Jumaat, 31 Mei 2013

Hari Ini...

Hari nie suasana sangat redup tetapi panas... hari ini akak bercuti untuk bersama dengan anak2 yang sedang bercuti sekolah... aktiviti hari ini hanya dirumah.. menonton tv... berborak2... dan bermain...
Duduk dirumah ... cabarannya berbeza... melihat anak2 membesar di hadapan mata kadang menambahkan kerisauan hati... sering tertanya2 dihati ini... sedangkan sekarang pun cabaran mereka tidak serupa seperti kita dahulu... situasi kita dan anak2 sekarang sangat berbeza...
Dulu waktu kita dibesarkan.. kata "tidak boleh" dari mak ayah adalah kata2 yang sangat mnggerunkan... tapi sekarang anak2 akan bertanya semula mengapa tidak boleh... dan kita sebagai ibubapa perlu ada jawapan yang meyakinkan mereka...
Dan percayalah... menjadi ibu bapa tanpa ilmu dizaman mencabar ini amat sukar..
Kita perlu bersedia dan mampu untuk memghadapi pelbagai kemungkinan yang mendatang...
Sabarlah wahai hati... sesungguhnya kita perlu sentiasa mengingatiNya untuk terus bersabar.... demi mengharapkan agar anak2 kita menjadi insan yang sentiasa bergantung pada Mu Ya Allah.... amiiinnnn

Khamis, 30 Mei 2013

Tidak Puas Hati...

Acapkali kita rasa tidak puas hati.. Tak puas hati bila ada orang lebih baik dari kita... tak puas hati bila orang tidak memahami kehendak kita... tak puas hati apabila sesuatu keadaan tidak menyebelahi kita.. ada sahaja yang tidak kena... ada sahaja yang kurang selesa.. kita jadi emo... marah... dendam.. akhirnya kita yang lebih sakit dari orang yang kita rasa sakit hati tu..

Hakikat nie kekadang kita tak perasan.. kita nak orang faham kita... kita nak orang memenuhi kehendak kita... kita nak orang simpati denngan keadaan kita.. dan yang paling penting kita nak supaya kita sentiasa puas hati dengan apa sahaja keadaan yang berlaku..

Kita lupa yang kita tak sempurna... kita juga kekadang menyebabkan orang lain tak puas hati dengan kita.. kita hanya manusia yang berdosa.. tak mungkin hidup kita sehebat Rasulullah yang bersifat maksum... kita akan terus melakukan kesilapan demi kesilapan.. yang boleh kita buat cuma mengurangkan kuantitinya.. supaya esok.. neraca yang di timbang .. berat di bahagian yang boleh membuat kita ke Syurga.. Wallah hu 'Alam... Semoga Allah SWT mengampunkan kita semua...amiinn


Genap 40 tahun pemergianmu...

Beliau lahir pada 22 Mac 1929 dan telah pulang ke rahmatullah pada 29 Mei 1973.  Maka semalam genaplah 40 tahun Seniman kita yang hebat nie pergi meninggalkan kita.. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan mengampunkan segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan..

Masih mempunyai peminat yang ramai hingga sekarang... anak2 akak sangat suka filem2 nya walaupun dah ditonton puluhan kali...

Mungkinkah ia akan luput di telan zaman?...
P Ramlee... akan sentiasa di hati...;). Al fatihah...

Rabu, 29 Mei 2013

Rabu Tanpa Kata?


Rabu sudah.. tanpa kata?.. tak boleh laa.. sebab Allah SWT ciptakan mulut untuk berbicara.. otak untuk memikir.. tanpa kata?.. tak mungkin kan.. Tapi bukankah Diam itu Lebih Baik dari berkata2 yang sia2... 
Jadi berhati2lah dengan kata2.. Sebab Mulut Badan Binasa... Lidah ibarat pisau.. pisau pula kalau salah gunanya.. adalah yang akan terluka..

sekejap jer dah Rabu.. lagi 2 hari dah Jumaat... :D. Selamat menunaikan tanggungjawab seharian kita kawan2...

Selasa, 28 Mei 2013

Hasil Kerja Kakak..

Naper ngn kaki kartuun tu kak... ;)

Melayan Anakanda Membina Minda

Smalam.. ayahanda membelikan anakandanya berdua mainan.. si Amir dapat kereta mainan kecik2 n Aini dapat lego... apa lagi seronok lah diorang... ayah n ibu pun sebuk jugak nak main... bukan apa seronok layan diorang nie...
Ingat dulu2 aruah abah ada belikan kami adik beradik lego ... kalau sekarang senang nak jumpa dgn pelbagai brand.. zaman akak dulu mesti mahalkan... ;)

Nak Jadi Solehah...




