Rabu, 21 Mac 2012

Masalah ker ni?

Ada masa bila kita diterjah dengan pelbagai dugaan dalam satu masa.. kita akan kalut.. mana satu yang perlu disetlekan dahulu.. pernah juga terlintas di fikiran.. "jahat sangat ker aku nie sampai Allah duga aku macam2 peristiwa...".. kena muhasabah diri...emmm

Is it true?
sedih, pilu, kesal.. macam2 perasaan timbul... boleh ker kita buat tak tahu jer dengan apa yang berlaku atau kita memang perlu ambil berat dan fikirkan dengan serius... bagaimana nak settlekan masalah.. atau bagaimana nak hilangkan diri dari masalah.  Ada orang .. larikan diri dari masalah.. ada juga orang yang terlalu serius memikirkan masalah sehinggakan menimbulkan masalah lain dalam dirinya.  kita jadi keliru...

Orang juga selalu kata.. masalah datang dan pergi... tapi ada juga masalah yang datang bertubi2.. sampai tak sempat bernafas dengan normal pun...  kita bukan mencari masalah.. tapi masalah itu datang menyinggahi kita.. mesti seronokkan hidup kalau tidak ada masalah... tapi  adeker.. manusia hidup tanpa masalah...

ada orang pula tidak pernah peduli dengan masalah yang datang.. pada dia itu sumer kecil.. pada dia lantaklah apa nak berlaku.. janji aku masih hidup dan bernafas... seronok juga tengok orang camni.. relaks jer tak fikir apa2.. hidup masih diteruskan..tapi.. perlu ker kita jadi begitu.. atau kita sebenarnya memang  begitu...

Selagi hidup masalah atau sebenarnya DUGAAN.. akan terus menyinggahi kita.. selagi kita masih bernafas.. itu adalah rutin harian yang akan berlaku.. cuma setakat mana dan sehebat mana masalah itu bergantung kepada hebatnya manusia itu di sisi Allah.. bukan mudah untuk ke Syurga.. 

Kita perlu berharap.. agar hati kita tidak tersimpang ke tempat yang salah .. tindakan kita tidak tersesat.. perbuatan kita tidak terlanjur.. demi untuk menyelesaikan masalah yang datang... Serahkan segalanya pada Nya.  Tapi untuk sampai ke tahap itu bukan perkara mudah.. perlu yakin dan penuh dengan kesungguhan... Oleh itu marilah kita menjadi manusia yang berSyukur...


"Seseorang yang beriman akan benar2 menyedari bahawa segala sesuatu yang wujud di dunia ini tidak ada satu pun yang terjadi tanpa izinNya. Sehelai daun pun tidak akan gugur melainkan hanya dengan izin Allah. Keimanan mereka benar2 menyaksikan bahawa segala sesuatu hanya bergantung kepada al Samad; Allah sebagai tempat bergantung..kepada Dia jugalah tempat meminta pertolongan.."




2 ulasan:

  1. Itu namanya kehidupan..kalau mendatar tak ada masaalah tak best jugak kannnn....

    BalasPadam
  2. betul 3x (ala2 upin ipin... :)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...