Jumaat, 30 September 2011

LOGO HALAL..JGN AMIK MUDAH

Salam semua,
Haa lepas nie jangan memain lagi dah, hamik logo sesuka hati dah tu tampai kat kedai, kita yang tak berapa pasti nie pun ingat halal, masuk dan makan, harap2 toke2 kedai Islam janganlah amik mudah dengan logo halal nie, mulai Januari 2012, hanya logo di atas yang boleh diterima pakai, yang lain boleh jalan daaa....

petikan kat bawah nie den amik dari salah satu keratan berita

"Mulai 1 Januari depan, hanya logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh digunakan dan diiktiraf.  Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu susulan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan Parlimen Julai lepas dan akan berkuat kuasa 1 November ini.

"Ini bermakna premis makanan, restoran, hotel dan pihak-pihak lain yang sebelum ini menggunakan logo halal bukan dikeluarkan Jakim, perlu membuat permohonan baharu kerana selepas tarikh 1 Januari nanti, semua logo halal sedia ada adalah terbatal.
"Mana-mana pihak lain juga tidak boleh lagi memperakukan atau mengeluarkan sijil halal ataupun membuat pengisytiharan sendiri berhubung status halal," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Ismail Sabri berkata, selepas tarikh itu mereka yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda sehingga RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan dan sehingga RM100,000 bagi orang perseorangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Ismail Sabri berkata, bagi pihak industri pula, tempoh setahun diberikan untuk menukar semua produk keluaran mereka dengan logo halal Jakim."
 
Jadi lepas nie, pastikan kita sumer ingat logo ni supaya kita tak lagi was-was untuk makan, guna, minum dan sebagainya...emmmm....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...