1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat sebuah kubur.

Kita sudah pasti ingin menjadi Wanita yang Solehah.. Nak masuk Syurga.. Nak bawak semua ahli keluarga kita ke syurga.  Tapi kadang2 kita rasa seolah2.. kita tak mampu nak ke syurga kerana amalan kita yang sedikit.. perkara2 yang tak baik sangat dekat dengan kita.. tapi yang baik pula..beratnya nak di lakukan.. sedihkan.. Tapi kita perlu berusaha.. tak boleh lah menyerah semua .. kena usaha untuk menjadi yang baik .. walaupun bukan terbaik.. Wallah hu Alam... :D

Isnin, 27 Mei 2013

It's Monday..Again...huhuhu


Salam Isnin kawan2..  ada lagi 4 hari nak ke Jumaat.. hahahaha... pagi tadi nak pergi kerja macam nak kena hukum bunuh.. setelah 4 hari duduk rumah rasa cam nak sambung cuti macam anak2 yang tengah cuti sekolah nie.  Best nyer jadi cam diorang.. ada time untuk cuti rehat lama2.  Tapi peliknya.. masa bebudak dulu tak sabor2 nak besar nak kerja.. cuber tanya anak2 kita  sekarang.. diorang seronok tengok kita kerja .. tapi kita pulak seronok tengok diorang belajor.. takyah nak fikir urusan dunia (cewahhhh.. banyaklah nak fikir puuunnn)..

Yer lah.. campur tolak bahagi.. dah hampir 23 tahun akak berkerja.. itu campur2 kerjalah.. start lepas SPM.. akak dah mula bekerja... Kilang...Opis Girl...Kedai... macam2 laaa... serius macam dah penat jer...hari Isnin satu hari yang fuuhhh.... tak leh nak bayangkan.. hihihi lebih2 plak..

Tapi Alhamdulillah... yer laa.. sekurang2 nyer bekerja.. tak nganggur... boleh bantu mak ayah.. dan sekarang Suami.. (En. Bos.. dengar tu.. hihihi )

Oklah.. nak gi work nie.. ehh.. dah kul 1230 dah.. cepat masa berlalu...best nyer Hari Senin.... :DDDD

Sabtu, 25 Mei 2013

Selamat Bercuti Sekolah....

Hari ini secara rasminya bermulalah cuti sekolah penggal ke dua.  2 minggu bermula hari ini.  Dan sudah tentu jalanraya akan sedikit lengang.  Legalah sedikit ye tak...
Namun begitu.. mak ayah dah tentu fening jugak memikirkan mana nak letak anak2... nak tinggalkan di rumah .. bimbang pulak.. nak di letakkan kat kampung.. susahkan nenek dan tok pulak... hmmmm macam2 kan..
Apa2 pun selamat bercutilah anak2.. dan mak ayah pulak ini jugak kesempatan untuk bercuti jugak... jalan2 bawak anak2.. mak boleh lah rehat sikit... :)

Jumaat, 24 Mei 2013

Selamat Hari Ibu...

Dah lambat kot N3 nie... tapi nak letak gak..as a reminder untuk diri sendiri.. walaupun sangat sederhana namun cukup bersyukur... Ingatan tu lebih berharga dari apa yang dizahirkan .. yer tak...
Terima kasih to my dearest hubby dan anak2 yang ingat dengan Ibu.. apa2 pun Ib sentiasa berdoa agar Allah sentiasa lindungi kita semua dari Dugaan yang kita tak mampu hadapi.. dan semoga kita semua sentiasa lindunganNya.. aminnnn..
Menjadi manusia yang bergelar ibu bukan mudah.. SABAR adalah satu sifat yang perlu ada... dengan kerenah..telatah...sikap anak2 yang pada mereka setiap apa yang mereka lakukan adalah betul.  Dan kita wajib membetulkan apa yang silap.  Sebab kita juga pernah melakukan perkara yang sama. Kesilapanlah yang selalu mengajar kita mana yang betul. Dan lebih tepat sekali menjadi seorang isteri SABAR itu kunci segala2nya.  Bertahannya sesebuah perkahwinan itu puncanya adalah sikap SABAR.. tanpanya emmmm... berakhirlah segalanya... ia bukan lah KELEMAHAN tetapi KEKUATAN bagi seorang wanita.  
Tapi pada seorang lelaki, mereka juga perlu ada sifat sabar ini... andainya ada bermakna beruntunglah si isteri.  Ia merupakan satu bonus dlm perkahwinan tersebut.
Apa2 pun selamat hari ibu pada insan2 yang bergelar ibu, pada yang bakal bergelar ibu, makcik2 dan semua yang pernah, sedang menjawat jawatan istimewa ini... :)

Khamis, 23 Mei 2013

Tak Sempat Laaaa...

