Tanda sihat?.. sebenarnya kesah nie dah lama .. tapi teringat pulak nak story kat korang sumer.. Camnie.. pasal anak dare akak si Aini.. satu hari tu masa amik dia n adik dia dari taska.. masa tu dalam kereta laa.. akak tengah drive.. tetiba terdengar satu bunyi yang korang sumer biasa dengar.. hihihihi.. apa lagi... akak pun tegur laa.. "eeee... adik .. bunyi aper tu?...".. pastu si tecit tu tersipu2 laa malu.. rupanya adik dah melepaskan gas dengan jayanya... akak pun tergelaklah dalam keta tu sambil bukak cermin... bau tuuu... BUSYUK broooo....
Sebab akak dah gelakkan dia ... si tecit tu malu kot (tak baik tul ibu dia nie... hihihihihi)...tetiba airmata pun bercucuranlaaa... tetiba (tetiba lagi... ).. si kakak memujuk adik dia.. "tak per laa dik... janganlah nangis...kalau adik kentut.. itu sihat tau..." sambil usap2 kepala adik tecit dia tu... yang akak nie.. cam terkesimalah pulak dengar anak dara tu pujuk adik dia dengar ayat power camtu...
pastu akak tanya dia balik.."ye ke kak.. kalau kentut, kita sihat".. dia pun jawap.. "betulllah bu... cikgu akak kata kalau kita kentut.. itu maknanya sihat..tak baik ibu gelakkan adik..".. hahahahahaha.. padan muka ibu kena tegur ngn anak sendiri.. ibu senyum jer...
dengar tu kengkawan... kalau buang angin tu maknanya sihat tau... :)
Ini ada sedikit fakta tentang kentut.. hihihihi..
Gas ini datangnya dari beberapa punca:
udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang
terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh
bakteria yang tinggal dalam perut.
Bau kentut yang terdiri dari sejumlah
campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan
diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans
akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut.
Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk
tetapi dalam jumlah yang besar.Secara puratanya, seseorang boleh
menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada
lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk
menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam
sehari adalah lebih mudah.Kentut tersebar bergantung kepada faktor
atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat
molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak
dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran.
Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil
dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil.
Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal
berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh
dinding-dinding. Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan
pengesanan bau oleh hidung? Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya
keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh
pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi,
maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.
Dan semua manusia akan mengalami proses kentut ini.. tak kira rupa, pangkat, keturunan dan kehebatan..semuanya akan kentut..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D