Jom Follow sayer.....:)

Jumaat, 30 September 2011

LOGO HALAL..JGN AMIK MUDAH

Salam semua,
Haa lepas nie jangan memain lagi dah, hamik logo sesuka hati dah tu tampai kat kedai, kita yang tak berapa pasti nie pun ingat halal, masuk dan makan, harap2 toke2 kedai Islam janganlah amik mudah dengan logo halal nie, mulai Januari 2012, hanya logo di atas yang boleh diterima pakai, yang lain boleh jalan daaa....

petikan kat bawah nie den amik dari salah satu keratan berita

"Mulai 1 Januari depan, hanya logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh digunakan dan diiktiraf.  Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu susulan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan Parlimen Julai lepas dan akan berkuat kuasa 1 November ini.

"Ini bermakna premis makanan, restoran, hotel dan pihak-pihak lain yang sebelum ini menggunakan logo halal bukan dikeluarkan Jakim, perlu membuat permohonan baharu kerana selepas tarikh 1 Januari nanti, semua logo halal sedia ada adalah terbatal.
"Mana-mana pihak lain juga tidak boleh lagi memperakukan atau mengeluarkan sijil halal ataupun membuat pengisytiharan sendiri berhubung status halal," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Ismail Sabri berkata, selepas tarikh itu mereka yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda sehingga RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan dan sehingga RM100,000 bagi orang perseorangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Ismail Sabri berkata, bagi pihak industri pula, tempoh setahun diberikan untuk menukar semua produk keluaran mereka dengan logo halal Jakim."
 
Jadi lepas nie, pastikan kita sumer ingat logo ni supaya kita tak lagi was-was untuk makan, guna, minum dan sebagainya...emmmm....

Khamis, 29 September 2011

Suratan atau Kebetulan...emmm

Semalam baru jer share pasal drama king.. tetiba pagi nie, nak tahu kul baper (5:30pg).. dia call En. Boss beb... SURATAN ATAU KEBETULAN.. aik dia ade terbaca blog den nie... pelik, pelik... nak tahu dia tanya apa.."Bang.. insya Allah saya settlekan laa utang tu.. lagi pun barang tu dah ada kat abang kan.. saya dah tak guna lama dah.. cuma utang waktu saya guna jer kan"... En. Bos pulak dah bengang, dia cakap "Suka Hati Ko laa.. tapi yang aku tahu bender nie kena settle, kalu tak nama aku yg kena Black List.. bukan ko"..

Bukan aku jer pelik.. En. Bos lagilah pelik, apa mimpi budak tu call.. ker dah buang tebiat....takut gak tetiba jer nanti dapat berita lak kan... ish ish ish.. (tak baik kan)...

Den rasa korang mesti tahukan pasal aper.. ada kena mengena ngn Bank lah nie.. nak tahu dah berapa lama kami kena tanggung.. dalam 5 hingga 6 tahun lepas.. memang susah berurusan dengan sedara mara nie.. kalu dia baca blog nie..(ni nak kasik tahu, ingatlah hidup nie tak lama, hutang ngn Allah s.w.t.. boleh taubat minta ampun, tapi hutang ngn manusia nie bawak mati.. dalam kubur nanti sengsara...) kasar ker bunyik nyer.. tapi betulkan.. bukan aper den malu ngn En. Bos.. ye lar bukan sedara dia tapi sedara den.. wat malu jer...

Benda nie dah lama berlarutan, kami jarang bincangkan sebab nanti bikin panas, ye laa sensitif kan.. bab2 nie..Aduyai...dia kata esok dia call balik nak beritahu perkembangan.. kita tengoklah nanti aper cerita dia nak kasik, sebab dah kena dah.. dulu pun dia ade kesedaran gak cam ni.. tapi akhinyer hilang tanpa berita.

Kebetulan Syawal tahun nie kami terserempak, dan dia buat dek jer, memang tak tahu malu. Entahlah camnie punya orang pun wujud kat persekitaran kita...

Oklah kita TUNGGGGGUUUUUUU... DAN LIIIIHHAAAAAT....

Rabu, 28 September 2011

Drama King...


Itulah kan.. kita selalu kata orang yang menunjuk-nunjuk diri itu hebat.. sebab kita bengkek dengan orang yg camtu.. Tapi sebenarnya orang yang pandai bermuka-muka lagi menyakitkan hati.  Di depan kita pijak semut pun tak mati, malahan kita dengar orang lain memuji-muji kebaikan, keindahan, kelembutan.. dan macam ke... lagi laaa.  Tapi kita tak dapat menerima puji-pujian itu sebab di depan mata kita memang dia hebat tapi hakikat sebenarnya..kita tak tahu, banyak insiden yang KANTOI.. dan akhirnya kita tahu siapa dia...