Hari nie tak sempat nak jengok blog sendiri.. apatah lagi blog kawan2 yang lain. Kesempatan nak wat BW memang sangat terhad. Kesihatan agak kurang menberangsangkan... demam batuk selsema.. semua akak rembat... makan ubat dah tak terasa kat lidah tapi kurang berkesan... aduhai.. mungkin itulah satu cara nak kurangkan dosa kan...redha jer laa ;)

Rabu, 22 Mei 2013

Berani Kau Derhaka?!!!



Sekarang nie tengah hangat isu derhaka.. anak derhaka.. tanggang moden.. rasanya korang sumer tahu kan cerita apa.. Akak pun bukan kenal sangat kat pelakon2 yang hebat tu.. tapi sebagai seorang ibu.. hati ini tersentuh sangat dengan apa yang berlaku.. tidak mustahil perkara2 begini akan berlaku lagi.  Kesilapan boleh datang dari pelbagai pihak.  Bila kita di pihak ibu.. janganlah anggap kita nie sangat hebat sampai sanggup mengeluarkan kata2 yang luar biasa begitu.. walaupun seteruk mana hati di lukai.. Serahkanlah segalanya pada Allah SWT.. selebihnya cukuplah sekadar menegur kesilapan anak... sesungguhnya hidayah itu milik Allah SWT..

Begitu juga dengan si anak.. janganlah buta hati dan perasaan sehinggakan sanggup menuduh manusia yang pernah bertarung nyawa melahirkan dia.  Bukan mudah membesarkan dan mendidik seorang manusia sehingga manusia itu bisa berdiri di atas kaki sendiri.  Janganlah jadi seperti Al Qomah.. derhakanya tidak ketara tetapi cukup menhiris hati ibunya.. itu baru sedikit.. tapi di balas oleh Allah SWT di dunia lagi.  Namun sekeras2 kerak nasi.. akhirnya di ampunkan oleh ibunya.. pergilah dia mengadap Allah SWT.  Betul atau salah ibu kita biarlah Allah yang menentukan.. siapa kita untuk menghukum ibu yang sangat mengharapkan anaknya agar kembali ke pangkuannya seperti dulu..

Dan cerita ini bukan terhenti di sini sahaja... kita sebagai penonton juga sebenarnya perlu mengingati diri sendiri agar kesilapan itu tidak berlaku di dalam keluarga kita sendiri.  Jadikanlah ia iktibar.. takut nanti kita kata mereka.. kita kutuk perlakuan mereka.. akhirnya Allah uji kita pulak.. Na'uzubillah.. semoga Allah jauhkan kita dari ujian sebegitu.. Amiiinnn...

Eh.. Dah Berapa nie?


share dari facebokk.. :D..

Selasa, 21 Mei 2013

Basuh Luar Jee...

Aneeee... basuh luar jee yer.. anakanda Amir sedang nyenyak tidur... tak mau kejutkan dia... biarlaa dia tidur... ;)

Aini n Kidzania

Itu jer yang dapat dikongsikan sebab xder cnderehati pun dari Kidzania..dah bayar mahal2 pun tak ada apa.. tapi of cozlah pengalaman berada di sana.. bila tanya kat aini... seronok tak... dia jawap seronok.. jadi kira ok lah kan.. ;)

Isnin, 20 Mei 2013

Sunway Lagoon Bersama Anak2

Semalam hari ahad adalah hari keluarga tempat kerja En.Bos.. tempat pulak tempat yang selalu jadi buah mulut anak2.... Sunway Lagoon.. bak kata orang pucuk dicita...ulam mendatang... ikut jerlaa...
Sekarang memang kerap hujan kan... tapi semalam memang panas...sangat panas... tapi budak2 bila dapat main air memang tak ingat ape dah... ibu dia dah seram sejuk badan...balik umah ibu tuumbang...demam..fuh real punya sakit badan...tapi syukur anak2 sihat...
Memang seronok melayan kerenah anak2.. harap2 ada rezeki kami sampai lagi.. ;) gambar mandi x dapat share sebab dah simpan camera..phone..dan semua barang2 berharga...

