Khamis, 10 Mei 2012

Gali Lubang..Tutup Lubang...


 Jumpa lagi kita ekk..

Zaman sekarang nie... manusia takleh lari dari hutang.. ada orang yang buat hutang kerana dia terpaksa.. ada orang buat hutang kerana nak nampak senang... ada orang buat hutang kerana keperluan hidup... dan ada macam2 lagi alasan.. agak2nya kita nie kat kategori mana ekkk...

Ada ker orang yang hidupnya tak pernah berhutang?.. orang kaya lagilah banyak hutangnya (agaknyerlah.. hihihihi).. sebab permintaan hidupnya yang tinggi....ada orang bila dapat jer gaji... gaji habis duk bayar hutang yang keliling pinggang...ada orang nak cover hutang saner... buat hutang kat sini untuk bayar hutang kat sana...inilah kata orang gali lubang tutup lubang...

Ada juga orang yang dah buat hutang.. tapi tak nak bayar hutang... susahkan pihak lain..yang terpaksa menanggung hutang dia.. ini yang terjadi kepada peminjam2 yang menggunakan penjamin...loan kereta kat bank ... kalu si penjamin tak mahu menjadi penjamin... nanti di katakan sombonglah.. taknak tolong member.. taknak tolong sedara laa.. taknak tolong adik beradiklaa... akhirnya sipenjamin jadi mangsa kerana si peminjam tak nak bayar hutang.... bank kejar.. keluar surat black list... sian kat orang2 camni.. tapi yang si peminjam.. lepas diri...

Sekarang kalau nak beli rumah pun..pasti berhutang... sebab mana ada rumah yang boleh di beli cash.. kalau adalah yang boleh beli cash... akak salute 10X kat dia....boleh tak share tips kat kami2 yang ada hutang nie...Rumah sekarang nie (terutamanya kat Lembah Kelang nie)... dah tak ada dah puluh2 ribu... sekarang nie dah hampir 1 juta harga rumah..kalau nak yang murah kenalah carik kat jauh sikit dari KL nie...

Itulah hakikatnya sekarang...jadi berhati2lah bila nak berhutang..janganlah cuba2 berhutang ngn ALONG pulak.. nanti akhirnya kita yang melolong...

 Meh kita sama2 amalkan doa ini.. semoga kita semua dapat meringankan diri dari beban hutang..




"Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...