Jom Follow sayer.....:)

Cari Blog Ini

Nuffnang

Selasa, 30 September 2014

Amin dan UPSR lagi..

Hari nie.. Amin menduduki peperiksaan UPSR untuk kali ke 2.  Untuk matapelajaran Bahasa Inggeris dan Sains.  Buat jer laah kata Amin.. 

Betul kan.. kita manusia nie hanya sekadar merancang.. berdoa dan berharap.. namun yang mengesah dan menerimanya hanya Allah SWT sahaja.  Walau sehebat mana pun perancangan.. di akhir garisan nanti pasti Dia juga yang boleh menJADIkan atau TIDAK.

Itulah hakikat hidup.. Allah mengajar kita untuk tidak bergantung pada suatu apa pun kecuali DIA.. nak tunjuk pada kita manusia nie.. yang kita sangat lemah dan tidak sempurna.. pasti ada lompong dan copak capik di mana-mana.  Tak payahlah nak perasan seolah kita seorang sahaja yang sempurna dan lengkap.. pasti itu bukan kita.

Buat Amin, serahkan segala pada Allah SWT.. Dia Maha Tahu.. Maha Hebat.. Maha Mengetahui.. tak perlu risau atau stress.. pasti ada sesuatu yang istimewa menanti.. in Shaa Allah..


1 ulasan:

  1. Doakan yg terbaik utk AMin, in shaa allah dipermudahkan tu !

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Ramadhan datang lagi

Salam Selasa sahabat blogger sekalian.. Semakin hampir dengan Ramadhan.. Tak pasti lagi kita dapat merasainya atau tidak.. Hampir separuh ...