Sabtu, 18 Mei 2013

Amir Tak Der Kawan...huhuhu

Hari nie.. Amir kena jadi kawan baik ibu jer.. sebab abang2 n kakak dah ada aktiviti masing2..Ayah pulak kerja ari nie.... ibu sebuk settlekan kerja rumah yang berkumpul seminggu... Amir temankan ibu jerlaaa... akhirnya.. mintak ibu buatkan air milo dalam botol susu kesayangannya tu...sambil tenguk kartun...
Takper ekkk jap agi abang balik.. bolehlah ajakk main... ;) dengan ibu boleh borak2 jer tau... tangan ibu tengah sebuk dengan emmmm....macam2 laaa... huhuhu... fenatttttt....rasa cam duduk umah lagi fenat dari kat upis...tapi duk umah best .. tu takkk....hihihihi...

Khamis, 16 Mei 2013

Bunga Melati di Hujung Kampung...


Kalau tak silap akak .. nilah bunga melati.. sekarang susah jugak nak jumpa.. kalau kat kampung dulu2 atuk ada tanam kat pasu.. tapi sekarang dah tak ada dah.. sejak umah di tinggalkan.. huhuhuhu :(

khasiat bunga melati?.. emmm nanti akak carik...
di bawah nie hasilnya..

Lebih dari itu, bunga melati sebenarnya menyimpan banyak manfaat sebagai obat. Melati adalah salah satu obat herbal yang paling dikenal di wilayah Mediterania dan telah banyak dimanfaatkan sebagai obat selama berabad-abad.

 
Banyak pakar herbal menyadari bahwa bunga melati kaya akan komponen alam seperti minyak eteris - zat berbau yang terkandung dalam tanaman. Melati juga memiliki sejumlah senyawa kimia penting seperti indole, linalcohol, asetat benzilic, alkohol benzilic, dan jasmon, yang apabila dimanfaatkan dapat menawarkan banyak manfaat kesehatan seperti disebutkan di bawah ini :

1. Sejak zaman sejarah kuno, teh dan minyak melati dikenal sebagai afrodisiak alami yang sangat kuat, sehingga obat herbal ini direkomendasikan untuk meningkatkan libido, kekuatan seksual, merangsang dorongan seksual dan bahkan mungkin mengobati infertilitas baik pada pria dan wanita.

2. Melati dianggap sangat efektif khususnya dalam mengatasi nyeri otot, sendi dan sakit kepala.

3. Menambahkan minyak melati ke dalam campuran minyak esensial dapat mengobati gejala yang paling umum dari infeksi pernapasan.

4. Teh melati dikenal sebagai tonik alami yang dapat merangsang semua fungsi sistem tubuh utama dan organ.

5. Melati memiliki sifat antiseptik yang dapat direkomendasikan untuk mengobati segala macam infeksi kulit.

6. Melati adalah obat alami yang dapat digunakan untuk merangsang dan meningkatkan fungsi dari sistem pencernaan.

7. Riset menunjukkan bahwa melati bisa menjadi alat detoksifikasi aman yang dapat digunakan oleh hampir semua orang untuk menghilangkan racun dan membersihkan tubuh.

8. Teh dan ekstrak melati dapat membantu dalam menurunkan berat badan lebih efektif.

9. Dalam aromaterapi, minyak bunga melati dapat sangat efektif untuk mengobati ketegangan saraf, apatis, kecemasan, dan gangguan saraf yang lebih serius.

10. Dapat dimanfaatkan untuk memerangi depresi dan efek negatif lain dari stres.

Alyaum yaumul Khamiiisss...


اليَÙˆْÙ…ُ ÙŠَÙˆْÙ…ُ الخَÙ…ِÙŠْسِ
Alyaum yaumul khamiis

Maknanya : Hari ini hari khamis
Terjemahan perkataan :

اليَÙˆْÙ…ُ   (al-yaum) – hari ini
 ÙŠَÙˆْÙ…ُ   (yaum) – hari
  الخَÙ…ِÙŠْسِ (al-khamis) - khamis

Semalam Aini siap nyanyi2 lagi .. menghafal hari2 dalam bahasa Arab..
Ibu pun boleh belajar sama.. tul tak?
Jom kawan2 kita belajar Bahasa Arab.. kita cuba satu dulu.. :D 

 

Rabu, 15 Mei 2013

Bunga Melur.. Selamanya Inspirasi



Penyanyi asal lagu Bunga Melur nie P. Ramlee... masa mula2 dengar dulu2 zaman kecik2,, memang akak dah jatuh cinta ngn lirik dia.. sangat terkesan di hati..

