Sabtu, 29 Jun 2013

Gundah...

Entah apa yang di gundahkan...
Entah apa yang di gulanakan...
Hati jadi resah...
Hati rasa payah...

Jiwa jadi gelisah...
Jiwa jadi parah..
Mungkin mengenang perkara sudah...
Mungkin mengenang dosa yang selalu salah...

Kupanjatkan doa padaMu ya Allah...
Agar segala urusan dipermudah...
Semoga dosa di ampunkanMu.
Semoga karat dan noda di maafkanMu...

Betapa rasa hina dan dina...
Di saat ketika di dunia...
Mohon padamu Ya Allah....
Agar hati ini dapat di kebah..
Dari segala gundah....
PadaMu semua ku serah...

Amiiiinnnn...ya Rabb..

Khamis, 27 Jun 2013

Kenduri kendara Sambut Ramadhan...

Salam Khamis kawan2...

Al maklumlah kan sekarang nie tengah musim saudara mara.. rakan taulan buat kenduri .. majlis makan2... sempena menyambut kedatangan Ramadhan... maaflah saudara maraku.. seandainya jemputan itu di adakan pada hari persekolah.. sangatlah sedih sebab tak dapat menghadirkan diri... bila kenduri dibuat selepas maghrib sedangkan akak sendiri sampai rumah dah nak hampir maghrib.. taknaklah kelam kelibut nak mengejar kenduri yang bukan dekat... hhuhuhu... semalam atuk akak wat kenduri kat kampung.. jemput cucu cicit.. anak buah semua.. rasanya yang dah kurang komitment nie.. sempatlah nak sampai... tapi macam akak nie... mana ngn anak2.. Encik Bos pun kerje extra sikit... sampai kul 8 malam... camanalah nak squeezekan badan dan masa untuk balik kenduri.. :(

Apa2 pun semoga Ramadhan kali ini semakin baik dan lebih seronok di hayati... Tak sabar nak tunggu Ramadhan.. rindu pulak rasanya.. sebab Ramadhan lepas sangat menyentuh hati.. semoga kali ini terisi sekali lagi.. In Shaa Allah...amiiinn


Rabu, 26 Jun 2013

Selasa, 25 Jun 2013

Bila Otak Pun Jerubus gak....

IPU setakat kul 11 pagi tadi...

Bila musim jerubu nie... otak pun jerubu tak boleh nak fikir.. macam tak cukup oksigen.. pepagi dah huru hara skit bila hantar anak gi sekolah .. rupanya sekolah tutup.. kena patah balik.. ngantor pulak kat nursery.. sampai opis lambat..

Selangor still berjerubu.. ada kurang skit.. tapi Shah Alam pulak naik... Rawang tak der dalam senarai.. tapi kalau tengok jerubu still teruk lagi... bukit sekitar rumah akak masih tak nampak puncaknya... rasa macam dalam kawah jer... huhuhuhu.. semoga Allah permudahkan urusan kita.. :D

Ahad, 23 Jun 2013

Jerebu ....

Hari ini cuaca kat tempat akak ... tak berapa cantik... tempat penuh pokok2 camni pun jerebu jugak... tapi hari nie... siap angin kuat lagi... mendung macam nak hujan... semoga dengan hujan nie jerebu akan berkurangan... amiiiinnnnn

Sabtu, 22 Jun 2013

Khamis, 20 Jun 2013

Ada BFF tak?


Ada BFF tak?.. emmm... sepanjang kehidupan yang hampir 40 tahun nie.. dah tentulah akak ada ramai kawan kan.. tapi BFF boleh kira ngn jari kot... zaman kanak2... zaman remaja... zaman anak dara... zaman bekerja.. dan sekarang zaman retua.. hahahaha...

boleh beza ker antara kawan dan sahabat?.. op coz laaa boleh beza... tengok kita laa kan... dengan saper yang kita boleh bercerita seronok2... dan dengan saper pulak kita boleh berkongsi rahsia...seronok..sedih..duka... bukan sumer orang kan... kita ada pilihan kita sendiri... yang penting untuk kita dapat sahabat yang seperti itu.. kita pun kena cuba jadi sahabat yang baik juga.. In Shaa Allah.. kita akan dapat yang sama seperti yang kita mahukan..

Pilihlah sahabat yang baik ... supaya kita boleh jadi baik... sekurang2nya diingatkan untuk menjadi baik... sahabat juga boleh jadi cermin diri kita... sahabat yang baik akan menegur kita seandainya ada kesilapan yang kita lakukan...:D dan kita pulak janganlah bila ditegur kita marah...  sebab bila ada orang yang tegur.. peluang untuk menjadi lebih baik akan terbuka untuk kita.. :D

Selasa, 18 Jun 2013

Memang Kecoh...


