Jom Follow sayer.....:)

Cari Blog Ini

Nuffnang

Rabu, 12 Jun 2013

Terima Kasih...



Kita dari kecil lagi dah diajar untuk ucapkan Terima Kasih setiap kali kita terima sesuatu dari orang lain.. Ucapan terima kasih itu menunjukkan adab dan santun seseorang itu.. malahan kita jugak ajar anak2 kita untuk ucapkan perkataan itu dan mereka pun memang sangat suka kata Terima Kasih..

Terima Kasih tu perkataan yang popular pada semua golongan .. tak kira tua atau muda..tak kita kaum.. tak kira dari mana..dalam pelbagai bahasa..

Tapi pernah tak korang menerima ucapan terima kasih tu .. tapi korang rasa macam ada sesuatu yang tak seronok.  Korang tertanya2... kenapa pulak nak ucapkan terima kasih tak pasal2.. atau pada menda yang rasanya tak perlulah ucap sehingga penerima rasa tak seronok... sedangkan sepatutnya ucapan itulah yang kita selalu tunggu bila kita selesaikan tugasan kita..

Ucapan terima kasih biarlah ikhlas.. tapi bukan terima kasih yang dilimpahi dengan pujian yang menyesakkan orang mendengar... atau biarlah berpada2 dan sederhana.. sehingga kita yang menerima ucapan itu menanti2 untuk memberikan khidmat atau pertolongan lagi..kan itu lebih indah..

Ini hanya pendapat akak ... Terima Kasih yang terlampau  akan menyebabkan perasaan tidak ikhlas itu timbul.. biarlah terima kasih itu jadi satu penunjuk aras kerendahan hati menerima pertolongan orang lain.. itu lebih bermakna.. :D

Oklah kawan2.. semoga kita bersederhana dengan apa sahaja kita lakukan .. samada perbuatan atau perlakuan.. :D jom Muhasabah diri..

2 ulasan:

  1. Terima kasih... Ucapan ini ikhlas dari saya :)

    BalasPadam
  2. mmg x lupa nak ucap tq & terima kasih ni hehehe

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Ramadhan datang lagi

Salam Selasa sahabat blogger sekalian.. Semakin hampir dengan Ramadhan.. Tak pasti lagi kita dapat merasainya atau tidak.. Hampir separuh ...