Cuepacs akan turun padang untuk memberi penjelasan kepada kakitangan awm mengenai kesan dan implikasi dan langkah susulan yang dikaji oleh kerajaan.

Beliau berkata, ramai yang keliru dengan pengumuman yang dibuat kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya menyentuh kepada dasarnya sahaja.

Cuepacs sebelum ini antara lain menuntut kajian semula bayaran elaun sara diri (cola) dan imbuhan tetap perumahan.

Omar berkata, walaupun elaun cola dan perumahan tidak diumumkan kerajaan, namun kenaikan gaji tahunan (KGT) lebih baik untuk kakitangan awam.
"Saya akan turun padang memberi penjelasan kepada kakitangan awam.

"Ramai yang beritahu dan bagi maklum balas mengenai pengumuman Najib itu, tapi apabila saya beri penjelasan, mereka faham.

"KGT itu lebih penting, akan dinaikkan dari semasa ke semasa, tuntutan dua perkara itu akan diumumkan hujung tahun ini," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Mengulas lanjut, Omar juga berkata, kerajaan memberi keutamaan kepada pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenaikan pangkat adalah tepat pada masanya.

Katanya, kerajaan telah menyuntik semangat pasukan keselamatan dan tuntutan yang dibuat oleh kakitangan awam juga akan terus diperjuangkan.

"Ini masa terbaik untuk kerajaan umumkan perkara baik buat pejuang kita, boleh naikkan semangat mereka di sana (Lahad Datu).

"Namun tuntutan kita sebelum ini juga akan terus kita perjuangkan," katanya lagi.

Tambah beliau, kakitangan kerajaan perlu bersyukur dan menanti pengumuman yang bakal dibuat oleh kerajaan tidak lama lagi kepada 1.4 juta kakitangan awam.

"Bukan mudah kerajaan nak laksanakan kepada hampir 1.4 juta kakitangan awam, kita perlu bersyukur dan menanti dengan sabar," katanya.
 
 
pada kawan2 yang menjadi penjawat awam... harap bersabar yer.. bersyukur dengan rezeki pemberianNya lebih penting dari kita merungut dan marah2 atas apa yang ada sekarang.. :D

2 ulasan:

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...