Belum hari raya lagi.. posa pun belum lagi.. tapi Hantu Raya Tok Chai sebuk buat Kecoh... hehehehehe... 
Best ker?.. boleh laa.. weekend baru nie.. anak2 kecoh nak tengok apek ... jadi kitaorang order laa kat ASTRO first..  cerita nie boleh buat orang gelak.. saspen dan terpelanjat laaa...

Apa dapat ekk tengok cerita nie?.. 

emmm... janganlah kita tak percaya dengan bende yang tidak wujud di mata kita... sebab 'dia' juga makhluk Allah SWT...

emmm lagii... Jangan berkawan dengan spesis jin dan syaitan nie.. dah tentu2 mereka ni dimurka Allah.. jangan cari pasal nanti mati kita pun tak diredhai Allah...

Ada lagi nie... bila kita di dalam kekalutan dan ketakutan.. kita selalu tertipu antara realiti dan khayalan... kadang mende yang real depan mata pun...kita tak percaya.. pastu kita createlaa cerita macam2...huhuhuhu...

Oklah.. nak review banyak2 pun tak pandai laa.. tapi akak rekemenlah tengok.. untuk ceriakan hari..
Jom Tonton.. :D

Isnin, 17 Jun 2013

Cantik Sungguh!!!

Berangan nak pergi... boleh jadi kenyataan tak agaknya..?

Rasa Nyaman....

Rasa Aman dan Indah

Rasa Tenang dan Lapang

Rasa Seronok dan Riang...

Rasa Hidup...

Rasa berwarna-warni

Akak pasti setiap kali kita tengok setiap gambar nie.. kita ada merasai sesuatu.. agak2nya apalah yang kengkawan rasa ekk.. sama tak cam akak atau korang ada rasa yang lain .. :D

Ayat Pagi Isnin...


Semoga Allah SWT mencukupi.. Hanya Dia...

Jumaat, 14 Jun 2013

Misteri Tapak Kaki...

dari Mr. google

Emmm.. nak cerita skit.. cerita misteri.. yang berlaku emm... lebih kurang 2 atau 3 minggu sudah kat kampung... 

Hari Ahad.. kami sekeluarga balik ke kempung (tak jauh pun.. dalam 1 1/2 jam perjalanan jer)..Nak di jadikan cerita salah satu daripada bilik tidur kat kampung tengah ada major renovation .. jadi bilik tu memang tak der orang pun yang dibenarkan masuk .. dan kebetulan masa kami sampai (dekat waktu zohor dah) .. bilik tu baru jer di bubuh simen ..  akak n En. Bos adalah orang yang last sekali pi bilik tu kononnya nak tengok perkembangan bilik tu... memang simen masih basah lagi..

Dan sedia maklumkan bila dah tengahari camtu.. masing2 tengah sebuk dengan urusan masing... dan akak lak tengah layan anak kat depan sambil tengok TV.. mak mertua sedang baring2.. anak2 kat berandah rumah sambil main buaian..

Bila azan jer akak pun bangunlah nak bersiap sedia kan.. sambil tu akak pun pi lah jengah bilik tu (sebab dekat ngn bilik air).. kemudian tu terperasan .. eh eh... ada bekas tapak kaki laa.. pelik nya tapak kaki nie... kebetulan masa tu En. Bos baru balik dari rumah makcik dia (kat belakang).. akak pun panggil dia ajak dia tengok sekali.. serius .. masa first time akak nampak bekas tapak kaki tu.. meremang rasa tengkuk nie.. macam scary jer.. sebab tapak sebijik tapak kaki kucing.. tapi size nya besar tau.. (besar genggam tangan lelaki dewasa).. dan pada akak confirm bukan kucing...  kami pandang jer satu sama lain... En. Bos siap snap gambar lagi... dalam 3 hingga 4 keping..

Emmm... bila tanya kat sumer orang ada tak sesiapa yang masuk kat bilik tu.. masing2 kata tak... huish pelik tu.. misteri tuu... area rumah kampung nie memang lah ada gak belukar tapi tak memungkinkan binatang yang ada tapak kaki sebesar tu merayau2 apatah lagi dalam rumah kan?.. 

sehingga kini masih lagi misteri.. sebab bila kami nak tengok balik gambar yang En. Bos snap tu.. memang blank..hitam tak nampak aper.. lagilah misteri...

