Khamis, 25 Jun 2015

Bermulanya sebuah kisah

Salam Ramadhan sahabat blogger semua.. semoga kita semua Allah permudahkan urusan  berkat bulan Ramadhan al Mubarak nie.

Cerita bermula pada tahun 2014.. kami di opis ada masuk pertandingan ICC (innovative  circle competition).. atau lebih dikenali sebagai KIK (kumpulan innovatif kreatif).. rasanya ramai yang tahu pasal pertandingan tu kan.. itulah pertama kali kami join kumpulan tu.  Tapi ditakdirkan kami menang . . Tempat pertama  pulak tu..

Jadi pihak human resource telah  memberi peluang untuk kami membuat proposal ke luar negara sebagai pilihan.  Kami boleh memilih mana2 negara melainkan Mekah sebab Mekah sudah pasti kami akan menyimpan untuk  pergi bersama2  keluarga tercinta.  Bincang punya bincang kami sepakat untuk ke UK.  Proposal naik turun dari pihak atasan dan pihak kami.. banyak kali.  Sampaikan  akak sudah tidak meletakkan harapan walaupun pada mulanya  kami sangat bersemangat.

Akhirnya  berkat usaha ramai pihak dan terutama ketentuanNya.  Proposal telah lulus tapi dengan syarat kami terpaksa berpisah kumpulan.  Dari 1 kumpulan  10 orang .. kami terpaksa  pecah kepada 3 kumpulan . . I kumpulan  1 destinasi.  Keputusan dibuat 1 kumpulan  ke Melbourne, Australia . . 1 kumpulan  ke North UK dan 1 lagi ke Central UK.  Walaupun ada rasa tidak seronok di kalangan kami.. namun peluang ini tidak akan di tolak.  

Bermulalah perancangan.. team Melbourne dilepaskan pada akhir  2014 kerana penggunaan bajet yg agak kurang. Namun team UK kena bersabar dahulu.. sebab akhir 2014 adalah musim sejuk dan agak merugikan kami jika kami ke sana waktu musim sejuk. Dan juga penggunaan  bajet  yg agak tinggi.

Oklah setakat ini dulu yer sahabat..  Tanggungjawab  Ramadhan  menunggu nie.. nanti akak sambung lagi yer.. 

Selalu lah bersangka baik.. dan senyum sokmo..

1 ulasan:

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...