Khamis, 29 Mei 2014

Perginya Seorang Berjiwa Besar..

Sudah sampai masanya.. baginda pergi meninggalkan dunia pancaroba.. semoga ketenangan menunggu di sana.. kita ambil iktibar.. kita juga akan pergi mengikut baginda suatu hari nanti..
baginda mangkat semalam dan in sha Allah akan di kebumikan hari ini selepas Asar.. semoga Allah permudahkan urusan almarhum baginda dan kerabatnya.  Mengenali dan teraspirasi dengan kehebatan baginda suatu ketika dulu, baginda seorang insan.. sultan .. dan pernah menjadi Agong.
Negeri perak akan berkabung selama 100 hari bermula semalam dan Malaysia sendiri akan berkabung selama 7 hari.  Cuaca hari ini seolah2 merasai kesedihan yang sedang diselubungi rakyat jelata... AlFatihah.. semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh bagindaa dan semua yang telah pergi mendahului kita semua.. ameenn..

Rabu, 28 Mei 2014

Hazelina Snow Halal.. OK..


Alhamdulillah... walaupun perkara nie bertalu2 keluar kat FB.. wassup.. wechat... masuk kononnya produk nie tak halal.. akak pun surf kat laman web JAKIM (wpun sudah ada bunyi2 tak sedap pasal badan pengeluar halal nie)..pada akak buat masa nie takkan kita nak menghukum mereka dengan hanya satu kesilapan atau kecuaian yang berlaku.  Jawatankuasa bukanlah satu jawatan  yang kecil.. tanggunjawab mereka bukan sahaja di muka bumi nie.. malahan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.. takkan mereka mengambil mudah dalam membuat sesuatu keputusan.  Jadi dengan berpegangkan kepada inilah akak masih lagi mengiktiraf mereka..

Berbalik kepada krim hazeline snow yang telah akak pakai sejak remaja lagi.. sangat sesuai dengan kulit muka orang kampung nie .. yang hanya berharga bawah dari RM20 ni.. akak memang terkesan bila ia dikatakan tidak halal.  akak stopkan penggunaannya sehinggalah akak jumpa jawapan nya di laman web JAKIM.. dan sekarang keyakinan sudah kembali..Alhamdulillah..

Pada kengkawan yang dapat mesej2 yang berbaur halal tak halal nie.. pada pandangan akak ni.. baiklah kita cari sumber yang sahih.. supaya kita yakin dalam penggunaan produk tanpa was2.  Walau bagaimana pun kita nie hanya manusia  yang lebih mengetahui nya adalah Tuhan Pencipta Langit.dan Bumi ,Yang Maha Mengetahui Apa yang Tersembunyi.. ..serahkan usaha kita pada Nya.. semoga Allah sentiasa Mengampuni segala kekhilafan kita.. Ameenn..

Selasa, 27 Mei 2014

Ketika Cinta Berbuah Syurga..

Mula2 dipinjamkan oleh seorang bekas staff opis kami.. kemudian terus dihadiahkan kepada opis.. Alhamdulillah.. buku ini memberi inspirasi dan menerbitkan rasa syukur dan rendah diri kita pada Maha Pencipta.. dan rasa ta'ajub dengan hamba2 Allah yang begitu meletakkan cinta mereka hanya pada Allah swt sehinggakan mereka mendapat ganjaran yang setimpal dengan perbuatan mereka... supaya menjadi iktibar dan tauladan untuk kita semua.. 😮😮

Salam Israk Mikraj..


Jom kita selusuri perjalanan Rasulullah SAW bertemu Rabbul Izzati.. ini adalah ujian iman kepada kita semua.. untuk mempercayai sesuatu di luar kuasa akal kita..

Isnin, 26 Mei 2014

Tutup Pintu Hati...



Bila kita sombong maknanya kita tutup pintu hati kita.. tak perlu nak menyombong diri sebab kita sendiri tidak sempurna.. kita sendiri penuh dengan kekurangan.  Apa hebatnya kita.. sedangkan udara pun Allah SWT bagi free kat kita.. agak2nya kalau berbayar mampu kah kita membayarnya?

Kadang kita mahu dan minta orang lain memahami keadaan kita... tapi pernah tak kita cuba untuk memahami orang lain.. atau memberi kemudahan pada orang lain.  Bukankah itu juga sombong dan kita tutup pintu hati kita untuk menerima kekurangan orang lain.. kita tutup pintu hati kita untuk merasa kesusahan orang lain.. kita tutu pintu hati kita untuk memaafkan kesalahan orang lain.. dengan beranggapan yang kita takkan melakukan apa yang orang lain buat pada kita.. tetapi andainya satu hari nanti kita juga melakukan perkara yang sama.. kita pasti cuba merasionalkan perbuatan kita sendiri walaupun itu silap..

Jom kita Muhasabah diri supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang Allah SWT halang untuk ke Syurga..Wallah hu Alam.. :D

Jumaat, 23 Mei 2014

Adab Memberi Salam...



Sempena saiyyidul ayyam ini mari kita tebarkan salam.  mari kita belajar dan tahu adab2 memberi salam.. sebab bukan boleh semborono jer memberi salam nie.. Jom belajar.. :D

Antara adab-adab dalam memberi salam adalah:

1. Mendahului dalam memberi salam

“Seutama-utama manusia bagi Allah adalah yang terlebih dahulu dalam memberi salam” [HR Abu Dawud]

Walaupun memberikan salam itu hukumnya sunat  berbanding menjawab salam, tetapi hadis di atas menunjukkan  keutamaan bagi orang yang berlumba-lumba dalam memberi salam dan bukannya bersikap menanti salam itu diberikan kepadanya. Sebagai balasan, Allah SWT meletakkan mereka sebagai manusia yang utama di sisiNya.

2. Menjawab dengan ucapan yang sama atau lebih baik

“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu (salam) penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia (dengan  yang sepadan dengannya). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung setiap sesuatu.” [TMQ An-Nisa’ (4) : 86]

Jawablah salam dengan ucapan yang lebih baik sebagaimana ucapan salam yang telah disebutkan. Bahkan jawablah dengan kalimah yang paling sempurna sebagai sikap mencari keutamaan dan mencari kebaikan.

3. Mengikut turutan yang betul

Rasulullah saw bersabda:

“Hendaklah orang yang berkenderaan memberikan salam kepada orang yang yang berjalan. Yang berjalan kepada yang duduk, yang sedikit kepada yang ramai (dan hendaklah yang muda kepada yang lebih tua).”  [HR Bukhari dan Muslim]

4. Pada kadar suara yang secukupnya

Al-Miqdad ra biasa menyediakan susu untuk Rasulullah. Maka Rasulullah datang pada waktu malam  lalu beliau memberi salam dengan perlahan supaya tidak mengejutkan orang yang sedang  tidur, dan cukup didengari oleh mereka yang terjaga. Dan beliau mengucapkan salam sebagaimana biasa beliau mengucapkan salam. [HR. Muslim]

Oleh itu adalah tidak wajar bagi kita menjerit-jerit dalam memberi salam sehingga mengganggu orang yang sedang tidur ataupun memberi salam terlalu perlahan sehingga tidak didengari langsung bagi orang yang berjaga. Lakukanlah pada kadar yang secukupnya agar didengari dan pada masa yang sama tidak menyakiti sesiapa. 

Selasa, 20 Mei 2014

Perlu Sangat ker Berpantang?..