Sekarang simen tu dah di betulkan semula strukturnya.. dah tak der bekas pun..

itulah kan.. ada pelbagai makhluk ciptaan Allah SWT.. hanya Dia yang tahu apa sebenarnya terjadi..
Remain misteri.. :D

Khamis, 13 Jun 2013

Berpisah Jua....

Adat dunia.. Bertemu dan akhirnya berpisah.. Bersama akhirnya akan Bercerai jua... itulah perjanjian.. tak der siapa yang mampu nak menghalang...

Takdir yang menanti adalah ujian... ujian untuk lebih kuat.. cuba untuk positifkan diri
Semoga kami semua kuat... In Shaa Allah.. :huhuhuhu

Rabu, 12 Jun 2013

Terima Kasih...



Kita dari kecil lagi dah diajar untuk ucapkan Terima Kasih setiap kali kita terima sesuatu dari orang lain.. Ucapan terima kasih itu menunjukkan adab dan santun seseorang itu.. malahan kita jugak ajar anak2 kita untuk ucapkan perkataan itu dan mereka pun memang sangat suka kata Terima Kasih..

Terima Kasih tu perkataan yang popular pada semua golongan .. tak kira tua atau muda..tak kita kaum.. tak kira dari mana..dalam pelbagai bahasa..

Tapi pernah tak korang menerima ucapan terima kasih tu .. tapi korang rasa macam ada sesuatu yang tak seronok.  Korang tertanya2... kenapa pulak nak ucapkan terima kasih tak pasal2.. atau pada menda yang rasanya tak perlulah ucap sehingga penerima rasa tak seronok... sedangkan sepatutnya ucapan itulah yang kita selalu tunggu bila kita selesaikan tugasan kita..

Ucapan terima kasih biarlah ikhlas.. tapi bukan terima kasih yang dilimpahi dengan pujian yang menyesakkan orang mendengar... atau biarlah berpada2 dan sederhana.. sehingga kita yang menerima ucapan itu menanti2 untuk memberikan khidmat atau pertolongan lagi..kan itu lebih indah..

Ini hanya pendapat akak ... Terima Kasih yang terlampau  akan menyebabkan perasaan tidak ikhlas itu timbul.. biarlah terima kasih itu jadi satu penunjuk aras kerendahan hati menerima pertolongan orang lain.. itu lebih bermakna.. :D

Oklah kawan2.. semoga kita bersederhana dengan apa sahaja kita lakukan .. samada perbuatan atau perlakuan.. :D jom Muhasabah diri..

Ingin Tenangkan Diri... Jomm


Selasa, 11 Jun 2013

Menguap... Kenapa?

Hadith: 
Dari Abu Sa'id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda:Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya kerana syaitan dapat masuk.
Huraian Hadith: 
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan. (Muslim) Dari Abu Said Al-Khudri r.a dari Nabi saw ia bersabda:
Jika ada di antara kamu menguap, tutuplah mulutmu kalau-kalau syaitan masuk..(Abu Dawud]
Terdapat beberapa hadith lain lagi yang berkisar perihal menguap dan adab-adabnya. Dan kesemua hadis-hadis tersebut membawa kepada satu makna, iaitu Islam tidak suka seseorang menguap tanpa menutup mulut apatah lagi ketika sembahyang.

  
from wikipedia....

Menguap beralih ke halaman ini. Menguap bisa pula merujuk kepada proses penguapan.
Kuap adalah sebuah gerakan refleks menarik dan menghembuskan napas yang sering terjadi saat seseorang merasa letih atau mengantuk. Belum diketahui sebab mengapa orang-orang menguap, namun seringkali dikatakan bahwa penyebabnya adalah jumlah oksigen di paru-paru yang rendah.[1] Menguap mudah sekali menular - 55% orang-orang yang melihat seseorang menguap akan turut menguap dalam waktu lima menit berikutnya.[2] Dalam beberapa budaya, menguap merupakan suatu sikap antisosial sehingga saat menguap orang-orang dari kebudayaan tersebut akan menutup mulut mereka.


from blog oghang putih...

THE TRUTH IS that we don’t completely understand why people, or animals for that matter, yawn. It’s widely assumed that yawning occurs because we are tired or bored or because we see someone else doing it, but there isn’t any hard evidence to support these beliefs.
The most plausible explanation, and the one that is taught in medical school, is that we yawn because oxygen levels in our lungs are low. Studies have shown that during normal, at-rest breathing, we don’t use anywhere near our lung capacity; for the most part, we just use the air sacs at the bottom of the lungs. If the air sacs, called alveoli, don’t get fresh air, they partially collapse and the lungs stiffen a bit. As a result, it’s believed, our brain prompts the body to either sigh or take a yawn to get more air into the lungs.
But certain aspects of yawning remain even more mysterious. Fetuses, for instances, have been observed yawning in the womb, yet it’s known that they don’t take oxygen in through their lungs. And yawning seems to be a symptom of multiple sclerosis and other medical conditions, for reasons unclear.


