Rabu, 30 Oktober 2013

Hidup Mesti diTeruskan...


Suka atau tidak... seronok atau tidak... hidup mesti di teruskan.. bila mata mampu dicelikkan setiap pagi.. bermakna Allah memberi kita peluang untuk meneruskan kehidupan... samada kita terus melakukan apa yang biasa .. atau kita cuba untuk membetulkan apa yang silap.. Dan kita juga perlu memberi sedikit penghargaan kepada diri kita sendiri atas apa sahaja yang kita lakukan.. dengan itu sudah pasti kita menghargai KeHIDUPan yang ALLAH SWT kurniakan kepada kita.. :D.. mari kita positifkan diri...

Selasa, 29 Oktober 2013

Kehilangan...



Bukan mudah nak menghadapi kehilangan.. apatah lagi jika yang hilang itu adalah barang yang kita sayang..  itu baru barang.. bagaimana pula jika kita kehilangan orang2 yang hampir dan kita sayangi.. mesti nak menyembuhkan luka dan sedih itu memakan masa yang lama..


Hari ahad yang lepas baru nie.. akak menerima 2 berita kehilangan.. tapi bukanlah akak sendiri kehilangan.. cuma mereka yang hampir dengan akak mengalaminya.. 

Seorang sahabat yang sudah hampir 3 tahun berkahwin.. diberi berita gembira.. dia disahkan mengandung.. dan itulah berita yang dinanti selama ini....tetapi ujian untuknya.. dia terpaksa menerima kehilangan anaknya apabila dia disahkan mengandung luar rahim..  dia kehilangan.. dan terpaksa menerima kehilangan tersebut. Redha.. mungkin ada keindahan di sebalik kesedihan tersebut..

Dan kita selalu terfikir.. kita lah yang paling sedih .. rupa2nya.. Allah SWT tidak mahu kita fikir begitu... ada lagi ujian untuk orang lain yang lebih berat dari apa yang kita hadapi.  Dalam masa yang sama.. Suami kepada salah seorang sahabat akak menerima berita kehilangan sahabat baiknya dalam kemalangan jalanraya.  Beliau meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak yang masih kecil lagi.  Tak dapat akak bayangkan perasaan isterinya ketika menerima berita itu..  Sedih.. Pilu... Bingung.. dan mungkin juga Celaru.. Apa nak buat selepas ini?.. macamana dengan anak2?.. Bagaimana nak menghadapi hidup seorang tanpa tunjang utama lagi?.. Berat mata memandang.. Berat lagi bahu memikul..

Apa nak buat yer?... serahkanlah kepadaNya.. Sudah tentu ada jalan yang Allah SWT akan lorongkan kepada isteri ini.. mungkin sukar namun selagi bergantung kuat padaNya.. In Shaa Allah ada jalanNya..

Akak?.... menerima pengajaran ini.. hilang?.. suatu hari nanti kita juga akan diuji dengan kehilangan ini.. kita berharap kita juga Allah kurniakan kekuatan menghadapinya.. Ameenn..

Alfatihah.. kepada kedua2 kehilangan ini..Ameen

Isnin, 28 Oktober 2013

On Meeting...



Today.. on meeting.. continued after lunch... aduhai setelah sekian lama bercuti untuk meeting.. hari nie.. punyalah panjang .. banyak perkara berbangkit.. nie rehat sekejap.. :D.. Jom Meeting

Sabtu, 26 Oktober 2013

Amir dan Menan...

Amir : ibu tengok nie...
Ibu   : wahhhh.... nak ke mana menan2 amir nie?..
Amir : dia beratur nak pegi cuti...
Ibu   : pergi cuti?.. cuti apa pulak..
Amir : cutilaaa.. x pegi umah cik lela (taska)..
Ibu  : Ooooo...

Seronok melayan budak kecik nie borak. . Kadang2 tak larat nak menjawab soklan yang dia tanya.. ada yang tak reti nak jawab... imaginasi tinggi tu...

Meh layan gambar dia ngn menan dia..

Jumaat, 25 Oktober 2013

Die....t...

Kata orang putih... diet is die without t... hihihi....

Tu la kan.. sekarang orang2 sekitar akak tengah aktif berdiet... jaga pemakanan... banyak minum air.. tak guna sebarang produk... ada yang turun berat badan hampir 10 kilo dlm masa 2 minggu.. hebatkan... tapi NO NASI TAKEN... memang hebat diorang melatih tekak untuk melarang nasi masuk ke  mulut.. dab itulah kelemahan akak sebenarnya..

Tapi sebenarnya yang paling penting adalah kesihatan diri.. menjaga pemakanan untuk kesihatan diri.. sekarang macam2 penyakit timbul.. dan kadang2 kita sangka kita sangat sihat tapi sebaliknya pulak berlaku. ..

