Selasa, 30 September 2014

Amin dan UPSR lagi..

Hari nie.. Amin menduduki peperiksaan UPSR untuk kali ke 2.  Untuk matapelajaran Bahasa Inggeris dan Sains.  Buat jer laah kata Amin.. 

Betul kan.. kita manusia nie hanya sekadar merancang.. berdoa dan berharap.. namun yang mengesah dan menerimanya hanya Allah SWT sahaja.  Walau sehebat mana pun perancangan.. di akhir garisan nanti pasti Dia juga yang boleh menJADIkan atau TIDAK.

Itulah hakikat hidup.. Allah mengajar kita untuk tidak bergantung pada suatu apa pun kecuali DIA.. nak tunjuk pada kita manusia nie.. yang kita sangat lemah dan tidak sempurna.. pasti ada lompong dan copak capik di mana-mana.  Tak payahlah nak perasan seolah kita seorang sahaja yang sempurna dan lengkap.. pasti itu bukan kita.

Buat Amin, serahkan segala pada Allah SWT.. Dia Maha Tahu.. Maha Hebat.. Maha Mengetahui.. tak perlu risau atau stress.. pasti ada sesuatu yang istimewa menanti.. in Shaa Allah..


Isnin, 22 September 2014

UPSR Bocor ...... Lagi?





KUALA LUMPUR - Polis hari ini menerima laporan mengenai dakwaan kebocoran dua lagi kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu kertas Bahasa Tamil dan Matematik.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, dua laporan polis berhubung kebocoran dua kertas ini telah dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, pukul 11 pagi tadi.
“Polis telah menerima laporan itu hari ini dan akan menyiasat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata kes kebocoran terbaharu itu akan disiasat oleh pasukan sama yang sedang menyiasat kes kebocoran kertas Sains dan Bahasa Inggeris yang dilaporkan bocor sebelum ini.
Menurut jadual peperiksaan UPSR 2014, kesemua calon telah menduduki kertas Bahasa Tamil dan Matematik pada 10 September lepas.
Sebelum ini, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 didakwa telah bocor. 
Berikutan itu, Lembaga Peperiksaan menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu. - Bernama




Aduhai.. Rasa akak kali ni memang melampau... anak2 dah lega dah dengan hanya perlu mengulang dua matapelajaran sains dan bahasa Inggers... tiba2 hari nie dikejutkan dengan satu lagi berita yang sedih dan memeranjatkan. Pada akak baik lah ditetapkan terus tarikh baru untuk kesemua mata pelajaran tu secepat mungkin,, supaya tak tertekan.. mungkin ada orangkata.. alaaa UPSR jer.. tapi anak2 yang serius menduduki peperiksaan tu pasti sedih dan tertekan.. 

Mak ayah pun sama gak.. cuti dah diambil untuk UPSR lepas.. dan kali nie.. Aduhai,,,

Untuk anak2 yang menduduki PSRA bermula hari ini... lupakan UPSR buat seketika.. itu semua dunia sahaja.. PSRA adalah amalan sehari kita jika mengikut Islam.. yang ini lebih penting dari UPSR sebenarnya.. serahkan pada Allah yang punya Kuasa.. pasti ada hikmah besar menunggu kalian.. Ameenn

Jumaat, 19 September 2014

Jumaat...

Salam Jumaat... semoga hari ini memberi keberkatan kepada kita semua.. ameen...

Khamis, 18 September 2014

Nasi Lemak Emak...

Dulu2.. mak akak jual nasik lemak... masa aruah abah masih ada.. abah bawak nasik lemak tu ke opis dia dan jual.. memang laku.. confirm habis.. sambal tumis mak lah yang power.. nak jual 50sen sebungkus... yang basic punya.. tapi kalau nak tambah ayam ker.. sambal udang ker.. kenalah ekstra bayarnya.. tapi taklah sampai RM2 pun.. agak2 sekarang nie ada tak orang jual nasi lemak 50sen.. kat kampung 2 mungkin ada kot... tapi kat lembah kelang nie janganlag nak mimpi...

Apa2pun kat area rumah akak di Serendah.. ada satu gerai nie.. dia jual nasi lemak RM1 jer.. takder tambah2 lauk.. memang sedap.. tapi akak masih rindu nasik lemak emak.. sejak mak dah kurang sihat nie.. mak jarang masak2 sangat.. memang dah lama tak makan nasi lemak emak.. lama sangat.. selalunya bila anak2 balik.. anak2 yng tolong masak.. walaupun arahan datang dari emak.. tapi nasik lemak dari air tangan mak.. memang dah lama kami tak rasa...huhuhu... rindu arrr....

