Sabtu, 23 April 2011

Adush.. Maharaja Lawak....

 

Ahaaaaaaa...... Memang brilliant laa budak nie,  saya suka... pada mula nyer atas kerana kontroversi yang melanda mamat sorang nie, saya agaks mereject dia tapi setelah menjadi peminat setia MAHARAJA LAWAK nie.. dia nie jadi salah seorang peserta favorite selain dari JOZAN.  Rasanya bukan saya sorang sajer yang minat kot, ramai ... kalu tak takderlah tersenarai dalam Top 3 kan...

Sekarang nie kan, kami sekeluarga tengah seronok melayan IMAM MUDA 2011, MAHARAJA LAWAK, DAN JUGA TAK KETINGGALAN KONSERT AKADEMI FANTASIA (hanya konsert laaa.. yg lain tak tengok pun).  kira nyer dari hari Jumaat dah ade appointment dgn rancangan2 nie. 

Dalam Maharaja lawak yang saya tak berapa suka cuma ngn kumpulan BALAS.  bukan apa lawak diorang ni asyiklah dgn double meaning, ye la kan bila kita tengok ngn anak2, bila diorang tak faham mesti tanya kat ibu ayahnyer kan.  Jadi bila tak leh jawab .. kenalah diam jer.  Nasiblah start 10 malam...diorang cepat tidurnya.  Tapi bila ulangan .. diorang tengoklah jugak...takkanlah nak halang diorang tengok pulak kan... ish ..ish...ishh

Sambil2 saya mengupdate blog nie, mata tengah tengok Konsert Akademi Fantasia (si Raqib tengah nyanyi).. Tengah panas dengan operasi gugur.  Layan jer laa..Dengar komen pengkritik yg sangatlah laser...Kadang tu macam terfikir lak.. si pengkritik tu hebat sangat ker.. atau mereka telah dibayar untuk mengkritik sehebat tu... entahlah....

Yang pastinyer, anak2 sumer dah tidur.  Cik suami lak belum balik lagi.. sambil tunggu saya layan jer blog n konsert.  Oklah nanti kita jumpa lagi in the next idea... ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...