Menjaga pemakanan adalah satu perkara yang sangat sukar bagi akak kerana akak sangat suka makan.. :) semoga akak berjaya mengawalnya agar tidak berlebihan... tapi bukan DIET tau..

Khamis, 24 Oktober 2013

Manisnya...





Manisnya.. tapi ingat.. walaupun sangat manis... tapi sangat bahaya jika berlebihan.. :D

Selasa, 22 Oktober 2013

Soalan:.. Tak Celebrate Ker?

Alhamdulillah.. Terima kasih kat kawan2 yang mengucapkan Selamat Hari Lahir kat akak semalam.. yang mendoakan baik2 buat akak semalam... dan sebenarnya ucapan dan kata2 yang baik2 itu sangat diperlukan setiap hari bukan hanya pada hari lahir sahaja kan.. apa2 pun akak bersyukur kerana sangat merasai diri di sayangi dan di hargai..  Terutama pada Suami.. Emak.. Anak2 dan keluarga yang lain..

Kalian semua telah menjadi sebahagian dari hidup akak dan memori yang indah dalam kehidupan akak.. Sudah tentu ada rasa kasih dan sayang yang Allah kurniakan untuk kalian semua.. Syukur ke hadratNya..

Ada pulak kawan2 yang tanya.. Tak Celebrate ker semalam.. emm... sebenarnya pada akak cukup dengan mengingati.. kami tidak diajarpun untuk menyambut hari lahir sendiri... tapi tidak menolaknya... kalau ada rezeki atau kelapangan, tentu seronok berkumpul ramai2 meraikan sesuatu kan.. samer jugaklah dengan anak2.. kalau sambut pun .. cuma kami sekeluarga sahaja.. itu pun sangat sederhana dan mudah.. kami selesa begitu.. :D



Isnin, 21 Oktober 2013

Sanah Helwah Dear Kak Izan...


Selamat Hari Lahir Kak Izan... hehehehe.. wish untuk diri sendiri.. sebenarnya pun kalau nak ikutkan kalendar masehi... hari ini akak genap 40 tahun.. 21 Oktober 1973.. hingga 2013... tetapi sebenarnya klau ikut kalendar hijriah... umur akak sudah pun 41 tahun pada 24 Ramadhan 1434 yang lalu.. dah masuk 4 siri dah.. dah kategori orang lama lah jugak.. hehehe..



Nak sedih ker.. nak pilu ker.. nak seronok ker... yang penting akak sangat bersyukur kerana Allah SWT kurniakan umur yang panjang dan berkat selama ini.. yerlaa.. bukan semua orang dapat merasa angka 40an nie... ada yang awal2 lagi Allah dah jemput mereka pulang.. sebab Rasulullah SAW pernah bersabda.. umatnya yang menjangkau umur 40 tahun ini adalah kategori umurnya yang panjang... Alhamdulillah.. takut pun ada juga.. yerlaa kan bila umur meningkat nie.. dah tentu ujian dan cabaran yang Allah bagi pun akan lebih mencabar.. semoga akak kuat menghadapi segalanya... Ameenn


Sabtu, 19 Oktober 2013

Janganlah Cantik Rupa di Puja..

Mari menyusun seroja bunga seroja
Hiasan sanggul remaja putri remaja
Rupa yang elok dimanja jangan dimanja
Pujalah ia oh saja sekedar saja

Mengapa kau bermenung oh adik berhati bingung
Mengapa kau bermenung oh adik berhati bingung
Janganlah engkau percaya dengan asmara
Janganlah engkau percaya dengan asmara

Sekarang bukan bermenung dalam termenung
Sekarang bukan bermenung dalam termenung
Mari bersama oh sayang memetik bunga
Mari bersama oh sayang memetik bunga

Mari menyusun seroja bunga seroja
Hiasan sanggul remaja putri remaja
Rupa yang elok dimanja jangan dimanja
Pujalah ia oh saja sekedar saja

Jom Perbaiki Yang Kurang..

Kadang kita terlupa
Kadang kita terlalai
Walau kita sebenarnya tahu
Walau kita sebenarnya sudah belajar
Mungkin kerana nafsu sendiri
Mungkin kerana hasutan syaitan
Jadi marilah wahai sahabat wanitaku sekalian..
Kita perbaiki yang kurang... kita tambah yang sedikit....
JOM JAGA AURAT KITA SELENGKAPNYA..

Khamis, 17 Oktober 2013

Berubah...




bukan berubah yang atas nie tau.. heheheh


Manusia perlu berubah kan.. dari baik ke arah yang lebih baik.. dari buruk ke arah yang lebih cantik.. dari rendah menjadi tinggi.. dari terlalu tinggi menjadi rendah sedikit.. yang PASTI kita kena berubah.. dari negatif ke arah yang lebih positif..

