Isnin, 25 April 2011

Sudah..sudahlah tu....

Kali ini saya ingin  kongsi sedikit rasa yang saya alami ketika ini.  Saya bukanlah orang yang sempurna, kita manusia, sudah pasti akan melakukan kesilapan di sana-sini.  Dan kita juga perlu belajar untuk cuba memperbaiki mana-mana yang kosong, yang salah, yang silap dan yang lompong. Dan kita juga perlu belajar bagaimana untuk menerima teguran orang lain dengan hati yang terbuka tanpa ade rasa marah dan sakit hati kepada yang menegur kesilapan kita.  Kita juga perlu belajar bagaimana untuk membuka hati, agar boleh menerima apa yang baru, yang bakal menggantikan yang lama.

Kadang-kadang, kita sebagai orang yang sudah lama bekerja, kita agak sombong dengan pengalaman yang kita ada, sehinggakan kita tidak mahu berubah kepada yang lebih baik. Mungkin kerana kita sudah selesa berada di zon kita sendiri. Pada kita bile ade yang cuba untuk memberikan idea atau cara yang baru, kita mula untuk menidakkan idea tersebut atau menolaknya mentah2 tanpa cuba terima dan fikir.  Ish .. ish...ish.... sampai bila kita nak macam tu?.  Kita bakal di beri trade mark "Biasalah orang lama kerja memang camtu..Bodoh Sombong"
Dulu, saya pernah berpengalaman bekerja di salah sebuah pejabat kerajaan di Kuala Lumpur ketika itu, dalam tahun 1990 rasanyalah.  Kedatangan saya di pejabat itu sudahlah tidak di pedulikan, malahan bila kita bertanyakan soalan, kita pula akan di soal balik.  Salahkah bertanya kepada mereka yang berpengalaman, oleh kerana mereka ini orang2 lama lah maka kita bertanya kepada mereka, akhirnya oleh kerana takut .. kita belajar lah dari pengalaman sendiri, namun ada jua orang2 yang baik hati menghulurkan bantuan kepada saya.  Nanti orang kata pejabat kerajaan memang camtu.  Sebenarnya tidak juga, pernah saja saya bekerja di salah satu syarikat swasta, sama saja situasinya.  Sebenarnya semua ini bergantung kepada individu itu sendiri, bagaimana dia membawa diri untuk didekati oleh orang lain.

Tapi bagaimana pula pada mereka yang sudah ada bertahun2 pengalaman bekerja tapi masih lagi seperti mereka yang baru jer report duty.  Nak kata tak ader pengalaman, takkan lah kalau dah lebih 20 tahun bekerja masih kurang pengalaman?.  Confius betul laaa.  Bukan apa, kita belajarlah berkongsi pengalaman, belajar juga menerima pengalaman orang lain, kemudian belajar untuk menjadi yang terbaik.  Dan jangan berlagak seolah diri terlalu hebat .. tapi tidak dapa dibuktikan dengan apa2 pun.  Kata orang tua2 "Bertelur sebijik, riuhnya sekampung".  Akhirnya nanti padahnya akan datang pada diri sendiri. 

Dari pengalaman ini, saya akan cuba untuk memperbaiki diri sendiri, agar saya tidak tergolong didalam golongan yang seperti ini.  Mungkin satu hari nanti, saya juga perlu belajar perkara2 baru, yang tak pernah terlintas pun di fikiran kita. 

Sudah..sudahlah mengangkat diri sendiri dan jangan juga meletakkan diri serendah-rendahnya hinggakan tak mampu pula diangkat semula.  BERSEDERHANA ITU ADALAH LEBIH BAIK.

1 ulasan:

  1. yess!! setuju,bersederhana tp haruslah kena pada tempat nya... eh?? mcm aku tahu je cerita ni...ekekkekkee....

    p/s: sy tak leh tulis benda2 mcm ni,nnti org tahu cerita sebenar..hahhahaaa...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...