Rabu, 30 April 2014

Kakak mengantuk laaa...

Semalam kakak mengeluh. . Ngantuk nak wat kerja sekolah.. matematik (3msurat), BM (2 msurat).. sangat mengantuk. . Ibu tengok pun kasihan jer.. nak tolong kakak tak kasik... nak wat sendiri.. tapi mata dah merah2 menahan mengantuk.. akhirnya kecundang juga.. tertidur tanpa menyudahkan kerja sekolah... Pagi ni awal2 sudah bangun nak wat keja sekolah.. hai anak..semoga Allah lapangkan minda kamu untuk menerima ilmu sebaik mungkin.. ameennn...

Khamis, 24 April 2014

Last minit. ..

Kerja pasti akan terganggu bila ada yang last minit ni... report last minit... program last minit... bajet dapat last minit... order last minit... dan yang paling akak tak tahan bila batal last minit nie... kita dah buat perancangan.. fikir pun pecah kepala nak bagi projek jalan cantik. . Tiba2 kita diarahkan untuk batalkan disaat2 akhir program nak jalan atas sebab2 tertentu.. memang faham dengan "keadaan tertentu" itu.. tak dapat nak elak pun.. tapi isunya yang terpaksa berhadapan dengan pihak lain itu adalah kita.. itulah yang tak tahan... kena tebal telinga dengan marah orang lain.. kena pekakkan telinga dengar perli orang lain.. kena beratkan mulut dan membalas kata2 kesat orang lain..
Tapi yerlah kan.. bak kata sudin dalam filem bujang lapok.. selagi hidup kerja kerja kerja... huish  dah letih ni... ;)

Rabu, 23 April 2014

Ooo...Begini Caranya..

2 hari akak menghadiri kursus Friendly Comparative Religion (FCR).. sangat menarik .. malahan membuatkan keyakinan kita kepada Agama kita sendiri bertambah kuat dan yakin.. bukan mencari kesalahan atau kesilapan anutan yang lain .. tetapi memahami mereka dan mencari titik persamaan.. kita semua samakan.. kita semua PERCAYA kan..

Oklah.. lari topik pulak.. selama ni akak selalu cam pelik bila orang boleh capture skrin telefon sendiri.. teruja sangat.. selalu tanya camna diorg buat.. nak tanya.. malu... tapi hari nie beranikan diri tanya jugak.. walaupun jenis telefon sama namun bila cuba buat tak boleh pulak kat telefon sendiri... pastu cuba2 tanya kat ustazah youtube... ;).. rupanya ada diprng buat tutorial pasal nie... aduhai izan.... itu pun susah sangat kan...
Oooo begintu caranya... hehehehehe

Jumaat, 18 April 2014

Ia Semakin Mendekat..




Orang tua2 kata.. mati itu jodoh kita.. pasti datang bila2 masa sahaja.  Akhir2 ini kita dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang berkaitan dengan kehilangan atau lebih tepat lagi kematian.  Bukan mudah menerima keadaan tersebut walaupun kita kata kita sudah bersedia.  Jangan takut pada kematian.. ia pasti akan datang.  Tapi hakikatnya memang kita takut .. tapi bukan pada kematian.. tetapi apa yang bakal terjadi selepas kita mati.  Cukupkah bekalan yang kita bawa.  Sungguhkah ia satu kerehatan untuk kita atau ianya satu permulaan hari untuk lebih terseksa lagi.  

Takut.. memang takut.  Tapi adakalanya kita manusia akan terlupa.. akan terleka.. seolah2 hidup itu masih panjang.. Haih manusia.. itu lah kita...

Ingat tak mati?.. ingat.. tapi kekadang keadaan sekeliling mempengaruhi kita untuk lupa seketika mati itu.. Walaupun begitu.. Allah masih menyayangi kita.. Dia turunkan peringatan sedikit demi sedikit pada kita.. cuma kita sahaja sedar atau tidak dengan teguran dan peringatan yang diberi.. iulah kita manusa...

Ketahuilah.. hari ini kita bernafas sebenarnya... kita semakin dekat dengan kematian.. semakin dekat dengan harinya... semakin hampir dengan pengakhiran.. ianya pasti.. siapapun kita.. hatta orang yang terhebat di muka bumi Allah ini.. Dia pasti ambil kita semula.. 