Janganlah terlalu angkuh dan sombong dalam mempertahankan yang salah atau bathil.. kena ada ruang sedikit di hati kita untuk menerima nasihat atau teguran orang lain.  Sebab kita semua tidak sempurna.. adakalanya Allah SWT mengurniakan kita orang2 sekeliling untuk membantu kita melihat kesilapan kita.. ataupun supaya kita tidak terlajak jauh... kadang2 tidak perlu teguran.. dengan hanya melihat akhlak mereka kita sendiri akan tersedar.. itulah hidayah dari Allah SWT.. tanda Dia menyayangi kita hambaNya..

Astagfirullah... Ampunkan dosaku Ya Allah...

Sabtu, 12 Oktober 2013

Berkorban Apa Sahaja...

Lagi 2 hari kita semua akan menyambut hari raya Korban atau lebih tepat lagi AidilAdha... korang korban tak tahun ni?.. Alhamdulillah.... akak tahun nie tak dapat menunaikan tanggungjawab yang satu nie atas sebab2 yang tertentu.. in shaa Allah. .. kalau ada rezeki dan umur tahun hadapanlah pulak...
Cerita2 pasal korban nie kan.. sudah tentu kita ingat dengan kisah nabi Ibrahim a.s dan nabi Ismail a.s... bagaimana tingginya penyerahan diri mereka kepada Allah SWT sehingga tidak pernah mempersoalkan suruhan dan arahan Allah SWT.   Jauh sangat jika kita dibezakan dengan mereka kan..
Tak tahulah bagaimana kalaulah kita yang berhadapan dengan dugaan seperti itu.. tentu banyak soalan dan alasan dibuat untuk cuba mengelak atau mengubah sedikit supaya dapat mengikut situasi atau keadaan kita ketika itu... betul tak?.. betapa nipisnya iman dan kebergantungan kita pada Allah SWT.
Sanggupkah kita berkorban apa sahaja kerana Allah SWT? ... sudah bersedia kah kita menghadapi apa sahaja dugaan yang di datangkan pada kita?..
Semoga kita diberi kekuatan itu.. sekuat dan sehebat nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Jumaat, 11 Oktober 2013

Kiamat 2126?..

Dulu.. 2012... sekarang sudah ada spekulasi baru... kiamat pada 2126.. jadi ada lebih kurang 120 tahun lagi.  Jadi?.. bolehlah enjoy.. kiamat kan lambat lagi...emmm
Hati2lah dengan permainan golongan yang suka meramal ini.. takut kita terpengaruh.. sedangkan kekasih Allah sendiri pun tak dapat mengagak bila ketibaan kiamat. . Inikan pulak kita manusia biasa..
Yang perlu kita buat adalah bersedia... sudah cukup bersedia kah kita?.. kita sendiri tahu sebenarnya di mana kedudukan kita.. jadi.. pandai2lah meletakkan diri di Tempat yang betul agar tidak tersasar dari matlamat kita semua.. Bahagia di Dunia dan Akhirat. . Ameeeennn

Khamis, 10 Oktober 2013

Kebakaran di Tempat Kami..

Hari Rabu baru nie... dekat opis akak ada kejadian kebakaran... lebih kurang pukul 5pagi masa jemaah nak ke masjid.. mereka nampak asap berkepul2 .. dan mereka pun bertindak memanggil bomba...
Masa akak datang kerja pagi dm kul 750pg.. memanglah nampak pasukan bomba tengah duduk berehat mungkin selepas menyelesaikan tugas mereka.. masa tu tak terfikir apa2 pun.. tapi bila masuk opis .. memang kuat bau asap dan kawan opis pun beritahu yang opis di tingkat tiga terbakar..
Memang banyak kerugian berlaku.. dan opis kami pun terlibat sama (banjir).. letrik pun asyik terputus jer.  Lagi kesian kat kawan2 yang terlibat.. terpaksa menumpang kat opis lain..
Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua In Shaa Allah. ...

Rabu, 9 Oktober 2013

Pernah Jumpa Gel nie?

2hari nie akak demam kan.. diikuti dengan sakit perut.. sakit bisa2... macam ada ribut taufan dalam perut.. sakit sangat.. tak tahu nak wat camner.. cuma tahan selagi mampu...

Pastu en. Bos ada beli satu Gel nie.. memang best pakai.. berangin jer... rasa lega skit perut...

Tapi selalunya... bila dah best pakai... nak beli semula dah tak jumpa dah product camni.. jadi sudahnya... beli jer mana jumpa.. ;)

Kengkawan pernah jumpa tak produk yang akak snap gambor kat bawah nie..

Selasa, 8 Oktober 2013

Permata Hati Ibu..

Mereka semua adalah permata hati kami.. tanpa mereka hidup ini mungkin akan sepi dan sunyi... adakala dengan adanya mereka.. kesabaran dicabar... ketabahan diuji.. tapi dengan adanya mereka juga hidup lebih terisi.. lebih bermakna.. sangat rasa Bersyukur....

Walaupun bukan mudah menjadi ibu dan ayah yang sempurna... namun begitu kami terus menimba ilmu selagi mampu.. ilmu bukan sekadar dibuku.. tapi juga dari pengalaman mereka2 yang telah berjaya mendidik anak2 mereka dengan berjayanya... namun begitu.. kejayaan bukan lah diukur dari segi akademik sahaja.. yang paling penting ialah sahsiah diri nya... ilmu akhirat yang tidak melupakan dunia sebagai jambatan menuju akhirat.

Namun andainya Allah SWT menguji kita.. Berserah lah padaNya.. kerana Dialah yang lebih mengetahui segala sesuatu....

Isnin, 7 Oktober 2013

Minuman Isotonik 100 Pluss

Hari nie akak kurang sihat... demam melanda lagi.. sendi2 terasa sakit macam nak tercabut rasanya.. bila dah berumur nie sistem pertahanan badan dah semakin berkurang.. bila kurang rehat.. atau terlebih sikit aktiviti.. mulalah rasa tak sedap badan..

Jadi bila imun dah kurang.. kita perlukan lah bantuan2 dari luar... en. Bos belikan 100pluss sebab akak dah kurang air di badan.. rasa macam nak pitam.. badan rasa ringan.. tapi betullaah .. lepas minum 100pluss badan akak rasa bertenaga semula.. bolehlah lakukan aktiviti sikit supaya berpeluh sedikit.. semoga Allah ampunkan dosa2 akak.. Ameeenn. . :)

Jangan Menunding Jari...

Kita manusia nie selalu suka dan kadang kala seronok melihat kesilapan orang lain.. kononnya kita sendiri sudah cukup sempurna.. tapi benarkah begitu?.. kira lupa sebenarnya. . Bila kita menunding satu jari ke arah orang lain.. sudah tentu 4 lagi jari kita terarah kepada kita.. maknanya  sebelum kita terus menyalahkan orang lain .. kita kena periksa tindakan kita dulu.. kita selalu melihat apa yang kita buat itu betul. ...

Jadi kawan2 mari kita sama2 muhasabah diri dan jgnlah sombong untuk mengakui kesilapan diri sendiri. . :)

Sabtu, 5 Oktober 2013

Tetamu Petang Sabtu..

Oleh kerana rumah akak nie dikelilingi hutan bukit.. jadi macam2 lag mergastua yang singgah bertanya khabar kami sekelurga.  Petang ini.. kami disinggahi oleh belalang daun yang agak besar.  Sempat ditangkap oleh En. BOS.. hehehe... tapi kami lepaskan semula.. tak baik kan menganiyai binatang.. biarkan dia kembali ke asalnya..
Jom2 .. akak ada share gambar yang sempat diambil.. (itupun sebabnya dia ditangkap sekejap)...

Khamis, 3 Oktober 2013

Nostalgia Bas Mini...

Salam kawan2 bloggers.. Tiba2 Hari khamis nie.. akak teringat zaman2 akak naik bas mini.. Zaman bas mini 20... 15 ... 12... 16.. ingat lagi tu..

Zaman anak2 dara... berhimpit2.. berebut2.. berlari2... jadi pejuang hak wanita.. hehehehe.. bila ada perempuan kena raba.. kena himpit lebih2.. memang nak kena jerkah lah ngn akak.. zaman tu zaman garang.. heheheh







Kat area rawang.. masih lagi kelihatan bas2 mini ini digunakan... Tapi taklah havoc cam dulu.. akak pun tak pernah naik lagi dah...

Apa2 pun Bas Mini memang nostalgik.. :D

Rabu, 2 Oktober 2013

Kosong Lagi...


Pernah tak  kita rasa kosong.. macam tak tahu nak buat apa.. nak fikir apa.. 
Mesti pernah kan...
Hidup Kosong..
Mari kita berdoa agar Allah kurniakan kelapangan hati dan kekosongan itu di isi dengan penyerahan segalanya kepadaNya..





Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku.(QS. Thaha: 27). 

Selasa, 1 Oktober 2013

Perasan Jer..


Kepada.. The Binipolis Cherita.. , Radziah Ar dan Mama Maszul... terima kasih sebab join teka gambar minggu lepas.. sajer2 jer .. rupanya saya jer perasan sorang... ingat ramai nak join.. hehehehe..

Takperlah .. yang pasti janji bakal ditepati.. boleh tak blogger kat atas tu tinggalkan alamat umah kat email akak nie (norizan@iium.edu.my)... untuk proses penghantaran hadiah..

Jawapan sebenarnya ialah Plastesin..heheheh.. lain kali join lagi yer.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...