Jom Follow sayer.....:)

Cari Blog Ini

Nuffnang

Selasa, 17 Februari 2015

Sakit Menyakiti..





Assalamualaikum Wahai Sahabat Sekalian...

Dalam menjalani kehidupan seharian kita.. sudah tentu kita tidak lepas dari disakiti dan menyakiti.  Kita sering rasa sedih, kecil hati, marah bila kita yang disakiti.  Pasti kita mencari2 kesalahan orang2 yang menyakiti hati kita.  Sampai kita lupa untuk koreksi diri dan bertanya .. kenapa kita disakiti?.. bila kita di sakiti kita sering terlupa untuk bertanya kepada diri kita .. mungkinkah segala yang berlaku itu adalah kerana silap kita sendiri?.. Muhasabah diri untuk membetulkan apa yang silap.

Kita bukan sempurna.  Tidak mustahil kita juga pernah menyakiti orang lain.  Mungkin tanpa sedar.. tapi mungkin juga dalam keadaan sedar dan tahu.  Memang terniat di hati untuk menyakiti seseorang yang tidak sependapat atau sehaluan dengan kita.  Kita sering lihat .. perbezaan itu adalah perkara yang mengundang benci dan salah.  Kita mahu semua orang bersama2 dengan pendapat dan tujuan kita.

Kita lupa sebenarnya,, Perbezaan itu adalah fitrah sebagai manusia.. kerana berbezalah kita saling lengkap melengkapi.  Kerana bezalah kita nampak mana betul dan salahnya.. kerana bezalah kita wajib saling iongat mengingati dan berpesan2 ke arah jalan betul..

Mari kita perbetulkan yang silap.. dan belajar menerima perbezaan .. sambil itu elak2lah dari sakit menyakiti..  Wallah hu a'lam..

3 ulasan:

  1. Kenapa perlu sakit menyakiti... seksa! kan lebih baik sayang menyayangi... kan best! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu BM.. cuma kekadang manusia kan beremosi..

      Padam
  2. Assalam Izan..... singgah sini....
    Setuju tiada manusia yg sempurna, tiada manusia yg boleh menerima kesilapanorg lain kecuali mereka yg bersabar. Moga hati kita ini tergolong dalam golongan org yg sabar dan redho

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Ramadhan datang lagi

Salam Selasa sahabat blogger sekalian.. Semakin hampir dengan Ramadhan.. Tak pasti lagi kita dapat merasainya atau tidak.. Hampir separuh ...