Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Mukjizatnya Azan

Imej
Kali ni akak nak share satu lagi perkara yang perlu kita tahu.. semoga kita sama2 mendapat iktibar dan pesanan ini...


Pesanan Semasa Mendengar Azan…
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa…. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diriketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, janganberkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya l…

Jadi Pengembala Kambing...?

Imej
Bila peluang dah di beri banyak kali.. sehingga kadang2 kita dah naik boring .. bosan....menyampah.. dan sebagainya.. habis apa lagi yang perlu di buat.. janji demi janji demi janji... akhirnya sudah tak percaya lagi kan.. takkanlah kita nak jadi orang yang dayus dengan membiarkan sahaja... sedangkan usaha telah dilakukan.. nasihat demi nasihat.. peluang demi peluang.. percaya demi percaya.. 
Tetapiiiiii... sama..statik..nothing happen... malahan semakin teruk, semakin menghampakan...
Eh.. apa lah yang Akak bebelkan nie ekk.. ish ish ish.. ini mengisahkan manusia yang telah di beri peluang untuk berubah.. tetapi sia2.. usaha dan peluang diberi tidak di ambil serius.. berubah sekejap kemudian kembali ke asal...mungkin sampai satu tahap kita dah putus asa.. dan akhirnya membiarkan manusia itu mengecapi hasil perbuatannya sendiri.... salah kita ker...kerana berputus asa...?.. 
Kita pernah dengar kisah pengembala kambing yang mempermain2kan orang kampung kan... yang akhirnya orang kampun…

Israk Mikraj... Part 2

Imej
Nie sambungan dari yang sebelumnya... :)




3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.  Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.Langit Keenam: …

Cerita Tentang Israk Mikraj..Part 1

Imej
Meh kita baca cerita tentang Israk Mikraj nie... dulu2 bila tiba israk mikraj jer akak dan atok akan ke surau untuk dengar ceramah israk mikraj.. Ustaz akan bercerita tentang perjalanan Rasullullah S.A.W dan pengalaman baginda.. tapi sekarang kalau kita gi dengar ceramah.. jarang dah kita dengar kisah nie.. selalunya cerita tentang kehidupan yang related dengan Israk Mikraj.. apakata kita refresh balik memori kita dengan membaca cerita  nie.. :)
1.Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu…

Aurat kita..Kena Tahu nie..

Imej
Kadang2 kita tak perasan atau tak hamik pot pun.. akak dapat dari blog CIK MOT .. TQ haa .. for the info..

Ini semua nak menambahkan  pengetahuan kita kan.. lebih baik tahu dari tak tahu.. atau buat2 tak tahu.. Peringatan untuk diri sendiri jugak.. :)


Wordless..againnn

Imej

Hati2 serangan Obor2 di PD..

Imej
Kepada kengkawan yang akan gi bercuti dan bermandi manda di PD.. silalah berhati2.. akak baru dapat/terbaca berita nie..emm.. malang tak berbau.. kan!?!?!?!?...


Syafie Naswip Terima Tujuh Suntikan Digigit Obor-Obor 11 Jun 2012 
PETALING JAYA: Pelakon remaja, Syafie Naswip, menerima nasib malang kerana digigit obor-obor ketika sedang mandi di Pantai Batu Empat, Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan selepas tamat penggambaran drama bersiri Miscinta Rabu lalu. Syafie, 20, ketika dihubungi mStar Online pada Isnin berkata, akibat kejadian itu dia terpaksa menerima tujuh suntikan selepas mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson, selama dua jam bagi mengurangkan bisa dalam badan. "Semasa kejadian saya dan beberapa krew drama Miscinta telah mandi di pantai itu bagi meraikan tamat penggambaran drama tersebut yang telah selesai kira-kira pukul 6.45 petang pada hari berkenaan. "Bagaimanapun setelah hampir 10 ke 15 minit saya mandi tiba-tiba lengan sebelah kanan saya telah dise…

Kisah Kaabah yang tidak diketahui ramai

Imej
Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radi…

5 Perkara Sebelum 5 Perkara

Imej
Kita nie bila nak buat sesuatu kebaikan selalu jer bertangguh2.. akhirnya ianya tak menjadi atau terus terlupa.. sedangkan.. bila kita berniat berbuat baik sahaja pun dah mendapat pahala.. inikan pula kalau kita melakukan terus kan...
Akak nak share sedikit informasi yang akak terima dari salah satu email.. mungkin boleh membuat kita tersedar dari terlupa dan terjaga dari terlena..
Kawan-kawan, Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara: 1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati. Penjelasan: 
1. Sihat sebelum sakit – Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.
2. Muda sebelum tua – Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi. 
3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda …

Kepala Saya Melekat di Tikar Sejadah...

