Sabtu, 13 September 2014

Pujuklah Hati. ...

Salam sahabat sekalian...

Dalam urusan seharian, pelbagai keadaan kita hadapi.. ada masanya menyeronokkan.. ada masa menyakitkan.. urusan dengan rumahtangga.. suami.. anak2..ibu.. ayah.. adikberadik... urusan dengan pejabat... kerja.. kawan2 pejabat.. bos.. pihak pentadbiran.. urusan dengan diri sendiri.. fikiran.. rasional.. emosi.. semua perlu diurus sendiri.. tanpa bantuan.. tapi bila kita rasa BerTuhan... kita tahu pada siapa wajib kita serahkan segala keputusan...

Bila kita buntu.. tiada penyelesaian.. rasa tertipu.. rasa bodoh.. rasa hina diri.. rasa tak mampu nak buat apa.. kita pujuk hati kita .. yang Allah sentiasa ada bersama kita.. bukan sekadar memujuk.. malahan kita percaya dan yakin.. in shaa Allah.. hati terubat.. jiwa rasa tenang.. hidup rasa tersusun..

Namun kita manusia biasa.. yang sentiasa melakukan kesilapan.. silap cara memujuk hati .. kekadang terlanjur juga perbuatan.. Tetapi jika hati masih rasa BerTuhan.. sudah tentu langkah yang terlanjur itu akan terhenti.. memohon keampunan.. memohon belas dan rahmat dariNya.. sudah tentu Dia Sentiasa memaafkan hambaNya..

Janganlah kita cepat melatah.. membuat konklusi tanpa berfikir.. membuat rumusan tanpa memahami.. akibat nya mungkin memakan diri sendiri... pandai2lah memujuk hati dengan akal dan ilmu.. agar jalan pilihan kita .. bukan jalan yang menuntut kita memohon keampunan... sebab hidup itu satu pilihan.. kita yang memilih.. kita patut bersedia dengan akibatnya.. Dengan keyakinan di hati.. Allah tidak akan meninggalkan aku seorang diri... Pujuklah Hati agar sentiasa.. Rasa BerTUHAN..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...