Sabtu, 12 Oktober 2013

Berkorban Apa Sahaja...

Lagi 2 hari kita semua akan menyambut hari raya Korban atau lebih tepat lagi AidilAdha... korang korban tak tahun ni?.. Alhamdulillah.... akak tahun nie tak dapat menunaikan tanggungjawab yang satu nie atas sebab2 yang tertentu.. in shaa Allah. .. kalau ada rezeki dan umur tahun hadapanlah pulak...
Cerita2 pasal korban nie kan.. sudah tentu kita ingat dengan kisah nabi Ibrahim a.s dan nabi Ismail a.s... bagaimana tingginya penyerahan diri mereka kepada Allah SWT sehingga tidak pernah mempersoalkan suruhan dan arahan Allah SWT.   Jauh sangat jika kita dibezakan dengan mereka kan..
Tak tahulah bagaimana kalaulah kita yang berhadapan dengan dugaan seperti itu.. tentu banyak soalan dan alasan dibuat untuk cuba mengelak atau mengubah sedikit supaya dapat mengikut situasi atau keadaan kita ketika itu... betul tak?.. betapa nipisnya iman dan kebergantungan kita pada Allah SWT.
Sanggupkah kita berkorban apa sahaja kerana Allah SWT? ... sudah bersedia kah kita menghadapi apa sahaja dugaan yang di datangkan pada kita?..
Semoga kita diberi kekuatan itu.. sekuat dan sehebat nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...