Aduhai .. semalam dapat call dari seorang sahabat... dia masih dalam pantang.. dan bila dia call dia ada kat shopping complex sedang membeli belah.. akak terkesima.. biar betul minah nie.. emmm yerlah kan ibu moden kan.. bila akak tanya katanya... "aku dah kuat dah"..
Kalau akak dulu.. bukan jer tak leh keluar.. jejak kaki kat tanah pun kena bebel ngn mak.. berkuat sikit dodoi anak pun kena marah... makan sikit.. minum pun sikit.. tapi buah oren memang tak tinggal untuk melawaskan... kipas.. kat butang satu jerlaa.. biarlah berpeluh2 macam pergi menebas kat kebun takper... itu lagi sihat katanya.. kita nie ikut jerlaa.. tapi Alhamdulillah.. tak pernah demam ker.. pening ker masa dalam pantang..
Penting ker tak berpantang nie.. kalau pada akak memang penting.. sebab untuk kesihatan kita juga.. kalau sakit yang menanggungnya kita juga.. orang lain boleh letak simpati jer... pastu diorng gelak ketawa balik.. kitalah yang derita menanggung sakit.. itulah yang mak akak dok bising selalu kalau orang tak jaga pantang ni..
Tapi ada gak orang bercakap yang.. berpantang ker atau tidak... kalau nak sakit tu sakit jugak. . Emmm itu isu lain kan... berpantang nie lebih kepada penjagaan  organ wanita yang amat berharga pada wanita ... sebab bukankah tugas kita berkhidmat pada suami tercinta.. jadi perlulah penjagaan yamg rapi.. janganlah nanti terkeluar komen2 yang tak sedap di dengar di telinga. . Kita nie pun kan sensitifkan... oklah akak taknak cerita lebih2.. cari2lah ilmu berpantang nie.. untuk kebaikan diri sendiri jugak.. ;)

Isnin, 19 Mei 2014

Ingat2 Orang Belakang...

Pernah tak korang dengar ungkapan "ingat2 orang belakang..." .. akak dibesarkan di kampung bersama onyang dan atuk saudara... mak dan abah bekerja mencari rezeki di kota Kuala Lumpur.. walaupun akak dan adik sahaja yang tinggal di kampung namun kami tidaklah terlalu mewah... namun tidak juga terlalu susah.. akhir2 ini ungkapan di atas sering akak gunakan di rumah.. oleh kerana pada waktu malam kami jarang makan bersama.. biasanya aiman akan balik selepas isya' di surau.. dia adalah orang yang akan makan sebelum ayahnya pulang dari kerja...

Akak selalu berpesan kepada dia .. ingat2 orang belakang...padanya.. bukan apa kekadang bila lauk kena dengan tekaknya.. takut lah pulak dia terlupa kan.. nanti kalau dah abis.. apa pulak lah ayahnya nak menjamu nanti.. bukan berkira makan dengan anak tetapi sekadar mengingatkan..

Masa akak di kampung dulu.. lauk yang dimasak oleh atuk tak lah banyak.. biasanya cukup2 untuk kami berlima.. (atuk, onyang, umang, adik dan akak).. bab makan memang atuk tak berkira tapi atuk selalu ingatkan supaya jangan ambil makanan berlebih2.. supaya tidak membazir.. masa tu memang lah rasa tak puas hati.. lebih2 lagi bila ada tetamu datang ke rumah.. lauk kami pula diambilnya... akhirnya kami cuma makan nasi dengan kicap sahaja... tapi sekarang barulah akak memahami mengapa itu terjadi... betapa kita di tuntut untuk melayani tetamu dengan kondisi yang terbaik sekali..

Segala pengajaran yang akak terima dengan cara atuk mendidik akak dalam bersederhana dengan apa yang kita ada.. akak cuba bawa dalam mendidik anak2 sekarang.. walaupun sukar.. yerlah.. kalau dulu atuk buat apa pun.. kami tak berani bersuara atau bertanya... tapi anak2 sekarang.. bertanya itulah perkara yang wajib buat mereka.. emm dan sebagai ibu dan ayah.. kita kenalah menyiapkan minda untuk menjawab soalan cepumas dari mereka. . Mendidik pun perlu ILMU kan.. ;)

Sabtu, 17 Mei 2014

Kelahiran Penyambung Khalifah...

