Rabu, 22 Mei 2013

Berani Kau Derhaka?!!!



Sekarang nie tengah hangat isu derhaka.. anak derhaka.. tanggang moden.. rasanya korang sumer tahu kan cerita apa.. Akak pun bukan kenal sangat kat pelakon2 yang hebat tu.. tapi sebagai seorang ibu.. hati ini tersentuh sangat dengan apa yang berlaku.. tidak mustahil perkara2 begini akan berlaku lagi.  Kesilapan boleh datang dari pelbagai pihak.  Bila kita di pihak ibu.. janganlah anggap kita nie sangat hebat sampai sanggup mengeluarkan kata2 yang luar biasa begitu.. walaupun seteruk mana hati di lukai.. Serahkanlah segalanya pada Allah SWT.. selebihnya cukuplah sekadar menegur kesilapan anak... sesungguhnya hidayah itu milik Allah SWT..

Begitu juga dengan si anak.. janganlah buta hati dan perasaan sehinggakan sanggup menuduh manusia yang pernah bertarung nyawa melahirkan dia.  Bukan mudah membesarkan dan mendidik seorang manusia sehingga manusia itu bisa berdiri di atas kaki sendiri.  Janganlah jadi seperti Al Qomah.. derhakanya tidak ketara tetapi cukup menhiris hati ibunya.. itu baru sedikit.. tapi di balas oleh Allah SWT di dunia lagi.  Namun sekeras2 kerak nasi.. akhirnya di ampunkan oleh ibunya.. pergilah dia mengadap Allah SWT.  Betul atau salah ibu kita biarlah Allah yang menentukan.. siapa kita untuk menghukum ibu yang sangat mengharapkan anaknya agar kembali ke pangkuannya seperti dulu..

Dan cerita ini bukan terhenti di sini sahaja... kita sebagai penonton juga sebenarnya perlu mengingati diri sendiri agar kesilapan itu tidak berlaku di dalam keluarga kita sendiri.  Jadikanlah ia iktibar.. takut nanti kita kata mereka.. kita kutuk perlakuan mereka.. akhirnya Allah uji kita pulak.. Na'uzubillah.. semoga Allah jauhkan kita dari ujian sebegitu.. Amiiinnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...