Sabtu, 30 April 2011

Bila panas tak sampai petang.......

Berblog lagi, tak sangka perkahwinan yang di raikan gilang gemilang akhirnya terputus ditengah jalan.  Saya sangka panas hingga ke petang akhirnya hujan pulak ditengahari.  Dugaan perkahwnan ni amat hebat, sehebat dunia percintaan juga.  Mungkin ia juga sebagai satu cara untuk melihat sejauh mana cinta, kasih, sayang yang terbina selama ini.  Usia perkahwinan yang lama juga tidak menjamin apa2 untuk masa depan.  Bak kata petikan lagu Siti Nurhaliza.. "Tuhan tak akan Berhenti menduga kita..."

Kita perlu tahu setakat mana kemampuan kita dan serahkan segalanya pada Dia yang satu.  Jangan sangka percintaan yang hebat sebelum kahwin satu jaminan kebahagian dalam sebuah perkahwinan.  Ada yang bercinta 5, 10, 14 tahun pun sekira hati dan iman tidak kuat menghadapi dugaan Allah, akhirnya tersungkur tanpa di duga.  Emmmm.... kenapa pula saya bercerita kisah ini hari ini.  Bukan apa, sekadar mengingatkan kita semua agar tidak leka di buai keenakkan bercinta atau keseronokan hingga lupa realiti kehidupan. 

Dan tidak semestinya mereka yang bercinta selepas kahwin pun selamat dari dugaan dariNya.  Dugaan ini datang dari pelbagai sudut. Bukan sahaja pada yang bercinta atau pun tidak.  Tapi bagaimana kita menghadapi alam perkahwinan itu sendiri.  Bagaimana kita cuba dan terus mencuba untuk menerima pasangan kita seadanya, dan betapa kita perlu sedar yang kita juga bukanlah pasangan yang sempurna.

Dan bila kita di duga Allah, jgnlah cepat melatah, pernah tak kita terfikir yang mengapa kita dijodohkan dgnnya.  Keputusan untuk berpisah adalah satu keputusan yang menyakitkan banyak pihak.  Anak2, keluarga terdekat dan yang paling penting diri kita sendiri.  Na'uzubillah.. minta dijauhkan Allah,  Tapi kehidupan ini bukanlah sesuatu didalam kawalan kita sendiri.  Ianya satu perjalanan yang jauh yang kita hanya perlu memilih dan dalam pilihan itu kita perlu bertawakal kepada Yang Maha Merancang.

Bila hujan di tengahari, pastikan kita bersedia untuk menanggung akibatnya.  Agar kita bersedia untuk masa hadapan agar perkara yang sama tidak berulang lagi.  Kerana hidup ini tidak selamanya indah.  Dan kadang-kadang keputusan yang dibuat pula sebenarnya menjadi punca kepada kesengsaraan yang lebih besar lagi.  Jadi berfikirlah semasaknya sebelum melakukan sebarang perkara mungkin akan memudaratkan diri sendiri.

Ingatan ini kutujukan khas untuk diri ku sendiri dan kepada sesiapa yang membaca blog saya ini.  Semoga kita sama2 mendapatkan kehidupan yang diredhai Nya. Amiiinnn...

Ish..ish..ish...belajarlah untuk menerima.. kerana bila kita menerima .. kita akan belajar untuk memberi... :)

1 ulasan:

  1. sedang belajar utk terus... hujan gerimis sntiasa dtg mduga.. smoga sntiasa kuat..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...