Imej
Emm.. manusia nie memang perlu berubah.. ada yang berubah kepada yang lebih baik... namun ada juga yang berubah kepada yang lebih teruk.. kenapa yer?.. pokok pangkalnya hati sendiri.. dan apa yang kita mahukan dalam hidup.  Kita ni jangan cepat sangat mengadili orang lain.. sebab kita kepunyaan Allah.. tak mustahil..hari ini jahat esok baik.. atau hari ini baik esok jahat... Berdoalah selalu semoga kita mati dalam iman dan rahmat Allah S.W.T.
Akak tertegun membaca kisah Yatt Hamzah mendapat hidayah dariNya.. bukan semua orang diberi peluang sebegini olehNya.. dan dia terpilih... semoga kita juga mendapat peluang seperti dia...
Meh kita share kisah ini...
Pelakon Yatt Hamzah terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang d…

Solat Sunat Dhuha...

Imej
Masa balik kampung baru2 nie... mak cik akak tanya.. "along .. macamana kita nak buat solat dhuha?.." emmm... puas akak bercerita ngn dia tentang cara2 nak solat dhuha nie..(tak leer.. pandai sangat.. tapi apa salahnya kita berkongsi serba sedikit apa yang kita tahu kan?...)...

Jadi akak nak jugak berkongsi ngn korang semua... manalah tahu kalau ada yang sudi mengamalkannya... (teringin nak memperbaiki mana yang kurang... )



Baca doa ini selesai solat




Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang …

Tekanan darah dan coklat

Imej
Informasi baru... (baru ker?..) akak jer yang tak tahu kot... waahhh best nie...

 Tahu kah anda coklat boleh turunkan tekanan darah tinggi? Kajian oleh Dr Brian Buijsse dari German Institute of Human Nutrition mendapati coklat berkemungkinan boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan kurangnya serangan sakit jantung. Kajian ini meliputi umur 35 tahun sehingga 65 tahun, berjumlah 19357 orang. Kajian dijalankan selama 10 tahun. Pengambilan coklat 7.5g/sehari mencukupi untuk tujuan ini. Dr  Brian Buijsse mendapati pengambilan coklat sebanyak 7.5g/sehari mampu mengurangkan risiko sakit jantung dan strok sebanyak 39 peratus. Kumpulan penyelidik ini mengandaikan flavanol di dalam koko mempunyai kesan baik terhadap kesihatan jantung dan kawalan tekanan darah. Walaupun begitu  dinasihatkan  pengambilan coklat mestilah tidak melebihi jumlah pengambilan nilai kalori sehari anda.
tapi hati2 kengkawan... elok2 nak turunkan darah tinggi.. akhirnya naikkan kencing manis pulak... selamat be…

TIPS UTK HILANGKAN STRESS...

Imej
Emm... semoga kita sama2 cuba mengamalkannya .. dan dapt kita mengelakkan diri daripada tekanan hidup yang semakin bertambah... Normal seorang manusia itu tertekan.. tetapi bagaimana dia menghadapi tekanan itu amat penting.. kerana jika kita silap mengawal stress kita... boleh sakit jiwa dan fizikal...

tips2 di bawah nie akak terbaca di salah satu email yang akak terima..
Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk.  Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.  Perbanyakkan membaca Al-Qur'an.  Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan seb…

Cuti-Cuti di Key EL..

Imej
Cuti lagi.. Jom cuti lagi...  akak n anak2.. n of coz di pandu oleh my lovely Hubby.. kami redah Key EL...

Mula2 kami gi redah Desa Water Park.. mandi sakan.. sampai si Tecit.. nangis2 tak nak balik...dari kul 10 pagi sampai lah 3 petang.. memang sakanlah..bawak sekali adik dan anak sedara .. memang sakan sangat... balik kepenatan.. suara hilang... kulit terbakar.. masing2 rentung.. (walaupun kulit asal lebih kurang jer dengan terbakar hihihihihih)
kemudian tu .. kami ke Pusat Sains Negara.. lagi.. hihihihi.. nak donlod gambar tak dapat lak... satu jer lepas.. kebetulan masa kami pergi tu rupanya ada pameran Dinasour live... kalu nak pergi boleh lagi.. sebab ia akan berlangsung sampai 31 July 2012.. ticket pun tak mahal.. ada package famili lagi....anak2 memang enjoy habis laa... try sana..try sini...pendek kata puas hati laa...
Pastu kami gi lawat masjid Wilayah pulak.. sebab anak2 nak gi tengok.. camana rpa masjid Wilayah .. masjid wilayah sekarang sedang dalam baik pulih.. jadi ada…