Rabu, 30 Mei 2012

Cuti?.. seronok tapi...

 
 Seronok anak2 sebab dah cuti sekolah.. w/pun tak plan nak pegi mana2..namun diorang tetap seronok.. Aini asyik tanya ibu.. berapa hari kakak cuti... emm jenuh ibu jawab.. 16 hari Nak..

Tu laa... sekarang macam2 cara nak merajuk .. sampai ada yang bunuh diri sebab tak dapat balik kampung ..BERITA DISINI... 

Anak2 dulu dan sekarang sangat banyak perbezaannya.. kalau dulu.. bila di tegur.. dia kaku dan diam.. akhirnya berubah... terima dan menerima...

tapi sekarang.. bila di tegur.. ada sahaja jawapannya.. kalau di marah... ada alasannya .. mungkin sesuai dengan zaman kelahiran mereka.. sebab sekrang .. ibu2 dan ayah2 .. berpelajaran.. paling minimum pun bersekolah.. tak macam dulu... ada ibu ayah yang tak bersekolah.. hidup penuh dengan pengalaman sendiri.. MUNGKIN...

Cuti sekolah.. ada ibubapa yang menghantar anak2 ke latihan2, kem motivasi, kem tahfiz, kem kesedaran.. dan pelbagai lagi.. ada pulak yang amik kesempatan hantar anak balik kampung .. tinggal ngn nenek dan atuk (feningkan kepala opah dan wan.. hihihihi)... mak ayah dah tak susah hati nak tinggalkan anak2 kat rumah sendiri.. ada ibubapa yang pergi bercuti.. luar/dlm negara.. janji gembirakan hati anak2... ada pulak tak plan apa2.. tinggalkan anak2 kat umah dengan aktiviti masing2... apa2 pun alasan dan cara.. sebagai ibu bapa kita kena juga luangkan masa untuk diorang nie atau fahamkan anak2 kenapa kita tak dapat bercuti dengan mereka.. supaya kejadian di atas tak berulang lagi... dan sebagai ibubapa janganlah kita ambill mudah sahaja...

Sabtu, 26 Mei 2012

Cuti Sekolah..nak gi mana?


 
Aduhai.. soklan dari anak2... Nak gi mana bu ..cuti sekolah nie...Ibu ngn ayah fening nak jawab aper.. sebab rasanya dah lama dah kami sekeluarga tak pergi bercuti.

Takkan baru nak rancang kot...ye laa.. kalu sekarang baru nak rancang dah tentu segala hotel.. chalet.. apartment dah penuh di tempah.. Emmm alamatnya melopong jer laaa.. hihihihi

Tunggu yer anak2.. ibu ngn ayah tengah survey2 nie.. tak tahulah dapat ker dak... Inilah bahana nyer..sebab tak sedar rupanya cuti sekolah dah dekat.. 

Sedar pun bila Aiman dan Amin tanya :.. Nak gi mana cuti sekolah nie ibu?... hahahahaha..

Tapi Aiman pun kan nak UPSR.. ada kelas tambahan kat sekolah dia.. jadi ibu ngn ayah memang tak plan nak bercuti (alasan jer tu... )

Tapi rasanya memang perlu pun nak bercuti sebab .. rasa sangat penat bila asyik sebuk dengar kerja kat opis.. Encik Bos lak... sebuk sangat ngn kerja dia ... asyik On Call jer... frust betul ibu.. (ngada betulkan ibu nie.. hihihihi)

Jom kita bercuti jom...



Jumaat, 25 Mei 2012

WUDHUK DAN TITIK AKUPUNTUR...


Syarat mendirikan solat ialah mengambil wuduk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wuduk.  Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?  Banyak rahsia berwuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wuduk yang dapat diungkapkan ialah:

  • Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
  • Pakar Urat Saraf / neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
  • Anda tentu pernah mendengar akupuntur kan? Cuba cari dan ketahui dimana terletaknya titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupuntur?kemudian hayati rukun wuduk. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
  • Anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupuntur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk.
  • Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu antara sistem saraf dan hormon untuk mewujudkan homeostasis (keseimbangan).
  • Titik-titik akupuntur merupakan suatu fenomena yang menarik bila berkaitan dengan syariat wuduk yang disyariatkan 15 abad yang lalu.
Jumlah Titik Akupuntur Pada Anggota Wuduk(rukun dan sunat)
  • Muka 84
    Tangan 95
    Kepala 64
    Telinga 125
    Kaki 125
    Jumlah keseluruhan = 493
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

  • Dari ilmu ahli akupuntur,pada celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang secara istmewa ianya dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.
  • Berkenaan telinga pula, walaupun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.
  • Terdapat 125 titik akupuntur pada telinga apabila disentuh semasa mengambil wuduk.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wuduk…

Marilah kita sama2 mmperbaiki wuduk kita menjadi lebih baik sebab sudah tentu semua ada rahsia yang tersendiri....



