Jumaat, 26 Jun 2015

19 May 2015 - Perjalanan bermula

Assalamualaikum  sahabat sekalian.. Salam Ramadhan.. 

KLIA, Malam yang mendebar dan meletihkan
Siapa sangka kan? Akhirnya segala menjadi kenyataan.. kami telah sepakat mengambil penerbangan yg agak murah.. RM2200(lebih kurang).. kami pilih Etihad sebagai pengangkutan kami.. perjalanan selama 14jam dan satu  perhentian transit iaitu di Dubai, Abu Dhabi.. kiranya dapatlah kami menjejaki  bumi Abu Dhabi (wpun kat airport  jer)  selama 2 jam sebelum  memulakan perjalanan ke Heathrow, UK.

Abu Dhabi Airport - 2 jam d situ untuk melegakan urat2 sendi yang krem..

Perjalanan 12 jam yg sangat meletihkan sebab nak tidur pun tak mampu.. tak lelap mata nie.. macam2  dlm kepala.. doa  banyak2  semoga  perjalanan kami selamat..

Alhamdulillah.. kami selamat sampai di Heathrow  Airport pada pukul  1.40tghri waktu di sana. Masih siang lagi (masih tarikh yang sama kerana London lambat  12 jam dari kita  Malaysia).  Satu perjalanan  yang amat meletihkan.

Teruja.. seronok..x mampu nak digambarkan.  Namun wajah2  orang2  tersayang sentiasa di hati.  
Ok.. nanti kita sambung lagi yer sahabat sekalian.. 

Selalulah kita bersangka baik denganNya.. senyum  selalu . .

Touch down pukul 1:40 ptg.  Alhamdulillah urusan imigration mudah dan licin.  Kami dah sampai London, UK.. Waktu kat gambar tu waktu Malaysia tau..

Khamis, 25 Jun 2015

Bermulanya sebuah kisah

Salam Ramadhan sahabat blogger semua.. semoga kita semua Allah permudahkan urusan  berkat bulan Ramadhan al Mubarak nie.

Cerita bermula pada tahun 2014.. kami di opis ada masuk pertandingan ICC (innovative  circle competition).. atau lebih dikenali sebagai KIK (kumpulan innovatif kreatif).. rasanya ramai yang tahu pasal pertandingan tu kan.. itulah pertama kali kami join kumpulan tu.  Tapi ditakdirkan kami menang . . Tempat pertama  pulak tu..

Jadi pihak human resource telah  memberi peluang untuk kami membuat proposal ke luar negara sebagai pilihan.  Kami boleh memilih mana2 negara melainkan Mekah sebab Mekah sudah pasti kami akan menyimpan untuk  pergi bersama2  keluarga tercinta.  Bincang punya bincang kami sepakat untuk ke UK.  Proposal naik turun dari pihak atasan dan pihak kami.. banyak kali.  Sampaikan  akak sudah tidak meletakkan harapan walaupun pada mulanya  kami sangat bersemangat.

Akhirnya  berkat usaha ramai pihak dan terutama ketentuanNya.  Proposal telah lulus tapi dengan syarat kami terpaksa berpisah kumpulan.  Dari 1 kumpulan  10 orang .. kami terpaksa  pecah kepada 3 kumpulan . . I kumpulan  1 destinasi.  Keputusan dibuat 1 kumpulan  ke Melbourne, Australia . . 1 kumpulan  ke North UK dan 1 lagi ke Central UK.  Walaupun ada rasa tidak seronok di kalangan kami.. namun peluang ini tidak akan di tolak.  

Bermulalah perancangan.. team Melbourne dilepaskan pada akhir  2014 kerana penggunaan bajet yg agak kurang. Namun team UK kena bersabar dahulu.. sebab akhir 2014 adalah musim sejuk dan agak merugikan kami jika kami ke sana waktu musim sejuk. Dan juga penggunaan  bajet  yg agak tinggi.

Oklah setakat ini dulu yer sahabat..  Tanggungjawab  Ramadhan  menunggu nie.. nanti akak sambung lagi yer.. 

Selalu lah bersangka baik.. dan senyum sokmo..

Rabu, 24 Jun 2015

Angan2.. rupanya di Nyatakan Nya...



Assalamualaikum sahabat sekalian...

Tak pernah terfikir di dalam kotak fikiran akak.. yang suatu hari nanti akak akan diberi kesempatan oleh Tuhan sekalian Alam ini untuk menjejakkan kaki ke United Kingdom atau lebih specific lagi London.. memng tak pernah terlintas.. Kalau angan2 tu memang laa.. saper yang tak berangan kan..

Bunyi2 tentang perjalanan ini sejak dari tahun 2014 lagi.. tapi hanya sekadar angin lalu.. ketetapannya memang tak dapat lagi.. jadi angan cuma terus menjadi angan..

Akhirnya segalanya menjadi kenyataan pada May 2015 .. itu semua kententuanNya.. dan kami (akak dan officemate) telah ditentukan untuk ke sana.

Oklah.. nanti akak sambung cerita.. tanggungjawab tengah menunggu.. tapi sebenarnya tak sabar nak berkongi dengan sahabat sekalian.. agar kita tidak berhenti berangan dan berimpi.. kita tidak tahu mungkin itu satu doa.. yang akhirnya dimakbulkan Tuhan..

Bersangka baik dan senyum selalu..

Selasa, 23 Jun 2015

Ramadhan 2015

Selamat menyambut Ramadhan sahabat sekalian.. memang dah sangat lama tak update blog ni.. bukan x der idea.. tapi ksempatan tak der.. sebuk memanjang.. penuh ngn cerita ceriti hidup.. tapi seronok.. yang sedih2 tu semua asam garam.. yang penting life must go on.. suka atau tidak..

Ramadhan menjelma lagi.. Alhamdulillah.. kerinduan terubat.. Allah kabulkan permintaan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan.. Syukur.. Semoga kali ini Ramadhan kita semua terisi dengan perkara2 yang lebih mendidik jiwa untuk menjadi penghuni syurgaNya kelak.. In Sha Allah..

Memang banyak cerita.. tapi nantilah dulu.. memang tak sabar rasanya nak berkongsi dengan sahabat sekalian.. pengalaman yang tidak pernah terduga untuk ditempuh.. mungkin biasa pada orang lain.. tapi tidak pada akak.. oklah akak nak pi sediakan juadah berbuka pulak.. jangan risau.. kepala dah penuh dengan cerita..  Jumpa lagi yer.. dan Selamat Berbuka semua.. Senyum selalu


Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...