fikir..fikir...apa yang akan berlaku nanti... |
Salam kengkawan...
Hari ini sabtu semula... sudah berapa kali sabtu yer kita semua jumpa... yang rajin mengintai dan membaca blog sayer yang tak seberapa nie..
Hari ini saya teringat tentang satu peristiwa yang pernah berlaku sewaktu saya mula2 bekerja di IPTA ini. Saya ingat lagi bila saya memberitahu sahabt handai atau saudara mara tentang dimana saya bekrja.. semuanya menaruh minat.. ye laa kan.. saya adalah anak saudara yang pertama di sebelah ibu yang sudah bekerja tetap. Selepas sahaja SPM saya sudah mula bekerja untuk membantu abah yang selama ini bersusah payah menyekolah kan saya, Abah begitu menaruh harapan agar saya menyambung pelajaran saya,,, namun saya tahu dengan umurnya ketika itu jauh disudut hatinya dia bersyukur kerana saya sudah mula bekerja dan ada pendapatan sendiri untuk membantunya..walaupun tidak seberapa.
Walaupun begitu minat saya pada ilmu ini sangat tinggi.. semangat utk menyambung pelajaran tidak pernah padam hingga kini..cuma sekarang saya perlu memilih antara kemahuan saya dan tanggungjawab saya pada keluarga.. encik Bos tak pernah halang untuk saya menyambung pelajaran saya..cuma saya tahu tidak mudah pengorbanan itu.. saya amat takut jika saya terkejar2 akan sesuatu.. tetapi akhirnya ada yang saya kendong keciciran..Namun begitu mungkin suatu hari nanti...
Masa mula2 bekerja ..gaji tak seberapa ..namun cukup untuk membantu mak dan abah.. malahan cukup juga untuk belanja pergi dan balik kerja. Tinggal di Flat DBKL adalah satu pengalaman yang mahal buat saya. Mak sangat tegas dengan saya.. saya jarang dapat keluar bersuka2 di luar waktu pejabat.. bukan mak tak bagi tapi saya sendiri tak berminat agaknya.. kawan2 saya hanya di pejabat.. dan kawan sekolah yang masih lagi contact.
Kenapa yer saya bercerita pasal ni.. bukan apa di zaman ini.. sangat bebeza jika di bandingkn dengan zaman saya dahulu.. Mak tak pernah mengongkong saya tapi saya masih boleh meletakkan diri di tempat yang sepatutnya... Tapi mengapa yer remaja zaman sekarang.. sangat mudah melupakan kesusahan ibu bapa mereka membesarkan mereka.. macam2 perkara memeranjatkan sangat mudah berlaku sekarang. Itulah yang menakutkan saya ketika ini. Agak2nya.. apakah cabaran yang bakal saya hadapi dalam membesarkan ke empat2 anak saya nanti... waktu sekarang nie..saya masih boleh menghalang mereka daripada melakukan perkara2 yang tak sepatutnya..
Nanti bila mereka meningkat remaja..masihkah mereka mahu mendengar nasihat dan bebelan ibu dan ayah mereka nanti. Sudah tentu cabaran yang datang pada mereka akan bertambah hebat.. Uuuuhhh takut saya bile membayangkannya...
"Hanya pada Mu Ya Allah... aku serahkan mereka...lindungilah mereka daripada kesesatan dan kuatkan keimanan mereka agar mereka tidak melupakanMu Ya Allah.. Amiinnn.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D