Tapi apa hak kita untuk menghukum orang seperti itu, bak kata orang... 
BIARLAH SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA...EMMMM... ish ish ish ish

Bukan apa, bila kita dah hidup begini lama kita semakin mengenali sifat-sifat manusia ini, dan kita berdoa agar kita tidak tergolong di dalam golongan mereka ini.  Mesti korang heran kan .. kenapa tetiba jer ISU nie di timbulkan.  Kan saya kata Syawal kali nie macam2 jadi .. so inilah salah satunya..

Ada satu makhluk Allah nie, masa dia memerlukan pertolongan, dia datang pada kita merayu-rayu agar kita bantu dia, kita pun ingatkan sedara... kita bantulah serba sedikit.. mana yang termampu.. kerana janjinya pada kita... dia akan menjaga bantuan yang diberi sebaik mungkin...Setelah dia berjaya sekarang... dia pun serahkan balik apa yang kita bantu dia, itupun setelah beberapa insiden berlaku.  Malangnya sekarang kita pula yang terpaksa menanggung hutang yang dibuatnya.. sedis rasanya hati ini, bukan sebab tak ikhlas menolong tapi bila kita pula yang terbeban.  Tapi tak perlah kita redha...

Yang peliknya setiap kali kami bertembung, raut wajahnya seperti taida apa yang berlaku, malahan dia seperti tidak menyedari kewujudan kita.  ish ish ish.. apa sebenarnya salah kita yer...

Itulah sedikit sebanyak perkara yang berlaku.. yang menyebabkan kita kenal siapa lawan dan kawan...
Oklah kawan2..next time i share lagi...;)

Ahad, 25 September 2011

SELAGI SYAWAL...

Salam semua...
Hari ni, masih hangat lagi dengan sambutan Syawal.. saya dan hubby banyak menerima undangan rumah terbuka..hinggakan ada yang tak dapat memenuhi jemputan.  Hari ini, saya dan keluarga memnuhi undangan untuk 3 tempat (tempat berlainan)...
Pd pukul 12:30tgh, saya dan keluarga berangkat ke satu jemputan perkahwinan di kawasan rumah saya, wajib dipenuhi sebab jiran tetangga kan....
Selepas Zuhur lak.. kami ke Bukit Antarabangsa, Ampang, jemputan rumah terbuka .. fuh.. jenuh mencari rumahnya.. ye laa  kami tak pernah menjenguk ke area sana.. jadi 1st time kan.. Iswara Vateran kami tu menjelajah ke kawasan Elit itu.. Terasa kecilnya kami.. emmmm.....akhirnya jumpa gak rumah kawan hubby saya tu... Nasib baik Encik Boss saya nie penyabar orangnya... jadi bab2 cari rumah nie no halnya...
Pastu.. kami bergerak ke Kampung untuk undangan di kampung pulak...yang nie lagilah wajib ditunaikan ...tanggung jawab kan...
Pas maghrib, kami bertolak pulang ke Rumahku Syurgaku... Seronok betul sampai kat umah.. rumah sendiri kan.. biaq kecik pun.. kami bahagia....emmmmm... (sungguh nie....)
Oklah.. len kali saya kongsi lagi....cuma nak syer satu gambaq.. kat bawah nie...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
hihihihihi... tengoklah comotkan..upacara makan kek..juz nak syer... ;)

Jumpa lagi ekk... :)

Jumaat, 23 September 2011

Peringatan di Pagi Jumaat

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.

Emmm....Hanya padaMu ku Mohon perlindungan dan Rahmah.. Amiiiinnnn

Ahad, 18 September 2011

Jamuan Hari Raya Taman Kami

Semalam, ada 2 jamuan, satu kat tadika Aini cam saya cerita n satu lagi kat umah jiran saya.  Tapi malangnya masa kami nak kuar gi umah jiran, ada pulak orang bagi salam nak raya.. jadi tetamulah didulukan..Pastu ujan turun punyalah lebat, hingga lewat malam, jadi kamIi sekuarga batalkan niat nak gi beraya umah jiran tu.

