Jumaat, 26 Jun 2015

19 May 2015 - Perjalanan bermula

Assalamualaikum  sahabat sekalian.. Salam Ramadhan.. 

KLIA, Malam yang mendebar dan meletihkan
Siapa sangka kan? Akhirnya segala menjadi kenyataan.. kami telah sepakat mengambil penerbangan yg agak murah.. RM2200(lebih kurang).. kami pilih Etihad sebagai pengangkutan kami.. perjalanan selama 14jam dan satu  perhentian transit iaitu di Dubai, Abu Dhabi.. kiranya dapatlah kami menjejaki  bumi Abu Dhabi (wpun kat airport  jer)  selama 2 jam sebelum  memulakan perjalanan ke Heathrow, UK.

Abu Dhabi Airport - 2 jam d situ untuk melegakan urat2 sendi yang krem..

Perjalanan 12 jam yg sangat meletihkan sebab nak tidur pun tak mampu.. tak lelap mata nie.. macam2  dlm kepala.. doa  banyak2  semoga  perjalanan kami selamat..

Alhamdulillah.. kami selamat sampai di Heathrow  Airport pada pukul  1.40tghri waktu di sana. Masih siang lagi (masih tarikh yang sama kerana London lambat  12 jam dari kita  Malaysia).  Satu perjalanan  yang amat meletihkan.

Teruja.. seronok..x mampu nak digambarkan.  Namun wajah2  orang2  tersayang sentiasa di hati.  
Ok.. nanti kita sambung lagi yer sahabat sekalian.. 

Selalulah kita bersangka baik denganNya.. senyum  selalu . .

Touch down pukul 1:40 ptg.  Alhamdulillah urusan imigration mudah dan licin.  Kami dah sampai London, UK.. Waktu kat gambar tu waktu Malaysia tau..

1 ulasan:

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...