Jom Dengar kawan2

Nak tahu inilah dia Bunga Melur.. Baunya sangat wangi walaupun dia tidaklah menarik dari segi rupa dan warnanya..

Kau ... Apa yang Kau Fikir...


Kita Kuat Tanpa kita Sedari
Jadi Jangan Pandang Rendah Pada Diri Sendiri

Selasa, 14 Mei 2013

Kaki ku Kejang...

Punca ketegangan dan kejang otot ini mungkin kerana anda terlalu aktif atau setelah anda melakukan sebarang rutin senaman. Jika ia berlaku selepas anda melakukan latihan di gym, anda tak perlu risau. Rasa sakit sendi itu menunjukkan aktiviti kecergasan anda berkesan.
Apa yang perlu anda lakukan? 30 minit sebelum anda melakukan sebarang aktiviti atau ke gym, pastikan anda makan dan begitu juga 30 minit selepas aktiviti tersebut.
Makanan yang sesuai adalah seperti susu yang mengandungi ”whey protein”; makanan daripada karbohidrat yang ringkas seperti buah – buahan untuk memberikan tenaga dan sumber protein bagi membantu pembinaan otot.
1- 2 jam selepas bersenam, baru lah anda boleh mengambil makanan yang biasa. Kekejangan otot juga merupakan simpton badan anda sedang dehidrasi juga kekurangan garam.
Masa akak surf internet nak cari macamna nak atasi masalah kaki kejang... akak jumpa artikel kat atas tu... ni yang akak  kongsikan ngn kawan2...

Tips Hebat Elak Ngantuk...(di pejabat)






Apabila kita bekerja tidak kira di mana mahupun di pejabat, rasa mengantuk boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi ketika badan terlalu letih, kekenyangan dan faktor persekitaran juga memainkan peranan. Justeru ia perlu di elakkan dan bagi mengatasi masalah ini. terdapat beberapa tip yang boleh kita lakukan bagi membantu anda disaat mata semakin layu di pejabat.

1. Hampiri kawasan bercahaya.
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, caahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar seketika.

2. Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namin ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.

3. Wangian aromaterapi

Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian arimaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon.

4. Dengar Muzik

Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.

5. Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di sampi itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangin dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula

6. Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.


hihii.. pada akak ubat ngantuk hanyalah TIDUR... tapi kat tempat ker kan... kenalah cover2 skit.. :D.. nanti tak berkat rezeki tu ye dak.. :D

Kidzania.. Aini akan Datang!!!


In Shaa Allah.. Aini akan menjenguk Kidzania nanti bersama2 dengan rakan2 sekolahnya yang lain.  First time nak lepaskan anak dara gi rombongan sekolah rasa berdebar2 pulak.  Semoga selamat perjalanannya pergi dan balik nanti. Bila anak dara nak ke sana.. barulah sebuk surf2 kat internet pasal kidzania.. selalu dengar2 jer .. tapi kali nie cari maklumat pulak.

Kat bawah nie harga tiketnya.. boleh tahan jugaklah.. tapi berbaloilah dengan facilities yang diorang bagi.  Ada sesapa2 kawan2 yang pernah bawa anak ke sana?.. best tak?.. kalau ada rezeki bolehlah nanti bawak anak2 yang lain pulak kan.. kali nie biarlah Aini merasai pengalaman keseronokan bersama2 kawan2nya..