Petang tadi terserempak ngn jiran yg jemput tu, katanya...dia tunggu kami datang tapi tak muncul2... terpaksalah mintak maafkan, nak wat camner bukan sengaja. Dia senyum jer...rasa bersalah pulak...:)

Hari ini taman kami lak wat Jamuan Hari Raya.. Haaa disambut dengan hujan rintik2... thun lepas kerusi cukup tapi tahun ni lak, sampai ade yang berdiri,... maknanya kawasan kejiranan kami dah bertambah ramai dah.

Jamuan start kul 9mlm sampai kul 10:30mlm, bila bawak budak kecik (Amir n Aini).. apalagi tak senang duduk lah.. belum aper2 lagi dah ajak ibu balik (ngntuklah tu)...sib baik lah Encik Bos baik hati. Suh kami duduk kat dalam keta..n dia antor makanan .. dapatlah merasa nasi minyak...rendang ayam.. rendang daging...mee hoon..dan kek gula hangus.. Yelakan takkan nak bawak sumer dalam keta...hihihihihih

Aiman n Amin dah besar so dia bawak diri masing2.. tak nampak batang hidung pun.. Encik Bos.. akhirnya sian kat anak2 2 org tu..n offer antar balik dulu.. sampai umah memang fall asleep.. ngntuk sungguh anak2 ibu ni.

Ni dah kul 12:45mlm.. sumer dah balik kecuali Encik Bos sebab kena basuh pinggan n kemas.. emmm buatlah Bang.. Nor tak dapat nak join d group.. ye la anak2 kecik lagi.. perlukan pengawasan.. (alasan ker ekk..)
Tadi ada suruh Encik Bos amik gambar.. tak tahulah ..

Oklah.. chow dulu.. ngntuk gak nie..:) 
SELAMAT MALAM.....HUAAAAAAARGH.. (OPS SORRY)

Jumaat, 16 September 2011

Jamuan Hari Raya Tadika Aini

Hari ini ada jamuan hari raya kat Tadika Aini.. seronoknyer dia bukan kepalang.  Ibu dan Ayah kejut sekali jer dia dah bangun. Minggu lepas Aini bawak surat jemputan dari tadika dia, dia dah bising nak pakai baju raya.  Jadi ibu dia nie tunaikan wish dia tu...

Ramai yang hadirkan diri...bebudaklah yang paling sronok..

seronok sangat sampai lupa nak pakai kasut raya...hehehehehe

tengok tu..apa lah yang nak di pilih..emmmmm

makan makan makan....jangan terlebih sudah..
 Tahniah pada cikgu2 yang berusaha untuk menjayakan jamuan tu.. Esok jamuan kat Taman kami pulak... tentu lagi gempak.. sebab ramai tuuu...Cam tahun lepas nak makan kena SABAR...sebab QUEU panjang...
Anyway untuk En. BOS... hubby tersayang sayalahhh... selamat membakar lemang... 



Sabtu, 10 September 2011

SYAWAL 1432H

Sambutan Syawal kali ini, saya dan keluarga menyambutnya di kmpung belah mertua ku di Kpg Jaya Setia, Bistari Jaya.. (dulunya Btg Berjuntai)... Bila kat kampung nie, meriahnya lain sikit, ye la kan.. sumer orang balik kampung, jadi kampunglah yg lebih sebuk dari bandar.. Cam tahun lepas, kami beraya di Cheras, KL.. rumah ibu saya.. jadi kemeriahannya kurang sikit.. tapi itu bukan saya jer yang kata.. malahan anak2 pun begitu.. Kat Kampung .. cepat skit kumpul  duit raya berbanding KL.. kat KL nak gi umah saper.. sumer orang balik kpg.. jadi tunggulah sampai raya ke 3 @ 4... meh nie nak share skit gambor yang sempat di ambil pagi syawal tu...

Kurang 2 orang...

 Ibu mertua ngn cucu2nya

 Amir..si bongsu

 Anak daraku...



Tulah serba sedikit yang dapat dikongsikan... Banyak gambor lagi tapi cukuplah tu yer... sebenornyer banyak citer raya kali nie.. nantilah.. lain kali jer laa...

Khamis, 8 September 2011

U can count on me...

Akak sukanyer lagu nie... mmang kan  manusia nie saling memerlukan.  Jadi belajarlah utk SEDAR DIRI.  Bukan mudah sebenarnya untuk kita menjaga hati orang lain.. tapi apalah salahnya jika kita belajar menjaga hati orang lain agar hati kita juga terjaga.. agar tidak terguris.. agar tidak terhiris.. Belajar untuk MEMAAFKAN.. walaupun ianya bukan mudah... Emmm....