Remain misteri... menguap pun misteri gak.. Tolong weeiiii.. mak ngantuk nie.. nguap dah dekat 10 kali dah nie.. hhuhuuhu

Moh.. Sarapan..

Jom Sarapan kengkawan.. :D..

Isnin, 10 Jun 2013

Master Chef Celebriti...

Hari ini amikkesempatan tengok MCC... terrer tuu diorang masak.. tak mampu rasanya nak seterrer diorang nie..hebat diorang nie.. tinggal lagi 6 orang... sumer setara hebatnya.. saper ekk bakal jadi juara... saspen tuuu... seronok kan kalau pandai masak camtu.. boleh laa jamu anak2 dengan pelbagai resepi.. tapi tengoklah pulak peralatan yang diorang guna.. sangat menyenangkan kerja...jom kita tengok MCC!!! :D


takder kena mengena ngn MCC

3 Hari Sudah...

Hari nie, bermula semula hari2 yang rutin... mengejar di sana mengejar di sini... 3 hari sudah tidak update blog... nak bukak PC pun tak nyempat (sebuklah kononnya)...

Hari nie opis tak ramai orang.. ada yang anak demam.. ada yang diri sendiri demam.. ada yang pi krusus.. jadi opis sunyi sepi... 

Pagi pulak ada workshop Photography... belajar camner nak guna camera dan fungsi2nya... selalunya sumer guna Auto Mode... main tekan jer.. almaklumlah takder DSLR... ada camera compact jer... rupanya camera compact pun boleh amik gambor menariks nie.. tapi kenalah belajar sikit teknik2 asas nya... 

Tapi kena belajar lagi kot... orang lama cam akak nie.. amik gambor main terjah jer.. x der skill.. pasni bolehlah try berskil plak.. hehehehe...

Seronok gak belajar skil amik gambar nie.. nak beli DSLR?.. saper tak nak yer tak.. tapi nantilah dulu.. bila ada bajet lebih.. :D



Jumaat, 7 Jun 2013

Mungkin Orang Tak Tahu..Tapi...!

Salam Jumaat kawan2... kita selalu ingat yang segala perkara yang kita buat terutama yang salah.. kita cuba untuk sorokkan dengan harapan tak der satu manusia pun yang tahu.. dan kita rasa sangat selamat.. Tapi kita lupa yang Allah SWT adalah Maha Melihat... Dia Maha Mengetahui.. jadi sama2lah kita muhasabah diri untuk memperbetulkan yang salah dan silap... Astagfirullaaaaahhhh...

Khamis, 6 Jun 2013

Salam Israk Mikraj..



Hari ini baru start kerja.. selepas bercuti bersama keluarga.. dan hari ini juga 27 Rejab 1434... kita umat islam menyambut Israk Mikraj... peristiwa perjalanan Rasulullah bertemu dengan Kebesaran Allah SWT.  Salam Israk Mikraj kawan2.. semoga kita semua bersama2 menghayati perjalanan Rasulullah dan mengambil iktibar darinya....

Selasa, 4 Jun 2013

Sudah Mahu Pulang...

Ini bukan keadaan sebenar... gambar tak sempat nak download... Untuk kak Madiha.. saya tak ke tempat yang sepatutnya.. kami divert plan asal atas sebab2 teknikal dan permintaan dan janji yang telah di buat sebelum ini.  Walaupun ibu sedikit frust tapi Alhamdulillah.. masih boleh enjoy dan seronok.. Bukan mudah nak berkumpul begini dan melakukan aktiviti bersama2 tanpa gangguan... :D

Hari ini sudah mahu pulang... Semoga kami selamat sampai hendaknya...In Shaa Allah akak akan bercerita panjang sikit lepas nie... internet kat sini slow skit...bye .. jumpa lagi....

Ahad, 2 Jun 2013

Sedang Mencutikan Diri...

Salam Sejahtera Semua...

Akak sedang mencutikan diri sekarang... nak jenguk kawan2 nantilah yer... In Shaa Allah...

Nak melayan anak2 sekarang nie,, sebab masa anak2 bercutinilah ibu n ayah boleh cuti sama.. bawak jenjalan cuci mata,,, :D jumpa lagiiii....


Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...