Selasa, 31 Januari 2012

Aku terima nikahnya...

Salam kengkawan...

Juz nak share...
Bila seorang wanita itu berkahwin.. maka dia pun berada di bawah tanggungjawab sang suami.  Si isteri bertanggung jawab untuk membahagiakan suaminya.. Begitu jugalah si suami terhadap si isteri.  Setelah selesai ijabkabul maka tanggungjawab yang selama ini menjadi tugas si ayah sudah berpindah ke tangan si Suami.  Hentakkan tangan tok kadi tadi menandakan atau mengingatkan si Suami akan tanggungjawabnya sudah bermula.. tiada lagi alasan kerana si Suami sudah berani berkata "Aku terima nikahnya...." maka itu bermakna si teruna sudah bersedia menerima tanpa paksaan.


Dan si Isteri pula sudah bersedia menerima lelaki ini untuk menjadi Suami yang bakal dia patuhi selagi tidak melanggar hukum syarak.  Berat kan? Namun begitu ramai yang berani menerima risiko tersebut tanpa ragu2...

Dan seharusnya isteri cuba untuk memahami suami..dan suami juga seharusnya cuba untuk memahami isteri.  Suami harus faham.. bukan mudah untuk menjadi sempurna kerana suami itu juga tak sempurna.  Janganlah mengharapkan kesempurnaan seandainya kita sendiri tak mampu memberi kesempurnaan.

Tangggungjawab... adakah dengan hanya mengadakan makan..minum..pakai...tempat tinggal..sudah cukup untuk kita katakan yang sisuami telah menunaikan tanggungjawabnya sepenuhnya.  Ooo... saya fikir tidak.. tanggungjawab bukan sekadar fizikal sahaja.. malahan dari segi masa..kasih sayang..kehidupan..dan sebagainya.. Begitu juga si isteri.. masing2 ada yang perlu dilunaskan...

Menjadi Suami bukanlah tiket untuk mengarah itu dan ini kepada isteri.. dan menjadi isteri bukanlah tiket untuk meletakkan segalanya pada pundak suami... dalam menjadi suami isteri.. toleransi...faham..cuba untuk memenuhi.....memberi dengan ikhlas hati...ucapan penghargaan...jujur...dan kasih sayang seadanya...mestilah sentiasa di hati hasrat untuk membahagiakan pasangan kita...

Jangan jadikan isteri hamba suruhan ..bukan sahaja dari segi mental mahupun fizikal... begitu juga isteri ..jangan jadikan suami kuda tunggangan..yang boleh diarah itu dan ini.. kerana kita semua manusia yang ada hati, perasaan..jiwa.. .. Jadi lah apa yang pasangan kita sukai... 





Biarlah kita terus bercinta dan berbahagia sehingga ajal mejemput kita ... amiiinn


ingatan untuk kita semua...:)

2 ulasan:

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...