Selasa, 29 Oktober 2013

Kehilangan...



Bukan mudah nak menghadapi kehilangan.. apatah lagi jika yang hilang itu adalah barang yang kita sayang..  itu baru barang.. bagaimana pula jika kita kehilangan orang2 yang hampir dan kita sayangi.. mesti nak menyembuhkan luka dan sedih itu memakan masa yang lama..


Hari ahad yang lepas baru nie.. akak menerima 2 berita kehilangan.. tapi bukanlah akak sendiri kehilangan.. cuma mereka yang hampir dengan akak mengalaminya.. 

Seorang sahabat yang sudah hampir 3 tahun berkahwin.. diberi berita gembira.. dia disahkan mengandung.. dan itulah berita yang dinanti selama ini....tetapi ujian untuknya.. dia terpaksa menerima kehilangan anaknya apabila dia disahkan mengandung luar rahim..  dia kehilangan.. dan terpaksa menerima kehilangan tersebut. Redha.. mungkin ada keindahan di sebalik kesedihan tersebut..

Dan kita selalu terfikir.. kita lah yang paling sedih .. rupa2nya.. Allah SWT tidak mahu kita fikir begitu... ada lagi ujian untuk orang lain yang lebih berat dari apa yang kita hadapi.  Dalam masa yang sama.. Suami kepada salah seorang sahabat akak menerima berita kehilangan sahabat baiknya dalam kemalangan jalanraya.  Beliau meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak yang masih kecil lagi.  Tak dapat akak bayangkan perasaan isterinya ketika menerima berita itu..  Sedih.. Pilu... Bingung.. dan mungkin juga Celaru.. Apa nak buat selepas ini?.. macamana dengan anak2?.. Bagaimana nak menghadapi hidup seorang tanpa tunjang utama lagi?.. Berat mata memandang.. Berat lagi bahu memikul..

Apa nak buat yer?... serahkanlah kepadaNya.. Sudah tentu ada jalan yang Allah SWT akan lorongkan kepada isteri ini.. mungkin sukar namun selagi bergantung kuat padaNya.. In Shaa Allah ada jalanNya..

Akak?.... menerima pengajaran ini.. hilang?.. suatu hari nanti kita juga akan diuji dengan kehilangan ini.. kita berharap kita juga Allah kurniakan kekuatan menghadapinya.. Ameenn..

Alfatihah.. kepada kedua2 kehilangan ini..Ameen

3 ulasan:

  1. Tak dpt bayangkan klu sy berada di situasi itu..apa pun kena byk kan sabar..kita juga pasti akan melaluinya kan?..
    salam kenal..follow sni#162...
    Jom ke blog sy ye...:):)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal aTie.. In Shaa Allah.. :D. Terima kasih sudi follow..

      Padam
  2. ujian dari Allah swt

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...