Kita selalu tertanya.. bagaimanakah caranya kita mati?.. secara tiba2kah?... sakitkah?... terlantar bertahun2kah?... keadaan yang ngerikah?.. keadaan  yang baikkah?.. semua itu berlegar2 dikotak fikiran.. Aduhai.. Astagfirullah hal 'Azim.... semoga kita sentiasa diampunkanNya.  hanya itu yang kita mampu minta.. semoga Allah tutup aib kita ketika itu.. semoga Allah pelihara maruah kita ketika itu.. semoga baik keadaan kita ketika itu... Semoga Pengakhiran kita dengan iman pada Mu Ya Allah.. Semoga Pengakhiran kita Baik segala-galanya..

Jadi kalau begitu kehendak kita... janganlah kita gembar-gemburkan buruknya orang lain... hebah2kan aib orang lain.. carik2 kesalahan orang lain.. Muhasabah diri sendiri.. sebenarnya kita selamat dari malu kerana Allah yang menutup segala aib kita.. orang lain tak tahu aib kita.. tapi Allah.. Maha Tahu.. jadi bersyukurlah dengan ehsan Allah itu.. kerana dia Maha Mengasihani...

Tak mampu nak lihat...pejamkan
Tak mampu nak dengar...pekakkan
Tak mampu nak luahkan.. diamkan
Tak mampu nak simpan... tunjukkan
Tak mampu nak rasa.. jauhkan
Kalahkah aku?
Tewaskah aku?
Jika berserah....pasrah
Jika redha..doa..tawakkal

Khamis, 17 April 2014

Sarawak dalam Kenangan II

Ikan terubuk masin... masa makan kat sarawak ari tu cam best jer.. sedap jer... serius akak tak pernah masak sendiri.. makan adalah..
Ikan nya taklah masin sangat. . Sedap2 jer rasa di mulut.  Ari tu terjebak jugaklah beli untuk bekalan dan nak bagi rasa keluarga.. malangnya.. ibu tak tahu nak wat resepi apa.. goreng jer cam biasa ker?..
Tanya kengkawan. .. diorang kasiklah resepi diorang sendiri. .. bawang putih,  bawang merah, cili padi (ikut suka nak pedas mana)... goreng garing dan masukkan ikan terubuk masin.. last sekali. . Masukkan telur yang telah dipukul (ikut kita gak banyak mana nak bubuh).. akak lum try lagi laa...
Nantilah nak survey2 kat tenet.. kot2 ada lagi resepi menarik yang boleh di cuba.. in shaa Allah...

Janji Allah itu Benar

Sudah sampai masanya... Janji Allah itu benar.. tidak terkecuali siapa pun dia..

Selasa, 15 April 2014

Sarawak dalam kenangan. ..

Kami ke Sarawak adalah kerana tugas.. walaupun begitu kesempatan yang ada kami selitkan juga aktiviti sendiri.. almaklumlah bukan selalu dan senang hendak ke sana..

Hari pertama dan kedua banyak di habiskan dengan menyelesaikan misi kami di sana.. menyertai pertadinngan KIK yang ke 10 di UNIMAS.. pada mulanya kami menginap di hostel di UNIMAS tetapi atas masalah2 yang datang kami telah dipindahkan ke hotel yang lebih selesa.. bukan setakat selesa tetapi sangat selesa.. Alhamdulillah.. syukur

Dan yang pasti kumpulan kami adalah kumpulan yang paling tak stress.. kami benar2 seronok dan enjoy berada di sana..stress ada tapi tak lah sampai tak lalu makan...
Kumpulan kami terdiri daripada 9 orang dan 2 orang pemerhati..

Hari ke tiga kami masih lagi berada di UNIMAS memberi sokongan pula kepada kumpulan lain yang masih belum habis.  Dan pada malam ketiga itulah ada upacara penyampaian hadiah.  Walaupun kumpulan kami tidak mendapat sebarang kemenangan namun kami bersyukur kerana penyertaan sulung ini kami masih memberi yang terbaik dan pengalaman yang sangat berharga untuk kami.


Okaylah.. hari ke empat ialah hari terakhir kami di sini.  Oleh kerana flight kami pada pukul 445 petang jadi kesempatan itulah pada pagi nya pergi ketempat2 yang telah di rancang untuk kami.  

