Isnin, 29 Ogos 2011

Salam Aidilfitri...

Sebulan berpuasa tidak terasa sebenarnya, kalau masa kecil dulu..satu hari bagaikan setahun menunggu bebuka, tapi sekarang.. atas kesibukan dunia.. ibadah berpuasa dirasakan sekejap saja.  Bangun 4 pagi untuk sahur terus sambung ke pejabat, sibuk dipejabat sampailah kul 4 ptg.. bergegas pulang kerumah untuk menyiapkan juadah berbuka, alhamdulillah.. sepanjang bulan puasa tahun nie, perbelanjaan tidaklah melampau lampau, maksudnya saya sempat menyediakan juadah tanpa perlu berbelanja lebih di Bazar Ramadhan, anak-anak pun tidaklah addicted dengan bazar ramadhan... Satu hari memang penuh dengan aktiviti.. sehinggalah malam menjelma.. dan esok jadual diulang lagi ...
Pejam celik dah pun sebulan kita melewati Ramadhan..dan mungkinkah ini adalah Ramadhan terakhir untuk kita. Lepas ni.. sudah tiba untuk menyambut Syawal pula.  Ntahlah nak kata seronok sgt pun tak tapi tetiba jer terbit satu perasaan yang sukar untuk dimengertikan..
Anyway kengkawan semua.. dikesempatan ini, saya ingin meminta MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada sumer seandainya ada salah dan silap sepanjang persahabatan kita selama umur ini. 
SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...