Rabu, 7 September 2011

Kenangan....

Dalam kehidupan ini sebenarnya, banyak yang tak dapat kita jangkakan.  Tetapi kadang2 mungkin kita mampu untuk merancang sebaik mungkin dan akhirnya mengangkat tangan dan memanjatkan doa kepadaNya agar apa yang kita jangka dan rancang akan terlaksana.  Namun, kita juga perlu ingat yang Allah S.W.T senantiasa menguji kita, saya masih ingat lagi ustaz pernah berkata " Andainya masih ada lagi ujian untuk kita, selagi itulah Allah berada dengan kita dan Dia masih menyanyangi kita"...
Waktu di alam persekolahan Rendah dan Menengah, ujian yang kita lalui adalah yg setara dengan pemikiran kita.  Bila kawan makan kawan, bila cikgu marah, bila kita tak mampu mencapai apa yang sepatutnya kita capai, bila kita dipulaukan tanpa sebab, bila kita terlebih berkata2 sehingga memakan diri sendiri, bila orang yang kita suka... rupa2nya suka pada sahabat kita sendiri (ops.. terlebih sudah ..hihihihihi).. Tapi inilah perkara2 yang mematangkan diri dan menjadikan diri lebih kuat untuk menghadapi waktu akan datang.  Di zaman inilah kesilapan sering berlaku, waktu untuk mempelajari yang hidup perlu ada berlaku sedikit kesilapan untuk kita tahu yang mana salah dan betul.  Di waktu ini juga kita akan tahu yang mana sepatutnya di jadi kawan dan lawan...
Saya masih ingat lagi, waktu saya darjah 1, di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Kpg Kuantan, saya di kategorikan sebagai pelajar yang sederhana, tidaklah terlalu aktif dan tidak juga pasif.  Saya ada kawan baik yang sangat rapat ..Norafidah Zainal Abidin.. Kami berkawan sejak darjah 1 hinggalah 6.  Kebetulan pula kami tingga berdekatan jadi banyaklah aktiviti dilakukan bersama2.  Banyak yang dikongsikan bersama nora...saat2 mula2 menjadi remaja juga, kebetulan kami bersama2 ;)....
Namun bila saya masuk tingkatan 1.. hubungan dengan nora semakin renggang.. saya tak tahu mengapa, namun mungkin kerana kawan2 semakin ramai dan kami terpisah klass berbeza. nora pula sudah ada klik yang lain, dan akhirnya nora pula berpindah ke sekolah lain (mengikut kedua ibubapanya ke Kuala Lumpur) wbagaipun kami masih lagi berkawan.. cuma tidak seperti dulu... pada waktu itu saya bersahabat baik dengan Hasnah, Zuzana... 3 serangkai.. (sahabat yang tak dapat saya hubungi hingga kini).. kami sering berkongsi cerita, suka..duka..seronok...teruja.. dan pelbagai lagi.. Persahabatan kami direstui oleh keluarga masing2... Hasnah dan Zana pernah tidur di rumah saya.. begitu juga saya.. pernah bermalam di rumah mereka.. pernah satu ketika kami membeli Beg Sekolah yang sama, kami sangatlah rapat..sehinggakan satu sekolah tahu dengan keakraban kami... emmmm.. rindunya saat2 itu... kami pernah merancang dan menjangkakan kami akan bersama sehingga kami dewasa.. namun ia tidak terjadi.. kerana selepas SRP.. zana dan hasnah berpindah ke klass yang lain .. dan saya pula mendapat sahabat yang baru...NorAznime.. kali ini hubungan diteruskan hingga lah ke saat ini... Dengan Aznime, pelbagai peristiwa kami hadapi bersama, Walaupun sekarang hubungan kami tidaklah seakrab dulu... namun dia tetap sahabat baik saya.. sahabat di Dunia dan Akhirat.
Bila saya mula bekerja pula, .... Sahabat semakin ramai...Dan dugaan semakin hebat... namun dugaan itulah yang mendewasakan diri, yang mematangkan hidup dan menguatkan semangat..Dan cerita kehidupan semakin indah dengan pelbagai pengalaman... emmm namun segalanya dilalui dengan tabah dan sabar...:)
Semoga saya dan keluarga terus bersemangat dan tabah menghadapai apa sahaja dari Nya... Amiinnn
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang