Sabtu, 30 April 2011

Bila panas tak sampai petang.......

Berblog lagi, tak sangka perkahwinan yang di raikan gilang gemilang akhirnya terputus ditengah jalan.  Saya sangka panas hingga ke petang akhirnya hujan pulak ditengahari.  Dugaan perkahwnan ni amat hebat, sehebat dunia percintaan juga.  Mungkin ia juga sebagai satu cara untuk melihat sejauh mana cinta, kasih, sayang yang terbina selama ini.  Usia perkahwinan yang lama juga tidak menjamin apa2 untuk masa depan.  Bak kata petikan lagu Siti Nurhaliza.. "Tuhan tak akan Berhenti menduga kita..."

Kita perlu tahu setakat mana kemampuan kita dan serahkan segalanya pada Dia yang satu.  Jangan sangka percintaan yang hebat sebelum kahwin satu jaminan kebahagian dalam sebuah perkahwinan.  Ada yang bercinta 5, 10, 14 tahun pun sekira hati dan iman tidak kuat menghadapi dugaan Allah, akhirnya tersungkur tanpa di duga.  Emmmm.... kenapa pula saya bercerita kisah ini hari ini.  Bukan apa, sekadar mengingatkan kita semua agar tidak leka di buai keenakkan bercinta atau keseronokan hingga lupa realiti kehidupan. 

Dan tidak semestinya mereka yang bercinta selepas kahwin pun selamat dari dugaan dariNya.  Dugaan ini datang dari pelbagai sudut. Bukan sahaja pada yang bercinta atau pun tidak.  Tapi bagaimana kita menghadapi alam perkahwinan itu sendiri.  Bagaimana kita cuba dan terus mencuba untuk menerima pasangan kita seadanya, dan betapa kita perlu sedar yang kita juga bukanlah pasangan yang sempurna.

Dan bila kita di duga Allah, jgnlah cepat melatah, pernah tak kita terfikir yang mengapa kita dijodohkan dgnnya.  Keputusan untuk berpisah adalah satu keputusan yang menyakitkan banyak pihak.  Anak2, keluarga terdekat dan yang paling penting diri kita sendiri.  Na'uzubillah.. minta dijauhkan Allah,  Tapi kehidupan ini bukanlah sesuatu didalam kawalan kita sendiri.  Ianya satu perjalanan yang jauh yang kita hanya perlu memilih dan dalam pilihan itu kita perlu bertawakal kepada Yang Maha Merancang.

Bila hujan di tengahari, pastikan kita bersedia untuk menanggung akibatnya.  Agar kita bersedia untuk masa hadapan agar perkara yang sama tidak berulang lagi.  Kerana hidup ini tidak selamanya indah.  Dan kadang-kadang keputusan yang dibuat pula sebenarnya menjadi punca kepada kesengsaraan yang lebih besar lagi.  Jadi berfikirlah semasaknya sebelum melakukan sebarang perkara mungkin akan memudaratkan diri sendiri.

Ingatan ini kutujukan khas untuk diri ku sendiri dan kepada sesiapa yang membaca blog saya ini.  Semoga kita sama2 mendapatkan kehidupan yang diredhai Nya. Amiiinnn...

Ish..ish..ish...belajarlah untuk menerima.. kerana bila kita menerima .. kita akan belajar untuk memberi... :)

Isnin, 25 April 2011

Sudah..sudahlah tu....

Kali ini saya ingin  kongsi sedikit rasa yang saya alami ketika ini.  Saya bukanlah orang yang sempurna, kita manusia, sudah pasti akan melakukan kesilapan di sana-sini.  Dan kita juga perlu belajar untuk cuba memperbaiki mana-mana yang kosong, yang salah, yang silap dan yang lompong. Dan kita juga perlu belajar bagaimana untuk menerima teguran orang lain dengan hati yang terbuka tanpa ade rasa marah dan sakit hati kepada yang menegur kesilapan kita.  Kita juga perlu belajar bagaimana untuk membuka hati, agar boleh menerima apa yang baru, yang bakal menggantikan yang lama.

Kadang-kadang, kita sebagai orang yang sudah lama bekerja, kita agak sombong dengan pengalaman yang kita ada, sehinggakan kita tidak mahu berubah kepada yang lebih baik. Mungkin kerana kita sudah selesa berada di zon kita sendiri. Pada kita bile ade yang cuba untuk memberikan idea atau cara yang baru, kita mula untuk menidakkan idea tersebut atau menolaknya mentah2 tanpa cuba terima dan fikir.  Ish .. ish...ish.... sampai bila kita nak macam tu?.  Kita bakal di beri trade mark "Biasalah orang lama kerja memang camtu..Bodoh Sombong"
Dulu, saya pernah berpengalaman bekerja di salah sebuah pejabat kerajaan di Kuala Lumpur ketika itu, dalam tahun 1990 rasanyalah.  Kedatangan saya di pejabat itu sudahlah tidak di pedulikan, malahan bila kita bertanyakan soalan, kita pula akan di soal balik.  Salahkah bertanya kepada mereka yang berpengalaman, oleh kerana mereka ini orang2 lama lah maka kita bertanya kepada mereka, akhirnya oleh kerana takut .. kita belajar lah dari pengalaman sendiri, namun ada jua orang2 yang baik hati menghulurkan bantuan kepada saya.  Nanti orang kata pejabat kerajaan memang camtu.  Sebenarnya tidak juga, pernah saja saya bekerja di salah satu syarikat swasta, sama saja situasinya.  Sebenarnya semua ini bergantung kepada individu itu sendiri, bagaimana dia membawa diri untuk didekati oleh orang lain.

Tapi bagaimana pula pada mereka yang sudah ada bertahun2 pengalaman bekerja tapi masih lagi seperti mereka yang baru jer report duty.  Nak kata tak ader pengalaman, takkan lah kalau dah lebih 20 tahun bekerja masih kurang pengalaman?.  Confius betul laaa.  Bukan apa, kita belajarlah berkongsi pengalaman, belajar juga menerima pengalaman orang lain, kemudian belajar untuk menjadi yang terbaik.  Dan jangan berlagak seolah diri terlalu hebat .. tapi tidak dapa dibuktikan dengan apa2 pun.  Kata orang tua2 "Bertelur sebijik, riuhnya sekampung".  Akhirnya nanti padahnya akan datang pada diri sendiri. 

Dari pengalaman ini, saya akan cuba untuk memperbaiki diri sendiri, agar saya tidak tergolong didalam golongan yang seperti ini.  Mungkin satu hari nanti, saya juga perlu belajar perkara2 baru, yang tak pernah terlintas pun di fikiran kita. 

Sudah..sudahlah mengangkat diri sendiri dan jangan juga meletakkan diri serendah-rendahnya hinggakan tak mampu pula diangkat semula.  BERSEDERHANA ITU ADALAH LEBIH BAIK.

Sabtu, 23 April 2011

Adush.. Maharaja Lawak....

 

Ahaaaaaaa...... Memang brilliant laa budak nie,  saya suka... pada mula nyer atas kerana kontroversi yang melanda mamat sorang nie, saya agaks mereject dia tapi setelah menjadi peminat setia MAHARAJA LAWAK nie.. dia nie jadi salah seorang peserta favorite selain dari JOZAN.  Rasanya bukan saya sorang sajer yang minat kot, ramai ... kalu tak takderlah tersenarai dalam Top 3 kan...

Sekarang nie kan, kami sekeluarga tengah seronok melayan IMAM MUDA 2011, MAHARAJA LAWAK, DAN JUGA TAK KETINGGALAN KONSERT AKADEMI FANTASIA (hanya konsert laaa.. yg lain tak tengok pun).  kira nyer dari hari Jumaat dah ade appointment dgn rancangan2 nie. 

Dalam Maharaja lawak yang saya tak berapa suka cuma ngn kumpulan BALAS.  bukan apa lawak diorang ni asyiklah dgn double meaning, ye la kan bila kita tengok ngn anak2, bila diorang tak faham mesti tanya kat ibu ayahnyer kan.  Jadi bila tak leh jawab .. kenalah diam jer.  Nasiblah start 10 malam...diorang cepat tidurnya.  Tapi bila ulangan .. diorang tengoklah jugak...takkanlah nak halang diorang tengok pulak kan... ish ..ish...ishh

Sambil2 saya mengupdate blog nie, mata tengah tengok Konsert Akademi Fantasia (si Raqib tengah nyanyi).. Tengah panas dengan operasi gugur.  Layan jer laa..Dengar komen pengkritik yg sangatlah laser...Kadang tu macam terfikir lak.. si pengkritik tu hebat sangat ker.. atau mereka telah dibayar untuk mengkritik sehebat tu... entahlah....

Yang pastinyer, anak2 sumer dah tidur.  Cik suami lak belum balik lagi.. sambil tunggu saya layan jer blog n konsert.  Oklah nanti kita jumpa lagi in the next idea... ;)

Selasa, 19 April 2011

Bila Dah Bertambah

Salam 2011,

Lama sungguh sy tak berblogging. Jadual ketat, sampai nak duduk dan taip pun kadang tu tak sempat. :) Seronok tengok blog kengkawan yang lain, ada yang baru nak develop ade yg dah lebih advance dari diri sendiri... emmmm. Kalaulah saya ada kelapangan masa kan seronok. Allah S.W.T beri masa yang sama kat sumer orang. Tapi kenapa masih rasa tak cukup, sedangkan ada saja orang2 yg lain sempat melakukan macam2. tu baru anak 4 tu... nak tambah ker? kengkawan rajin tanya soklan tu. Ish Ish.. takutnyer nak jawab... sebab ade org yag suker dengan jwpn saya nie.. tapi tak kurang jugak yg tak boleh terima jwpn tu.... emmm.... anyway sy nak jawap gak....

Bila saya jawab....
"Tak kot... sebab cukuplah 4 orang... ekonomi tak mengizinkan.."...
nanti ada yg komen... ehhh.. tak baik cakap camtu.. rezeki kan dari Allah, dia dah tentukan dah rezeki setiap manusia tu.... aku terkedu...betul tu sy stuju sgt .. tapi pulak rezeki tu kita kena carik jugak kan.. bukan terus turun dari langit... (ish sy simpan jer komen tu.. ye lar.. org biasakan, bukan ustaz @ ustazah nak memandai menjatuhkan hukum.. sekadar mengeluarkan apa yang terbuku di hati ni...

Bila saya jawab...
"Tak kot...4 org nie pun dah ramai dah. tak termanage saya nie.. masa ngn anak.. masa ngn kerja.. kdg tu kena pilih lak.. anak ker kerje.. kdg tu rasa bersalah sangat menebal" emmmm ada pulak yang bersuara... kita kena pandai bahagikan masa. Beri Quality Time to anak2... emmm aku terdiam lagi... ye laa, nak cari Quality Time tu pun satu hal lah jugak

Bila saya jawab....
"Tak kot...saya dah tua dah.. nak jaga anak 4 orang nie pun dah penat.. 24jam yg saya ada nie dah cukup utk dibahagikan kepada 5 orang nie..(termasuk ayahnya :))..mana lagi untuk diri sendiri.. " balasan nyer cam nie pulak.. ish.. susah sgt ambik jer maid kan senag boleh tolong wat kerje umah... awak tumpu jer kat anak2..

Ish Ish Ish.. susahkan nak explain. Sebenarnya saya bersykur dgn apa yg saya ada... Anak2 tidak banyak menyusahkan... biasalah susah2 sikit.. budak2kan (yg extraordinarylah....) Suami banyak sgt menolong.. tak yah maid pun.. bila buat kerja rumah samer2.. rasa sayang dan kasih itu semakin menebal..kalu hubby tersayang tak der, alamtnyer patahlah kaki sebelah. Akhirnya saya jawab camnie jer...

"Kalu tambah lagi sorang anak... maka saya harus mempertimbagkan diri untuk berhenti kerja".. barulah mereka2 yg bertnya tu full stop nak tanya soalah seterusnya.

Untuk cik Suami lak... ish tak leh kasi can tanya.. nanti dia senyum meleret.. tak leh./. tak leh..

Anyway.. sy sangat enjoy dengan kehidupan membesarkan anak2.. betul kata mak saya... "Satu hari nanti.. kita akan tersenyum bila kenangkan bgmana teruknye kita membesarkan anak2 kita..."

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...