Rabu, 17 September 2014

UPSR2014 ... AMIN... BOCOR PULA

Berita dah basi nie.. semua orang tahu soalan upsr untuk sains dan bahasa inggeris.. BOCOR.. aduhai.. betapa haru birunya bila berita ini sahih dan benar.. tahun ini.. di saat2 ada ramalan mengatakan upsr bakal berakhir tahun ini.. benar atau tidak ... tidak dapat dipastikan lagi...
Anak akak Amin.. salah seorang calon UPSR2014.. anak sedih.. ibu pun turut sedih juga.. sepanjang hari UPSR .. akak amik inisiatif untuk bercuti untuk memberi sokongan pada Amin.. hari ke tiga.. hari terakhir UPSR... kami dikhabarkan berita yang kurang menyenangkan.. UPSR bocor.. Amin frust.. akak pun frust jugak.. dan akak pasti calon2 lain juga sangat sedih.. ingat dah lega satu bab.. rupanya masih lagi belum selesai..
Dan minggu hadapan mereka berhadapan dengan satu lagi peperiksaan besar.. PSRA.. sekolah agama pula...dua tiga hari sebelum UPSR bermula.. kami ada menerima soalan2 dari aplikasi wassup.. tapi kami sangkakan.. ianya soalan ramalan sahaja.. dan bila soalan sebenar keluar.. kami masih lagi bersangka yang ianya kebetulan yang tepat.. Rupa-rupanya. . Hmmmmm
Kesian mereka2 ini.. bebanan masih lagi di bahu.. suka atau tidak mereka terpaksa hadapi juga.. ibu ayah.. tetap memberi sokongan. . Dan sudah pasti kali ini.. kami tidak lagi memberi desakan pada Amin (bebel suruh study ☺)..
Hadapi jer Amin.. sudah usaha.. jadi ini masa kita doa dan tawakkal... 30 sept ini penentu kedua.. semoa peluang kali ini tidak lagi dirosakkan oleh manusia2 yang tidak bertanggungjawab ini.. mungkin manusia ini lupa.. yang doa orang teraniya ini tidak berhijab..

Sabtu, 13 September 2014

Pujuklah Hati. ...

Salam sahabat sekalian...

Dalam urusan seharian, pelbagai keadaan kita hadapi.. ada masanya menyeronokkan.. ada masa menyakitkan.. urusan dengan rumahtangga.. suami.. anak2..ibu.. ayah.. adikberadik... urusan dengan pejabat... kerja.. kawan2 pejabat.. bos.. pihak pentadbiran.. urusan dengan diri sendiri.. fikiran.. rasional.. emosi.. semua perlu diurus sendiri.. tanpa bantuan.. tapi bila kita rasa BerTuhan... kita tahu pada siapa wajib kita serahkan segala keputusan...

Bila kita buntu.. tiada penyelesaian.. rasa tertipu.. rasa bodoh.. rasa hina diri.. rasa tak mampu nak buat apa.. kita pujuk hati kita .. yang Allah sentiasa ada bersama kita.. bukan sekadar memujuk.. malahan kita percaya dan yakin.. in shaa Allah.. hati terubat.. jiwa rasa tenang.. hidup rasa tersusun..

Namun kita manusia biasa.. yang sentiasa melakukan kesilapan.. silap cara memujuk hati .. kekadang terlanjur juga perbuatan.. Tetapi jika hati masih rasa BerTuhan.. sudah tentu langkah yang terlanjur itu akan terhenti.. memohon keampunan.. memohon belas dan rahmat dariNya.. sudah tentu Dia Sentiasa memaafkan hambaNya..

Janganlah kita cepat melatah.. membuat konklusi tanpa berfikir.. membuat rumusan tanpa memahami.. akibat nya mungkin memakan diri sendiri... pandai2lah memujuk hati dengan akal dan ilmu.. agar jalan pilihan kita .. bukan jalan yang menuntut kita memohon keampunan... sebab hidup itu satu pilihan.. kita yang memilih.. kita patut bersedia dengan akibatnya.. Dengan keyakinan di hati.. Allah tidak akan meninggalkan aku seorang diri... Pujuklah Hati agar sentiasa.. Rasa BerTUHAN..

Rabu, 10 September 2014

Fenomena Awan... Allah menunjukkan kehebatanNya

Fenomena Alam yang berlaku di Virginia.. menggemparkan penduduknya.. apatah lagi kita.. takut melihat suasana itu walau hanya di gambar.. apatah lagi jika berlaku di depan mata sendiri... Allah Hu Akbar !!!

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...