Selasa, 15 Mei 2012

Hilang kat Hutan Templer...


 Hari Rabu lepas En. Bos cerita pasal bapa saudara kawannya hilang di Hutan Templer ...di bawah nie berita nya...

Lelaki hilang di Hutan Templer ditemui


RAWANG (Selangor): Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mendaki bukit di Hutan Rimba Templer, Rawang, di sini, sejak Rabu lalu terpaksa bergantung hidup kepada air sungai bagi mengalas perut selepas terjatuh dari ketinggian empat meter.  Beliau telah ditemui oleh pasukan penyelamat, kelmarin.
Encik Hardip Singh, 51 tahun, seorang pegawai undang-undang di Shell Trading Malaysia, ditemui di lereng bukit dalam keadaan trauma dan keletihan sambil memeluk batu besar akibat kesejukan. Mangsa ditemui oleh pasukan penyelamat diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Encik Azrul Khairi Abu Bakar, sekitar 12 tengah hari.

Operasi membawa turun mangsa yang mengalami kecederaan patah bahu kiri dan luka di lutut serta kaki mengambil masa kira-kira dua jam.  Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Encik Mohd Sani Harul, berkata lebih 200 anggota pasukan penyelamat termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta Kelab Aman HASH terbabit dalam operasi menyelamat yang digerakkan sejak Rabu lalu.
'Mangsa terjatuh sejak Rabu lalu iaitu pada hari kehilangannya, namun masih mampu berjalan perlahan-lahan keluar meminta pertolongan sebelum keadaannya bertambah teruk dan hanya mengharapkan bantuan tiba,' katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Akhbar setempat sebelum ini melaporkan, Encik Hardip dari Taman Bidara, Selayang, dikatakan keluar rumah pada 5 petang Rabu lalu mendaki bukit itu, dipercayai bagi mengenal pasti laluan pendakian yang bakal dianjurkan kelabnya.
Mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga 11 malam, menyebabkan keluarganya membuat laporan polis di Balai Polis Selayang.
'Mangsa berada di lokasi bahaya ketika ditemui berdekatan arus deras, namun kami gembira kerana berjaya menyelamatkannya,' katanya.

sumber -- BHM.

di templer nie..macam2 cerita boleh dengar... kalau dengar dari pihak keluarga mangsa.. misteri nusantaralah pulak.. tapi akak tak heran pun... sebab memang ada macam version misteri nusantara berlaku kat Hutan Templer.. pengalaman sendiri pun ada... tapi mereka juga makhluk Allah jugak kan...

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...