Khamis, 24 Mei 2012

Keistimewaan Penderma Darah


   KEKERAPAN MENDERMA                                        KEISTIMEWAAN RAWATAN
1 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
2 kali (dalan tempoh 12 bulan)
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
2 ~ 5 kali
Percuma  rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
6 ~ 10 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan.
11 ~ 15 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.
16 ~ 20 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.
21 ~ 30 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.
31 ~ 40 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.
41 ~ 50 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.
Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.

Penderma - penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain - lain Tabung Darah di Hospital
    Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual berikut :
  • Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005
Ok kengkawan.. kalau nak derma darah silakanlah..dan kita akan mendapat keistimewaan seperti di atas... kalau nak tahu lebih lanjut..boleh KLIK DISINI.



Rabu, 23 Mei 2012

Tips Kurangkan Sakit Leher (Menarik!)





 




Meh nie akak nak share satu info...

Apabila sakit leher, yang mampu dilakukan hanya memandang ke depan dan jika ingin melihat ke sisi, keseluruhan tubuh terpaksa digerakkan. Ramai mengabaikan sakit di leher kerana beranggapan lama-kelamaan, ia hilang sendiri tanpa perlu dirawat. Bagaimanapun, penting untuk kita memberi perhatian terhadap sakit dialami sebelum keadaan menjadi lebih memudaratkan manakala kos untuk merawatnya pula meningkat. Ketahui tips kurangkan sakit leher.
  • Melakukan senaman leher. Menjaga pergerakan leher penting kerana ia membantu mencegah masalah jangka panjang. Senaman mudah dapat membantu menguatkan otot leher dan memperbaiki rangkaian pergerakan anda.
  • Lakukan terapi haba. Dalam tempoh 48 jam pertama selepas mengalami sakit leher, lakukan urutan ais selama lima lima hingga 10 minit di kawasan terjejas.
    Untuk sakit yang berlangsung 48 jam atau lebih, tuam di kawasan terjejas untuk membantu mengurangkan kesakitan dan melonggarkan otot.
  • Tidur dengan bantal dalam kedudukan lebih tinggi pada waktu malam bagi menyokong leher.
  • Memakai pendakap leher. Ini digunakan hanya di bawah pengawasan ahli fisioterapi dan dalam masa singkat (dua hingga empat hari).Pengambilan parasetamol atau ibuprofen boleh membantu melegakan kesakitan. Jika sakit berterusan, segera dapatkan rawatan doktor. Mereka mungkin boleh merujuk anda kepada ahli fisioterapi jika perlu.Lakukan senaman, termasuk senaman leher, jika anda duduk dalam satu kedudukan untuk jangka masa panjang di depan komputer hingga membebankan otot di bahu dan leher.Selain itu, selalu regangkan lengan, pergelangan tangan dan jari atau bangun dan berjalan-jalan jika keletihan otot bagi mengelak ketegangan dan kecederaan yang mungkin berlaku.Cara duduk yang tidak betul, terutama ketika bekerja di depan komputer, boleh membebankan bahagian atas badan, sekali gus menyebabkan sakit belakang dan bahu. Langkah mengelakkan sakit leher ialah betulkan postur badan ketika duduk.
  •  Melaraskan postur tubuh anda dapat membantu melegakan sakit belakang iaitu:
    Berdiri

  1. Berdiri tegak dengan kepala menghadap ke depan.
  2. Pastikan belakang anda lurus.
  3. Mengimbangi berat badan anda sama rata pada kedua-dua kaki.
  4. Pastikan kaki anda lurus.
  5. Duduk.Duduk tegak
  6. Pastikan kaki anda rata di atas lantai. Anda mungkin mendapati kusyen kecil berguna untuk menyokong belakang anda.Mengangkat dan mengendalikan barang. Mulakan dengan kaki anda iaitu sebelah kaki sedikit ke depan untuk mengekalkan keseimbangan.
  7. Apabila mengangkat, bengkokkan sedikit belakang, lutut dan pinggul anda, tetapi tidak berbongkok atau mencangkung. Kaki anda harus menampung tekanan.

Sumber dari Melayukini.net - Penting menjaga kesihatan terutamanya di bahagian leher. Jika mahu tidur, sila pastikan yang kita berada dalam keadaan posisi yang betul. Elakkan dari mengenakan bantal yang terlalu rendah bagi mengelakkan sakit di bahagian leher berulang.


SEGMEN : TINGKATKAN VISITOR DAN FOLLOWERS.






Setiap kali ada segmen camniie.. akak rajin jer ikut.. yer laa teringin nak ramai follower... :)

Adik2, kakak..saper2 jer la.. yang baru singgah n follow blog akak nie.. jgn segan datang lagi ekkk...

Kalau korang nak join segmen nie.. klik jer banner kat atas tu.. :)



Wordless...


Ahad, 20 Mei 2012

Kilauan Emas..Harap Berkilau hingga Akhirnya...


semoga hati kita sentiasa dekat denganNya.Aminn

  


Ketemu lagi.. Tahniah Kelantan sebab menang semalam...

Ini bukan cerita kelantan atau SimeDarby... cuma nak cerita tentang Kilauan Emas yang sedang dalam pencarian sekarang nie... akak bukanlah orang yang boikot dan terus tak tengok siri nie.. tengok gak tapi tak lah tergila2 sampai booking channel tu.. hihihi :)

Tapi bile tengok .. akak rasa kesian dan simpati kat diorang... ye laa kan.. sepatutnya di waktu2 menuju senja nie.. bukankah sepatutnya kita mendekat kan diri pada Empunya alam semesta nie.. bukannya mendekat kan diri dengan hiburan yang mungkin akan melekakan kita atau melupakan dunia yang bakal kita tuju nanti...

Tapi mngkin ada yang kata .. apa salahnya... aurat still jaga... tapi camana ngn suara yer...emmm... cuba kita check tengok.. kalau perempuan suara juga adalah aurat.. jadi kita kena berhati2 juga.. kalau tak caya cakap akak nie.. cuba tanya2 ngn orang2 yang pandai agama yer...

Yang lelaki pula.. usia dah nak ke maghrib.. sepatutnya.. langkah kaki menuju ke masjid.. menghambakan diri kepada Nya yang Esa... emmm...sudah2lah tu... cubalah kita mencari apa yang hilang..

dan pada kita pula.. semoga ianya menjadi iktibar.. dan berdoalah agar hati kita tidak terpikat dengan hiburan yang sementara itu... Wallah Hu 'Alam...


Jumaat, 18 Mei 2012

Khutbah Terakhir Rasullullah S.A.W

 
 

Marilah kita sama berselawat ke atas baginda.. dan di bawah ini akak kongsikan khutbah terakhir baginda untuk kita semua di hari jumaat yang mulia ini..

Kutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
 
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.

Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.

 Selawat dan salam buat baginda...



 

Khamis, 17 Mei 2012

Panduan Bersolek (Untuk Wanita jer...)











Khas untuk kita wanita Muslim yang rajin bersolek..
  1. Bahan solekan yang digunakan halal dan tidak memudaratkan.
  2. Bersolek bukan untuk bertujuan menggoda, mendapat pujian lelaki atau menarik perhatian mereka, kecuali untuk tatapan suami sendiri.
  3. Penggunaa pelembab bibir, losen muka, bedak dan seumpamanya di luar rumah bertujuan untuk menjaga mesihatan kulit daripada kering, mereka dan lain-lain
  4. Tidak mengubah mana2 bahagian anggota tubuh semulajadi (iaitu bukan kerana darurat atau keperluan kesihatan) seperti mencukur bulu kening dan lain2, termasuk bertindik di lidah, bibir dan sebagainya.
  5. Tidak mengambil khidmat jurusolek berlainan jantina dan bukan muhram
  6. Tidak mengenakan solekan yang tebal dan keterlaluan
  7. tidak mendedahkan aurat seperti rambut atau bahagian dada yang tidak ditutup sempurna untuk menampakkan perhiasan seperti rantai..
  8. Tidak membazir dengan membeli alat solekan yang terlalu mahal walaupun berkemampuan semata2 untuk menunjukkan kemegahan dan kelainan daripada orang lain.
  9. Cara solekan hendaklah jauh daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan aqidah atau syariat (bacaan jampi serapah, susuk dan seumpamanya)
- bahan rujukan "SOLUSI"

Emmm... masalah akak nie bersolek ker .. tak ker... samer jer... hihihihi... nak wat camner...

Selasa, 15 Mei 2012

Hilang kat Hutan Templer...


 Hari Rabu lepas En. Bos cerita pasal bapa saudara kawannya hilang di Hutan Templer ...di bawah nie berita nya...