Entrance Fee

Fees Structure
Age Guest Fee
Ages: 0 – 1 Baby Free
Ages: 2 – 3 Toddler RM 35
Ages: 4 – 17 Kid (Malaysian) RM 60
Ages: 4 – 17 Kid (International) RM 75
Ages: 18 – 59 Adult (Malaysian) RM 35
Ages: 18 – 59 Adult (International) RM 50
Ages: 60+ Senior RM 30

    

Isnin, 13 Mei 2013

Kasih Ibu

Drpada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "ada dua orang perempuan sedang bermain-main dgn anak mereka. Tiba2 datang seekor serigala dan menerkam salah seorang anak itu, kemudia dibawanya lari. Maka ibu yg mempunyai anak yg diterkam berkata kepada ibu yang anaknya selamat: "yang dibawa lari serigala ialah anakmu."Temannya pun membantah:"bukan, yang diterkam serigala itu anakmu"
Mereka saling berebut, maka kedua2nya bersepakat menemui nabi Daud a.s utk meminta bantuan. Lalu Nabi Daud a.s memberikan keputusan bhw anak tersebut ialah putera daripada ibu yang lebih tua usianya.
Kerana tidak puas hati, kemudian mereka mengadukan kepada Nabi Sulaiman bin Daud a.s, nabi Sulaiman berkata:"bawalah kepadaku sebilah pisau untuk membelah anak ini agar masing2 ibu mendapatkan bhgnnya" Perempuan yang lebih muda kemudian berkata. "Jangan lakukan! Semoga Allah s.w.t memberi rahmat kepadamu. Itu anak daripada ibu ini," katanya sambil menunjukkan kepada ibu yang lebih tua. Maka Nabi Sulaiman memutuskan bahawa anak tersebut adalah daripada ibu yang lebih muda".....
Dipetikk darpada 101 kisah dan pengajaran drpd Quran dan Hadis..

Hari Ibu...

Semalam hari Ibu... tetapi kita perlu meraikan ibu kita setiap hari... namun atas kelalaian dan kealpaan kita.. kadang2 kita terlupa meraikan ibu kita.. bila kita "sebuk" dengan urusan dunia ... kerja...anak2...rumahtangga... kita hanya mengharapkan ibu kita memahami situasi kesebukan kita itu... mereka faham.. tapi di sudut hati kecil mereka.. sudah pasti terpalit sedikit luka... mungkin tidak banyak tetapi menyakitkan juga...
Ibu... maafkan anakmu kadang terlupa menghargai pengorbananmu...
Ibu... ampunkan anakmu kadang terlalai menjaga hati mulusmu...
Ibu... anakmu ini mohon Doa darimu kerana Redhamu adalah Redha Tuhan Sekalian Alam...

Selasa, 7 Mei 2013

Aku Ingin Terbang..


Aku ingin terbang... membelah awan.. tapi mampukah aku?..
Aku ingin menyelam ke dasar lautan.. mengecapi keindahan alam.. namun mampukah aku?

Isnin, 6 Mei 2013

Syukur ....

Ini lebih penting... bersyukur.. kerana qpa sahaja keputusan ..semuanya atas ketentuan Allah SWT.. walaupun ada pelbagai anggapan...tohmahan..cerita yang kita sebagai orang awam tidak tahu (sebab kita hanyalah manusia biasa)... yang penting syukur dan serahkan segala pada Yang Esa....

Ahad, 5 Mei 2013

Jom Kita Jalankan Tanggungjawab KITA...

Selesai sudah tugas kita... segala keputusan diserahkan padaNya.. Kau lebih tahu yang mana terbaik untukku...

Sabtu, 4 Mei 2013

Bakar Lagi...

Magic Pan digunakan lagi atas permintaan anak2 dan suami... Ikan Talapia Bakar dan Terung Bakar.. menyelerakan sungguh...

Selamat Mengundi..

Hari ni ramai kawan2 yang on the way balik kampung untuk mengundi... selamat mengundi dan semoga selamat perjalanan... ;)

Jumaat, 3 Mei 2013

Rapuh...

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Rabu, 1 Mei 2013

Ikan Patin..oh ikan Patin...

Maaflah orang2 pahang... akak memang tak pandai makan ikan patin.. lagi2 pulak masih ada rasa daunnya tu.. lagilah tak mampu.. hihihi... nak wat camner anak2 dan suami pulak peminat ikan patin.. mak ngaku kalah.. masakkan boleh ... tapi x dapatlah nak makan sesama.. :)
Gambar yang akak share dari google sebab x sempat nak amik gambor tadi.. sebab sumer dah settle...akak hanya mampu amik kuah jer buat2 rasa... bukan tak cuba.. memang dah cuba .. tapi tak boleh masuk tekak nie.. memang keluar balik... pernah en. Bos tipu akak .. katanya itu ikan baung.. sebab beli lauk kan.. dah berpotong2.. sebaik makan jer tekak jadi semacam .. terus kuar takder ampun maaf lagi..
Maaflah ikan patin.. memang kau bukan untukku.. huhuhu...

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...