Rabu, 7 September 2011

Kenangan....

Dalam kehidupan ini sebenarnya, banyak yang tak dapat kita jangkakan.  Tetapi kadang2 mungkin kita mampu untuk merancang sebaik mungkin dan akhirnya mengangkat tangan dan memanjatkan doa kepadaNya agar apa yang kita jangka dan rancang akan terlaksana.  Namun, kita juga perlu ingat yang Allah S.W.T senantiasa menguji kita, saya masih ingat lagi ustaz pernah berkata " Andainya masih ada lagi ujian untuk kita, selagi itulah Allah berada dengan kita dan Dia masih menyanyangi kita"...
Waktu di alam persekolahan Rendah dan Menengah, ujian yang kita lalui adalah yg setara dengan pemikiran kita.  Bila kawan makan kawan, bila cikgu marah, bila kita tak mampu mencapai apa yang sepatutnya kita capai, bila kita dipulaukan tanpa sebab, bila kita terlebih berkata2 sehingga memakan diri sendiri, bila orang yang kita suka... rupa2nya suka pada sahabat kita sendiri (ops.. terlebih sudah ..hihihihihi).. Tapi inilah perkara2 yang mematangkan diri dan menjadikan diri lebih kuat untuk menghadapi waktu akan datang.  Di zaman inilah kesilapan sering berlaku, waktu untuk mempelajari yang hidup perlu ada berlaku sedikit kesilapan untuk kita tahu yang mana salah dan betul.  Di waktu ini juga kita akan tahu yang mana sepatutnya di jadi kawan dan lawan...
Saya masih ingat lagi, waktu saya darjah 1, di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Kpg Kuantan, saya di kategorikan sebagai pelajar yang sederhana, tidaklah terlalu aktif dan tidak juga pasif.  Saya ada kawan baik yang sangat rapat ..Norafidah Zainal Abidin.. Kami berkawan sejak darjah 1 hinggalah 6.  Kebetulan pula kami tingga berdekatan jadi banyaklah aktiviti dilakukan bersama2.  Banyak yang dikongsikan bersama nora...saat2 mula2 menjadi remaja juga, kebetulan kami bersama2 ;)....
Namun bila saya masuk tingkatan 1.. hubungan dengan nora semakin renggang.. saya tak tahu mengapa, namun mungkin kerana kawan2 semakin ramai dan kami terpisah klass berbeza. nora pula sudah ada klik yang lain, dan akhirnya nora pula berpindah ke sekolah lain (mengikut kedua ibubapanya ke Kuala Lumpur) wbagaipun kami masih lagi berkawan.. cuma tidak seperti dulu... pada waktu itu saya bersahabat baik dengan Hasnah, Zuzana... 3 serangkai.. (sahabat yang tak dapat saya hubungi hingga kini).. kami sering berkongsi cerita, suka..duka..seronok...teruja.. dan pelbagai lagi.. Persahabatan kami direstui oleh keluarga masing2... Hasnah dan Zana pernah tidur di rumah saya.. begitu juga saya.. pernah bermalam di rumah mereka.. pernah satu ketika kami membeli Beg Sekolah yang sama, kami sangatlah rapat..sehinggakan satu sekolah tahu dengan keakraban kami... emmmm.. rindunya saat2 itu... kami pernah merancang dan menjangkakan kami akan bersama sehingga kami dewasa.. namun ia tidak terjadi.. kerana selepas SRP.. zana dan hasnah berpindah ke klass yang lain .. dan saya pula mendapat sahabat yang baru...NorAznime.. kali ini hubungan diteruskan hingga lah ke saat ini... Dengan Aznime, pelbagai peristiwa kami hadapi bersama, Walaupun sekarang hubungan kami tidaklah seakrab dulu... namun dia tetap sahabat baik saya.. sahabat di Dunia dan Akhirat.
Bila saya mula bekerja pula, .... Sahabat semakin ramai...Dan dugaan semakin hebat... namun dugaan itulah yang mendewasakan diri, yang mematangkan hidup dan menguatkan semangat..Dan cerita kehidupan semakin indah dengan pelbagai pengalaman... emmm namun segalanya dilalui dengan tabah dan sabar...:)
Semoga saya dan keluarga terus bersemangat dan tabah menghadapai apa sahaja dari Nya... Amiinnn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...