Lelaki hilang di Hutan Templer ditemui


RAWANG (Selangor): Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mendaki bukit di Hutan Rimba Templer, Rawang, di sini, sejak Rabu lalu terpaksa bergantung hidup kepada air sungai bagi mengalas perut selepas terjatuh dari ketinggian empat meter.  Beliau telah ditemui oleh pasukan penyelamat, kelmarin.
Encik Hardip Singh, 51 tahun, seorang pegawai undang-undang di Shell Trading Malaysia, ditemui di lereng bukit dalam keadaan trauma dan keletihan sambil memeluk batu besar akibat kesejukan. Mangsa ditemui oleh pasukan penyelamat diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Encik Azrul Khairi Abu Bakar, sekitar 12 tengah hari.

Operasi membawa turun mangsa yang mengalami kecederaan patah bahu kiri dan luka di lutut serta kaki mengambil masa kira-kira dua jam.  Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Encik Mohd Sani Harul, berkata lebih 200 anggota pasukan penyelamat termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta Kelab Aman HASH terbabit dalam operasi menyelamat yang digerakkan sejak Rabu lalu.
'Mangsa terjatuh sejak Rabu lalu iaitu pada hari kehilangannya, namun masih mampu berjalan perlahan-lahan keluar meminta pertolongan sebelum keadaannya bertambah teruk dan hanya mengharapkan bantuan tiba,' katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Akhbar setempat sebelum ini melaporkan, Encik Hardip dari Taman Bidara, Selayang, dikatakan keluar rumah pada 5 petang Rabu lalu mendaki bukit itu, dipercayai bagi mengenal pasti laluan pendakian yang bakal dianjurkan kelabnya.
Mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga 11 malam, menyebabkan keluarganya membuat laporan polis di Balai Polis Selayang.
'Mangsa berada di lokasi bahaya ketika ditemui berdekatan arus deras, namun kami gembira kerana berjaya menyelamatkannya,' katanya.

sumber -- BHM.

di templer nie..macam2 cerita boleh dengar... kalau dengar dari pihak keluarga mangsa.. misteri nusantaralah pulak.. tapi akak tak heran pun... sebab memang ada macam version misteri nusantara berlaku kat Hutan Templer.. pengalaman sendiri pun ada... tapi mereka juga makhluk Allah jugak kan...

 



Isnin, 14 Mei 2012

UNCLE USIN ... Cerita apa?

Emmm... oleh kerana permintaan anak2... yang sangat meminati JOZAN.. akak pun order Uncle Usin kat Astro First... kawan2 diorang kata citernya best.. kami pun tengoklah... emmm... apa nak cakap ekk... ceritanya ..emmm merapu sangat.. rasa cam tak perlu jadi filem kot.. cukup setakat tayang macam slot cerita Ape celop kat TV3 kot... dari awal sampai akhir akak tengok.. banyak sangat dibuat macam filem yang janji siap...sian kat JOZAN... tapi tak tahulah kalau cerita nie memang taste diorang...


nak rekomen ker kat korang rasa cam tak adil laa... terpulanglah kalau nak tengok..berapa bintang ekk... 1 jer kot..sebab ada JOZAN...

Selamat menonton.. :)


Ahad, 13 Mei 2012

Selamat Hari Ibu...

I am touch....

mari kita dengar lagu ini pula...


Istimewa untuk ibu ku Pn. Marhaini..dan ibumertua ku.. Pn. Rafuah..semoga ibu sentiasa dilindungi Allah s.w.t. ... kami sekeluarga amat menyanyangi ibu berdua....


Sabtu, 12 Mei 2012

Personaliti diri ..ikut darah?

  Jumpa lagi kengkawan.. percaya tak statement kat bawah nie.. personaliti kita nie ikut jenis darah kita... kalau camtu... ada 4 jenis personaliti jer laa kat duunia fana nie kan?... hihihihihi.. tak derlah gurau jer.. mungkin ada betulnya kot.. jom kita check jom... darah kita jenis apa?... ada persamaan tak?.. jom jom jom































Khamis, 10 Mei 2012

Gali Lubang..Tutup Lubang...


 Jumpa lagi kita ekk..

Zaman sekarang nie... manusia takleh lari dari hutang.. ada orang yang buat hutang kerana dia terpaksa.. ada orang buat hutang kerana nak nampak senang... ada orang buat hutang kerana keperluan hidup... dan ada macam2 lagi alasan.. agak2nya kita nie kat kategori mana ekkk...

Ada ker orang yang hidupnya tak pernah berhutang?.. orang kaya lagilah banyak hutangnya (agaknyerlah.. hihihihi).. sebab permintaan hidupnya yang tinggi....ada orang bila dapat jer gaji... gaji habis duk bayar hutang yang keliling pinggang...ada orang nak cover hutang saner... buat hutang kat sini untuk bayar hutang kat sana...inilah kata orang gali lubang tutup lubang...

Ada juga orang yang dah buat hutang.. tapi tak nak bayar hutang... susahkan pihak lain..yang terpaksa menanggung hutang dia.. ini yang terjadi kepada peminjam2 yang menggunakan penjamin...loan kereta kat bank ... kalu si penjamin tak mahu menjadi penjamin... nanti di katakan sombonglah.. taknak tolong member.. taknak tolong sedara laa.. taknak tolong adik beradiklaa... akhirnya sipenjamin jadi mangsa kerana si peminjam tak nak bayar hutang.... bank kejar.. keluar surat black list... sian kat orang2 camni.. tapi yang si peminjam.. lepas diri...

Sekarang kalau nak beli rumah pun..pasti berhutang... sebab mana ada rumah yang boleh di beli cash.. kalau adalah yang boleh beli cash... akak salute 10X kat dia....boleh tak share tips kat kami2 yang ada hutang nie...Rumah sekarang nie (terutamanya kat Lembah Kelang nie)... dah tak ada dah puluh2 ribu... sekarang nie dah hampir 1 juta harga rumah..kalau nak yang murah kenalah carik kat jauh sikit dari KL nie...

Itulah hakikatnya sekarang...jadi berhati2lah bila nak berhutang..janganlah cuba2 berhutang ngn ALONG pulak.. nanti akhirnya kita yang melolong...

 Meh kita sama2 amalkan doa ini.. semoga kita semua dapat meringankan diri dari beban hutang..




"Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

 

Selasa, 8 Mei 2012

Banjir..oh.. Banjir

 Semalam..kat umah akak hujan memang sangat lebat.. lebih kurang pukul 3 pagi...En. Boss bangun riki2 kat luar.. sebab hujan dan angin sangat kuat... memang menakutkan...siap ada bunyi lagi... wuuuuuuu....

Kul 5 pagi akak bangun nak gi kerja... badan rasa tak sihat... En. Boss kata.. "nor.. demam nie".. eh yer ker... tak perasan diri sendiri demam... pastu baru rasa sakit badan.. hujan masih mencurah2 kat luar...memang masih lebat lagi... akhirnya buat keputusan ... cuti..kalau larat gi klinik amik mc....

Tengahari anak balik sekolah diorang sebuk bercerita yang ada ramai kawan2 dorang tak datang sekolah sebab banjir...rupa2nya ada kawasan yang banjir di taman akak nie.. nasib baik kami tak terlibat... 

Dan rupa2nya kawasan di Kuala Kubu dan Batangkali pun banjir jugak.. kalau kawan2 tengok surat khabar hari ini...

Masjid As Sajidin Batangkali
Emmm... tu laa.. sekarang nie kejadian banjir, kepala air, tsunami, puting beliung dan macam2 lagi kejadian yang semakin menjadi2.. tak kiralah dimana2 pun.. janganlah kita ingat kita akan selamat... bila kita kat tanah tinggi.. tak banjir.. tapi mungkin tanah runtuh pulak... kalau kat tepi pantai tak ada kepala air... tapi ada pulak tsunami... tak nak pergi ke pantai sebab tsunami... pergi ke air terjun... tapi ada kepala air pulak... hish... kalau di fikir2kan taknak pergi mana2 .. duk rumah jer..emmm... semua tu dah tersurat di Qadak dan Qadar... sebagai hambaNya.. terima dengan Redha...


Isnin, 7 Mei 2012

Masihkah Ada Esok Untuk Kita?....

Masih adakah esok untuk kita?... persoalan ini sering berlegar2 di kota fikiran kita kan?.. itu pun pada yang ingat... tahukah kita semua yang kematian itu selalu menyinggahi kita... cuma belum masa lagi untuk nyawa berpisah dari badan....

Jadi kawan2 sekalian.. hargailah hari ini.. kerana ianya tak akan berulang kembali.. ia akan menjadi sejarah buat kita... jika hari ini kita melakukan kesalahan segeralah meminta maaf.. kerana dikhuatiri kita tak jumpa hari esok... jika hari ini kita lupa untuk memberitahu kepada orang2 yang kita sayang yang mereka sangat bermakna dalam hidup kita.. maka segeralah memberitahu mereka sebelum semuanya sudah terlambat...

Janganlah kita menanguhkan perbuatan baik sehingga hari esok... barangkali hari esok, kita sudah tiada lagi...
fikir fikirkanlah....

"Dan, tiada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang diusahakan esok. Dan tiada siapa pun yang tahu bumi mana yang dia akan mati." - surah  Luqman : 34



Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...