Tempat pertama.. Pasar Satok.. memang best sebab kat sinilah dapat dilihat makanan2 sarawak dan juga Terubuk Masin trademark Sarawak.  Akak belilah jugak buat ole2 keluarga kat umah

Pastu kami ke Water Front Sarawak.. tempat nak belik Kek Lapis.. Ramai kawan2 yang tak lepas peluang membeli kek lapis sarawak di sini.. pelbagai rasa sampai rambang mata melihatnya.. memang syok..

tempat terakhir kami ke tempat membeli souviner macam tembikar, t shirt, kain dan sebagainya (tempat tu akak tak ingat nama,, sowi ekkk).. kat sini pun tembikar memang murah .. pada akak laa.. cantik2 pulak tu.. boleh tengok juga cara pembuatan tembikar2 tersebut.


Akhirnya kami ke Lapangann Terbang Kuching.. makan tengahari dan balik.. pergi dan balik kami mengambil service MALINDO .. alhamdulillah selamat pergi dan balik walapun cuaca tidak berapa baik..

Kami syukuri nikmat yang Allah SWT beri pada kami.. walaupun hanya sebentar diberi peluang mengenali dan melihat tempat yang asing, wajah2 baru dan suasana yang sedikit berbeza pada sesetengah dari kami.  Alhamdulillah.. syukur pada MU

Di atas sana akak terfikir perasaan anak2 kapal dan penumpang MH370.. pasti mereka sentiasa berdebar2 menanti saat mendarat.. namun andai itu sudah takdirnya.. Siapa kita menidaknya..

Selasa, 8 April 2014

Memulakan Perjalanan...


In Shaa Allah.. akak n geng opis akak ke Sarawak hari ini hingga Jumaat.  Semoga kami selamat pergi dan kembali Ameen.

Pantang mengalah menjaga kota
Pesan rang lama sama dipegang
Sekudus Bismillah pembuka bicara
Kumpulan ASPIRASI buka gelanggang

Tempat kerja jauh di Gombak
Ilmu disemai bakti ditabur
Datang kami berhajat banyak
Andai menang alhamdulillah syukur

Sabtu, 5 April 2014

Semakin Hari...

Semakin hari ..umur semakin meningkat .. sudah pasti semakin hampir dengan kematian... iman kekadang naik.. kekadang turun.. Semakin tahu banyak dari yang tak tahu kerana masih terus mencari ilmu semahunya...  banyak pula kita tahu.. sebenarnya semakin banyak yang kita belum tahu..

Perlahan-lahan mendaki bukit kehidupan.. ketemu dengan pelbagai senang dan susah. . Ada masa rasa sangat bersemangat... ada masa sudah seperti sudah mahu mengalah... itulah kita manusia. ..

Sebagai suami.. membanting tulang mencari rezeki.. tak hirau siang atau malam.. penat dan lelah.. lelehan keringat menjadi saksi.. menjalani tanggungjawab itu yang pasti...

Sebagai isteri... membantu tanpa peduli diri sendiri.. tak hirau sakit dan peri.. demi mengabadikan diri buat suami dan zuriat yang dikasihi.. urat dan darah menjadi saksi.. menjalani pengorbanan tiada galang ganti...

Semua dari kita berusaha menjadi manusia yang baik... walau sejahat mana pun kita...pasti ada satu sisi baik yang perlu dicari... sampai sekarang kita terus mencari... mungkin perlu pada pengorbanan perasaan.. berperang dengan nafsu sendiri... bertingkah dengan kata hati...

Kita semua mahu menjadi baik... sebaik-baik manusia... menjadi bermanafaat kepada manusia lain.. untuk mendapat jannah dambaan semua... kita teruskan perjalanan... perjalanan yang sangat panjang pada sesetengahnya.. dan sangat pendek pula pada sesetengahnya. .. dan kita yang masih hidup ini bertelingkah dengan ujian kehidupan.. selagi bernafas...

Kuatkanlah hati ini ... kuatkanlah jiwa ini... kadang kuat kadang lemah.. teguhkanlah Iman kami.. agar tidak direnggut perasaan tidak puas hati.. lapangkan hati kami menerima isyarat dan ujian dariMu ya Allah..Ameenn

Khamis, 3 April 2014

Jangan Berhenti Berdoa...


Jangan berhenti berdoa.. sehingga terpisah nyawa dan badan.. Jangan berhenti berdoa.. selagi hayat dikandung badan... Jangan Berhenti Berdoa.. Selagi belum bertemu jawapan... