Jumaat, 27 Januari 2012

Pernah tak terfikir?

Salam kengkawan...

Hari ni jumaat.. tapi dah malam2 barulah dapat cari masa update blog yang tak berapa glamer nie.. Nak cerita apa lak hari nie....emmmm

Pernah tak kita terfikir...kita selalu kata pasal orang itu dan ini.,, orang tu tak betul... orang nie tak betul... tapi pernah tak kita terfikir yang sebenarnya..orang lain juga bercerita pasal kita...

Pernah tak kita terfikir... kita selalu kata yang kita ikhlas bila buat sesuatu.. tapi bile timbul konfliks.. kita lah yang akan ungkit itu dan ini...

Pernah tak kita terfikir...selama ini bila duduk di kantin makan bersama kawan2.. sambil2 tu kita perhatikan orang lain... tapi sebenarnya..pernah tak kita terfikir yang masa kita pula berjalan2 .. kita juga diperhatikan oleh orang lain...




"meh aku cerita kat ko..ini rahsia tau..."

Pernah tak kita terfikir ... selalunya bila orang bercerita dengan kita satu rahsia.. orang tu mesti cakap kat kita "Please..ko jangan cerita ngn orang lain yer...".. tup tup.. crita tu semua orang dah tau.. agak2nyerlah.. ngn kita jer ker yang dia cerita.


Sebenarnya... yang paling penting pernah tak kita terfikir... segala sesuatu yang berlaku di muka bumi Allah ini semuanya telah ditentukan olehNya.. kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa dan bertawakal.. jika baik atau buruk itu semua ada hikmahnya.  Dan kita kena yakin padaNya.

Emmmm... sebenarnyakan.. bila kita nak buat sesuatu..kita kena fikir ... apa yang akan berlaku selepas itu.. sebab apa sahaja yang berlaku pasti ada sebab musababnya... dan kekadang sebab itu berpunca dari kita sendiri...selalu2lah muhasabah diri... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...