Setiap kelahiran itu pasti ada rezekinya sendiri.. kelahiran anak saudara baru sebelah suami daripada satu2nya adik perempuan en.Bos..dan buat masa ini anak ini lahir tanpa atuk dan wan lagi... atuk dan wan sudah pergi meninggalkan kita semua.. semoga kita semua tidak lupa bercerita dan mengenalkan dia pada atuk dan wan.. kerana kalau bukan kita. . Saper lagi kan?.. biar kenangan indah terus menjadi cerita dan kita lupa kan kenangan yang pahit .. cukup sebagai paparan yang lepas untuk dijadikan sempadan..

Kepada Muhammad Ammar Jawaher (kalau salah ejaan sorri ekk ...).. semoga menjadi anak yang soleh dan memberi manafaat kepada ummat dunia.. ameenn

Jumaat, 16 Mei 2014

Kehilangan kata...

Salam sayyidul ayyam wahai sahabat2 bloggerku..

Di jumaat yang berkah nie akak berdoa agar kita semua sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menempuh segala ujian dan dugaan yamg mendatang selagi kita masih bernafas.  Hari ni nak share apa yer....

Oklah akhir2 nie kita dihujani dengan pemergian2 yang tidak akan kembali lagi.. satu janji Allah yang pasti.. cuma masa dan ketika sahaja yang kita tak ketahui.  Ada diantara kita yang hilang orang2 yang dekat di hati dan sanubari.. ada juga yang jauh perkhabaran berita... tau tau dah pun pergi meninggalkan kita.. itulah janjiNya..

Akak sendiri pun sudah merasai kehilangan orang2 yang disayangi.. mereka yang terlibat secara langsung dalam mendidik dan membesarkan diri ini.  Abah.. atuk.. kedua mertua.. pak cik.. makcik.. ramai yang dah pergi  merehatkan diri dari gelodak dunia fana ini.. oleh kerana proses membesar akak di kampumg jadi hubungan akak dengan pak cik makcik sangat rapat.. dan kehilangan mereka adalah satu kesan yang hebat buat akak.

Namun kita hanya manusia.. janji Allah itu sangat benar.. masa kita juga pasti akan tiba.. pernah en.bos usik2 kononnya dia yang akan pergi dulu dari akak.. terdetik di hati kecil ini.. andai ia berlaku terlalu cepat.. pada ketika anak2 masih kecil.. agak2nya pasti kelam kelibut juga dunia akak nie... namun bukankah urusan itu urusan Allah SWT.. semoga Allah kuatkan hati dan semangat untuk menempuhnya andai iti yang berlaku.. namun begitu masih berharap dan berdoa agar Allah masih lagi memberi ruang dan peluang untuk masih berkongsi kasih sayang antara kami sekeluarga.. ameennn...

Rabu, 14 Mei 2014

Saya Tidak Setuju...

Bukan semua yang kita suka orang lain akan suka... bukan semua yang kita setuju .. orang lain juga setuju dengan kita... kita berbeza.. cara kita dibesarkan berbeza... malahan cara kita memandang dan melihat juga berbeza.. apatah lagi mata kita juga berbeza.. ada yang bulat.. sepet.. kecik... besar..buntang.. dan pelbagai kan.. itulah keindahan ciptaan Allah SWT..

Boleh mempertikai .. jika ia terang terangan salah.. atau kita tahu yang sebenarnya.. boleh mempersoal.. sekiranya perlu pencerahan.. perlu penerangan... kemudian cuba belajar untuk mengambil yg baik dan buang yang salah... untuk apa berdegar2 membuat kenyataan.. padahal kita sendiri pun tidak jelas tentang sesuatu perkara yang berlaku...

