Selasa, 3 Mac 2015

SPM 2014

Assalamualaikum  sahabat sekalian..

Hari ini SPM  2014 diumumkan.. sudah pasti ada pelbagai keputusan diterima.. ada yang gembira tak terkata.. ada yang biasa2 sahaja.. namun ada juga yang sedih seolah2 hidup telah berakhir.. sebenarnya hari ini adalah hari ujian sebenar buat semuanya.. Bagaimana cara kita menerima keputusan yang baik atau pun tidak.  Bagaimana kita berinteraksi dengan kawan2 yang keputusan biasa2 sahaja.. apatah lagi dengan mereka yang keputusannya kurang baik.  Sombongkah kita?.. Bersyukurkan kita?.. Atau sebenarnya kita sama sahaja..

Terimalah apa pun keputusan kita.. sebab SPM bukan lah tanda aras hidup kita.. kalau baik keputusannya peluang luas terbuka di depan mata.. namunjika kurang baik juga peluang masih terbuka.. peluang untuk berubah .. peluang untuk memperbaiki diri.. peluang untuk membuktikan yang SPM bukanlah segalanya.. jadikanlah ia jalan untuk bertindak.

Ramai manusia yang berjaya bermula dengan tiada apa2.  Jadi tidak mustahil untuk berjaya tanpa SPM.. percayalah.. sebab ramai sudah membuktikannya. 

Dan jangan lupa .. Bezanya satu manusia dengan yang lain itu adalah Takwanya kepada Allah.. dan ini kita tak boleh gagal..

Semoga kita semua menjadi insan2 terpilih untuk mengisi Syurga  Allah SWT.. ameen

1 ulasan:

  1. Betul tu SPM bukan pengukur kejayaan seseorang tp kejayaan dalam SPM jugak mampu membuat mereka maju setapak daripada orang kain. Yang lepas biarlah berlalu, struggle untuk hari esok

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...