Rabu, 17 Ogos 2011

Betul ker apa yang di buat nie....

Salam..
Ni lah bila dah anak2 yang semakin meningkat remaja, dah mula memunjukkan keegoan diri, anak sulung dah 11 tahun dah, tahun depan dia akan menghadapi UPSR, tapi asyik main jer, kalu dilarang main bola, muka mencuka masam, kalu kat TV lak, apa sahaja berkenaan dengan bola, confirm tahu, Arsenal, MU, Liverpool dan mcm2 ada, siap ingat pemain2 nya sekali, kalu di tanya tu confirmlah dapat jawapan,
Kadang tu sajer jer nak test, pemain2 yang tak berapa terbilang, tapi tahu saja dia, ish anak sulungku...
Macam tadi, oleh kerana ayahnya marahkan dia sebab bola dah terkena kat adik yg kecil masa dia main, jadi hukumannya yg terpaksa diterima "no bola2 sampai next week", dia dah merengek kat saya, suruh pujuk ayah supaya benarkan dia main bola, tak letih ker main bola posa2 nie, katanya tak... ish biar betul budak nie...
oleh kerana tak dapat green light main bola, tetiba kawan datang ajak pg pancing ikan, adoyaiii... agak2nya saya bagi tak.. confirmlah tak.. anak2 nie tak faham....

Tu la kan, sampai terdetik dihati nie, salah kah cara aku didik anak2ku nie... Almaklumlah, saya tengok anak2 orang lain boleh pergi kemana diorang suka tanpa sempadan, kadang2 tu tengah2 hujan, tengahari rembang..... dah muncul depan umah saya mengajak Aiman keluar utk main.  Biasanya memang tak dapat approval dari ibu dia nie.
Anak2 saya memang tidak lepas dari padangan mata nie, Cuma kadang2 tu bila ayah dia ada kat umah, saya lepaskan dia pergi main basikal dengan kawan2 agak jauh dari umah saya.
Ntahlah, mak saya pernah pesan kat saya "Biar anak yang nangis, jangan nanti kamu yang menangis".. sekarang nie mamang saya faham sangat dengan pesan mak tu...
Sekarang manusia macam2 perangai.. tak tahu mana normal atau tidak.  Macam2 peristiwa dah jadi, kalu dulu bunuh, rogol, kerat dan sbgnya, jarang kita dengar.. tapi sekarang nie, setiap hari confirm ada kat berita atau paper...

Bila dah jaga yang sebaik mungkin dan akhirnya berTAWAKAL jer lahh... Kita manusia merancang tapi Allah S.W.T Maha Perancang... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...