Tapi iyerlah kan... setiap manusia ciptaan Allah SWT itu ada keistimewaannya.. kerana perbezaan inilah kita lebih kenal satu sama lain.. kita lebih faham perkara betul atau salah.. belajar untuk menerima perbezaan supaya kita lebih tenang menghadapi sesuatu perkara daripada kita melatah membabi buta mencerca dan menghina.

Inilah kita manusia. .. lupa untuk duduk dan berfikir mengapa sesuatu itu berlaku.. asyik menyalahkan daripada membetulkan..

Peringatan untuk dicerna...♡♡♡

Jumaat, 9 Mei 2014

Kenangan Grand Lexis...

Alhamdulillah,  dapat peluang bercuti ke Grand Lexis Port Dickson, dapat kupon.. dapatlah merasa duduk hotel 5 bintang walaupun hanya satu malam.

Menangis Mengenang Dosa...

Orang yang menangis kerana takut kepada Allah SWT tidak akan masuk neraka...tapi sebenarmya bukan mudah menitiskan airmata tanpa betul2 terkesan di hati...

Kata HAMKA.. takut kepada makhluk kita semakin lari meninggalkan perkara yang kita takut... tetapi takut kepada Allah SWT .. kita semakin menghampiri atau mendekatkan diri kepada Allah SWT..

Semoga dengan takut nya kita kepada Allah dapat mendekatkan kita kepadaNya.. betapa banyaknya dosa kita kepadaNya.. betapa perlunya kita menangis semata2 kerana Allah SWT..

Khamis, 8 Mei 2014

Pak Cik Jamal Mini Parlimen Suatu Ketika Dahulu...


Mesti ramai yang masih ingat Pak Cik Jamal kan... hilangnya seorang lagi permata yang pernah menceriakan ramai kanak2 di Malaysia.. malahan memberi inspirasi dan cita2 kepada mereka yang terkesan dengan watak Pak Cik Jamal di Parlimen.. Al fatihah buat beliau..

Rabu, 7 Mei 2014

Memgenali mu Ammar...

Selalu akak terfikir. . Apa istimewanya insan bernama Ammar ini?.. mengapa pemergiannya menemui Illahi menjadi fenomena?.. mengapa dia disebut2 oleh anak2?.. hebat sungguhkah insan ini?.. persoalan demi persoalan bermain di kotak fikiran ini.. Bagaimana ayahbondanya begitu tenang menghadapi pemergian anak tercinta?..
Sungguh rasa ingin tahu itu sangat tinggi.. setelah akak risik dan menonton video yang menayangkan kisah anak ini..semakin ingin akak mengenalinya.. sungguh ini insan pilihan Allah SWT.. dia insan biasa yang sangat luar biasa.. bak kata orang.. "sejuk perut mak mengandungkan dia"..
Bukan mudah melahirkan insan Ammar ini.. didikan yang hebat dari ayahbonda yang hebat.. wajar dijadikan contoh tauladan.. semoga ada lagi insan seperti Ahmad Ammar yang hidupnya bukan untuk dirinya sendiri tapi wawasan sangat jauh dengan usianya yang masih muda..
Bak kata bondanya "Kami menghantar anakanda kami ini ke bumi AlFateh bagi mempersiapkan dirinya untuk ummat.  Masya Allah. . Rupa-rupanya, Allah mempersiapkan dia untuk Nya"

Selasa, 6 Mei 2014

Perginya Seorang Seniman...

Akhirnya dia pergi jua.. aksi..senyum..tawa.. tangis yang tiada siapa yang tahu.. malahan sejarah hidupnya terus menjadi sejarah..  3 serangkai yang sering memeriahkan dan menceriakan kehidupan orang lain.. sudah tiada lagi di dunia ini.. Allahyarham Dato' Aziz Satar.. perginya menemui penciptanya pada usia 89 tahun..  semoga segala perbuataannya yang membuat orang lain tersenyum dan bahagia mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT.. alfatihah. ..

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...