Rabu, 21 Januari 2015

Cerita sebatang pokok

Assalamualaikum  wahai sahabat sekalian . ...

Akak teringat suatu ketika dulu.  Waktu akak menghadiri kursus suaikenal di satu organisasi dahulu.  Bila penceramah suruh lukiskan pada kertas lukisan "apa dia yang boleh kita jadikan simbol untuk meceritakan siapa kita".  Rasa sangat susah.. sebab satu tak tahu melukis.. pastu nak pilih apa .. kereta.. basikal  .. tv?  Huhuhu.. jenuh bersilat.. tapi akhirnya apa yang akak bayangkan ialah sebuah pokok yang sangat rimbun dan rendang.. dan buahnya pula terdiri dengan  pelbagai jenis.. nak apa?.. sebut jer.. maka keluarlah buah itu..
Bila sipenceramah suruh ceritakan sedikit.. kenapa akak memilih pokok .. maka cerita akak ialah kononnya .. akak nak beri kesenangan kepada mereka2 yang nak berlindung... dan pada sesiapa  yg lapar.. boleh petik sahaja buah untuk mengisi  perut..

Dan anologi itu melekat di hati.. impian itu menjadi sesuatu yang sangat kuat  dekatnya dihati.. walaupun ada masanya tidak dapat menghulurkan  bantuan... namun perasaan ingin membantu tak pernah padam..
Tapi seperti pokok juga.. sampai satu ketika.. ia sudah tidak relevan lagi.. tak perlu ada hidup di satu tempat.. penuh anai2 mungkin... atau dahannya sudah mulai reput.. tak sesuai untuk melindungi.. sudah pasti akhirnya ditebang dan dibuang.. itulah hakikat hidup.. sampai satu ketika .. janji itu pasti tiba..

#Sedang cuba muhasabah diri.. betapa perlunya kita sedar dan tak terus  terbang tanpa sayap...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...