Ahad, 25 Mac 2012

Bila Saat Diperlukan..

Assalamualaikum kengkawan ku...

Dah lama rasanya akak tak update blog nie... sebuk sikit sejak akhir2 nie... meluangkan masa bersama2 orang yang di sayangi dan menyanyangi kita... ada masa kita amat diperlukan berada di sisi mereka.. jadi apalah salahnya kita bersama mereka... mungkin satu hari nanti kita pula memerlukan mereka...

3 hari ni akak berulang alik ke hospital... penat rasanya badan nie... tapi bila dapat tahu segalanya dah ok.. akak sangat rasa bersyukur...

Dalam tempuh berteka teki nie memang sangat saspen.. tapi bila doktor mengesahkan everything is ok... akak sangat bersyukur....

Menjadi seorang perempuan memang bukan mudah.. sebagai anak sulung ..dgn ketiadaan adik beradik lelaki... bnyak keputusan yg perlu dibuat sendiri.. perlu difikirkan sendiri.. kadang2... kita terpaksa berperang antara emosi dan tanggungjawab... bila mak dah ketiadaan abah.. banyak bende yang jatuh ke bahu ini..namun akak redha kerana mungkin itu satu jln untuk mendapat keberkatanNya...dan akak sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat memahami.  Syukur lagi ya Allah...

Menjadi seorang ibu pula.. dgn anak2 yang semakin membesar .. adalah satu cabaran yang hebat.. bagaimana untuk berhadapan dengan cabaran ini... semoga Allah s.w.t. memberi akak kekuatan itu...

Menjadi seorang isteri kepada seorang suami yang sangat bertanggungjawab terhadap ibu dan ayahnya juga .. memerlukan suatu pengorbanan hati dan perasaan seorang isteri... bagaimana kita mahu melepaskan bila saat dia diperlukan oleh ibu dan ayahnya...bukan mudah sebenarnya... namun setiap kebiasaan itu dimulakan dengan permulaan yang agak sukar.. lama2 ikhlas itu akan tiba dengan sendirinya...

Bukan mudah untuk melakukan semua itu... perlu kuat dan tabah ...dugaan pula datang kadang kala tanpa mengira waktu dan ketika... semuanya adalah perancangan dariNya..kita sebagai manusia... kena selalu bersedia... jangan beranggapan.. dugaan yang datang pada orang lain .. kita tak akan hadapinya.. semua itu kuasaNya juga..

"ikhlas itu sabar... :) "

Published with Blogger-droid v2.0.4



4 ulasan:

  1. tu la bila kesibukan menjadi kekangan huhu..nak wat cmner kan..terpaksa dulu kan yg mana penting ;)

    BalasPadam
  2. :).. tq.. samerlah kita.. semoga segalanyer ok.. :)

    BalasPadam
  3. dugaan hidup kannn.. tp time marah tuh semua akan mengacau emosi. sabar eks.. semua berumahtangga akan melalui pahit manis kehidupan..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu yana.. sabar itu kan sebahagian dari iman.. :)

      Padam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...