Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Untuk Malam Ini...

Imej
Semoga kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati malam2 indah seperti ini.. Amiiinn...

Jangan Berani2 Nak Tegur !!!...

Imej
Jangan berani2 nak tegur.. bukan sumer orang suker di tegur... ada orang anggap bila kena tegur maknanya orang benci.. bukankah bila orang tegur kesilapan kita bermakna ada lagi orang yang masih lagi mempedulikan kita.. bukankah elok begitu?
Sebagai ibu dan ayah kepada anak2 kita.. agak2 nya kita sanggup ker membiarkan anak2 kita di tegur oleh orang lain selain kita jika mereka melakukan kesalahan.... Ada orang OK.. tapi ada orang sangat sensitif bila anak2 mereka di tegur sedangkan dengan terang dan nyata kesalahannya..
Pernah terjadi masa akak baru2 berpindah di kawasan perumahan yang akak duduk sekarang nie... kebetulan itu kawasan baru.. memang tak ramai lagi yang duduk kat situ... jadi ada banyak lagi rumah kosong kat area akak tu.. berhadapan dengan rumah akak juga waktu tu belum ada lagi penghuni... korang bayangkanlah.. bila rumah tak ada penghuni.. dah tentulah semak samun dengan lalang yang panjang.. kalau budak umur 2 atau 3 tahun masuk.. confirm jenuh nak carik...
Jadi s…

Isi Sahaja....

Imej
Inilah dia... kita beli kuih ketayap nie (korang panggil kuih ni apa yer?).... kalau ibu nya memang habis sumer masuk perut..  tapi dapat kat si tecit nie... isi jer jadi tumpuan...
Cuba teka... saper yang habiskan?.....

Of coz laaa.  ...  ibu dia laaa kan... camnerlah ibu tak sihat sejahtera... tul tak?.. ibu2 lain camner... samer tak?... akak rasa mesti samer kan?.. hihihi....
Jom wat kuih ketayap... yerlah tu kak izan oiii... yang betulnya..... jom beli kuih ketayap... hihihi...

Wordless21... Productive Muslim

Imej
Sent by my friend.. Ila.. TQ Ila.. nice knowledge.. :D

Ini Jer Yang Termampu Buat Masa Ini...

Imej
Dalam proses untuk cuba menghafalnya... in sya Allah.. mari kita sama2 cuba mengamalkannya.. sekurang2nya, kita juga cuba melakukan sesuatu untuk mereka...

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut: 1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh. 2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja selepas solat. 3. Membaca doa Qunut subuhdan diikuti dengan doa Qunut Nazilah . Peringatan: ·Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat. ·Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

Tewas Malam Pertama...

Imej
Sedih sangat... Malam pertama dan tewas... tak dapat nak bayangkan perasaan waktu tu.. dan akak tahu bukan akak sorang jer yang rasa cam tu...

Especially my hubby... En Bos sangat sedih...

Plus my sons.. Aiman n Amin....

Penyokong Kuat Harimau Malaya... 0 - 3 .. di tewaskan oleh Singapura... Musuh tradisi kita.. hihihihi..
Semoga ini bukan pengakhiran Harimau Malaya..
Harap Hero Malaysia boleh kekalkan kejuaraanNya..
Kami masih lagi menyokong walaupun kesedihan masih terasa...
Isk isk isk....


Review bloglist+segmen:Jom up Follower beramai- ramai

Imej
Dah lama dah tak join segmen nie.. lepas join KA punya segment ari tu... ari nie akak nak join this segmen plak.. pakat cari follower ramai2 ye tak... Biar Ramai Kawan.. Tapi Jangan Ramai Musuh... hihihihi
Saper nak join.. boleh lah gi blog Cik NurHidayah nie... akak pun baru kenal dari blog mama maszul... :D.. dan bacalah terma dan syaratnya..
Jom Join Ramai2 Kawan2... :D

Harimau Malaya II...

Imej
Emm.. nie saranan dariKA..hihihi... kena wat post untuk Harimau Malaya sekarang... well sempena perlawanan pembukaan AFF yang akan berlangsung hari Ahad nanti...akak dengan berbesar hati buat post pasal Harimau Malaya "kita".. post semalam nak kenalkan harimau malaya yang asal.. yang telah menang dengan british.. tapi post kali nie... 

Nak ajak kawan2 sumer sokong Harimau Malaya kita agar dapat menewaskan Singa Singapura dan agar seterusnya kita dapat menpertahankan kejuaraan Piala AFF di tempat sendiri dan tanah tumpah darah kita Malaysia (waahhh ..tetiba rasa patriotik... :D) Barang yang lepas jangan di kenang... harap2 harimau2 ini dapat semangat baru dan terus berjuang hingga mendapat kejayaan.. amiiinnnnn





Di samping kita bersemarak memberi sokongan kepada Malaysia tercinta - Harimau Malaya "kita".. apa kata dalam masa yang sama kita panjatkan Doa untuk saudara kita di palestine agar mereka sentiasa di lindungi Allah SWT dan agar mereka sentiasa kuat dan bersem…

Harimau Malaya...

Imej
Inilah dia harimau malaya... seorang pemimpin Jepun yang berjaya mengalahkan tentera British yang jauh lebih ramai bilangannya dari tentera Jepun sendiri...

Info ini akak dapat ketika melawat Muzeum Tentera di Port Dickson baru2 ini... sangat bagus jika bawa anak2 kesana.. sekurang2nya memberi kesedaran kepada generasi muda kesusahan dan kepayahan mendapatkan kemerdekaan...

Jom pergi!.. :D



Wordless20... Kembalilah kepadaNya...

Imej
Bila kita...

kita akan...

Hati kita akan
Jadi kita kenalah...

Dan akhirnya kita kena kembali padaNya...


Dan berdoa agar semua kawan ....

Amiiiinn...Amiiiinnnn...Ya Rabb...

Tahniah Sayang...:D

Imej
Alhamdulillah... walaupun ibu dia yang menggelabah gila semalam... tapi akhirnya kami sekeluarga bersyukur ke hadrat Nya...
Tahniah Aiman... bersyukur dengan keputusan UPSR nya.. berbaloi segala penat lelah guru2 sekolah... kata2 semangat sebelum menduduki peperiksaan.... dan yang paling penting usaha yang dilakukan... dan juga doa kepada Nya... yang merestui segala usahamu...
Tahniah sekali lagi... ;D terima kasih juga di atas doa dan kata semangat dari kawan2 sumer...

Rindu....??? Betul ker nie???

Imej
...emmmm.... macam tak percaya pulak... betul ker kak izan nie... ker dia nie merapu jer.... rasa saper pun tak percaya... ada ker dalam kotak fikirannya rinduuuuuu... rindu sangat... rindu rindu rindu sangat... rasanya ramai yang tak percaya.... tapi betul ker kak izan nie sangat... setelah dia meninggalkan tempat ini...
APA????... kak izan rindu opis?????.. hahaha... memang pelik nie....biarkanlah dia layan diri sendiri....


Selamat Ma'al Hijrah...

Imej
Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menj…

Wordless19...Lidah Berbelit?

Imej
Whatever U Do... Don't ever said the Forbidden Words..  (berbelit lidah akak cakap omputih)

Cuti Sekolah Dah Start....

Imej
Cuti sekolah dah start.. make nyer start laa jugak kefeningan mak ayah nak tinggalkan anak kat mana... Kalu tak der maid.. officelah jadi tempat letaknya.. ada yang ikut mak.. ada yang ikut ayah.. kalu anak ramai .. berbahagi2 lah...



Tapi ada jugak dikesempatan nie.. antor jer anak balik kampung... bagi pening wan ngn atok... lama tu.. 52 hari kan?... mau wan ngan atuk seminggu sekali gi klinik .. cek tekanan darah.. hahahahaha....



Tapi ada gak yang hantar anak gi kem ibadah laa... kem motivasi laaa... kem tahfiz laaa.. kem cuti sekolah dan macam2 kem lagi... bila anak2 dah sekolah.. dan tak mahu lagi di hantar ke nursery... option diorang ialah nak duduk kat umah jer.. kalau dah besar panjang.. ok jugak.. tapi kalau baru darjah 1, 2 , 3... takkan nak tinggal umah kot... mak ayah percaya ker?... atau boleh ker percaya kat diorang nie?... stress betul kan?...

 Tapi ada jer mak ayah yang tinggalkan anak2 kat umah.. walaupun kecik lagi... memang beranikan...korang camner?.. apa yang kora…

Koleksi FM Terbaru....

Imej
Tq to Sr. Zainab kerana mengingati akakmu dikejauhan sana....I Like it Very Much... koleksi dari Turki pulak..  susah nak dapat tu....

Sr. Zainab pergi Turki kerana pembentangan kertas kerjanya.. mewakili universiti kesayangannya.  boleh baca kisah dia di Turki kat blognya.. mana tahu ada rezeki boleh kita pulak ke sana... hehehehe


TQ sekali lagi Dik... :D

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara....

Imej
Layak ker akak nak cerita pasal tajuk kat atas tu kan... emmm... memang tak laa... tapi rasanya jika memberi pandangan peribadi ok kot.... terpulanglah kat kawan2 yang lain samada nak terima atau tak pandangan akak nie...
Kenapalak tetiba nak cerita pasal matlamat2 nie kan.. bukan apa akhir2 nie.. selalu terlupa yang kadang2 dalam kita terlalu ghairah nak dapat kan sesuatu atau pun nak memenuhi permintaan orang lain .. kita korbankan kepercayaan kita.. atau kita korbankan prinsip kita.  
Contoh yang paling senang... ada orang jumpa kita dan express masalah hidup dia pada kita.. dia mengadu yang dia tak der tempat nak mengadu... kita lah sorang manusia yang sanggup bantu dia.. dan yang paling penting dia adalah opposite sex dari kita.. kalau kita perempuan .. yang mohon bantuan tu lelaki... kita dengar rintihan hati nya... kita fahami masalahnya.. cerita pasal rumahtangga... pasal isterinya.. pasal anak2nya... Akhirnya kita simpati.. empati ... dan cuba memberi solusi kepada dia.. Dia…

Wordless18... Lapar ker?..Dahaga..?

Imej

Sudah 13 Tahun kan..:D

Imej
Hari nie.. dah pun 13 tahun usia perkahwinan kami.... Alhamdulillah.. segala cabaran dan dugaan yang di beri oleh Nya.. sama2 kami hadapi.... suka..duka..turun... naik.. semuanya telah di rasai...

Semoga Allah SWT sentiasa memberi rahmat dan hidayahnya terhadap kita sekeluarga... Semoga kasih sayang kita terus utuh... Semoga cinta terus tumbuh mekar mewarnai kita...  Semoga segalanya menjadi lebih baik...insya Allah Love U forever... :D

Sabarnya Dia.. tapi kita?

Imej
Ia bermula dengan Nabi Ayub a.s telah ditimpa pelbagai penyakit yang dasyhat sehingga dia tidak upaya untuk bangun , dan pada masa itu juga daripada awal Nabi Ayub a.s menjadi seorang yang kaya raya, dengan tiba-tiba akhir nya Nabi Ayub a.s menjadi faqir miskin. Hartanya hancur begitu saja kerana ditimpa pelbagai kesulitan.
Maka datang lah iblis itu menyamar sebagai lelaki dan mencuba untuk menggoda Nabi Ayub a.s supaya tidak berharap pada Allah s.w.t.
Si iblis berkata : "Sungguh malang nasib mu wahai Ayub , dulu kamu orang kaya sekarang kamu miskin. kasihan sekali dengan kamu."
Tapi Nabi Ayub a.s menjelaskan dengan penuh ketabahan.
"Segala puji bagi Allah, Allah telah mencurah diri ku nikmat , dimana nikmat itu adalah hak milik Allah.. dan saat Allah ingin kembali nikmat tersebut diambil. Maka Allah layak untuk mengambil nya dan aku sangat bersyukur kepada-Nya."
SubhanaAllah!
Hebatnya orang yang bersyukur kepada Allah. Impak kebaikan kesyukuran tersebut a…

Horoskop dan Ramalan?.. Boleh ker?

Imej
Soalan
As-salamu `alaykum. Apakah hukum jika seseorang percaya pada ramalan? Saya tidak mempercayainya, tetapi saya mendengar bahwa mengatakan ramalan perkawinan saya akan terjadi pada usia 29 dan suami saya akan mati bila saya berumur 52. Walaupun saya tidak percaya, ia masih menggangu dan merunsingkan fikiran saya.

Nama mufti – Sano Koutoub Moustapha, IIUM

Jawapan
Wa `alaykum as-salamu wa rahmatullahi wa barakatuh.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semua pujian dan terima kasih kepada Allah, dan selawat dan salam kepada Rasul-Nya.
Saudari SeIslam, terima kasih untuk pertanyaan Anda. Semoga Allah Maha Kuasa melindungi Anda dan kita semua terhadap segala bentuk kejahatan.

Bahkan, tidak tepat sebagai seorang yang bernama muslim untuk diganggu oleh kerana ramalan. Anda tidak perlu memberikan apapun perhatian kepada perkara khurafat dan tahyul; ia anda akan membawa anda untuk praktek haram atau kepercayaan. Jadi, Anda bebaskan fikiran anda daripada di belenggu,…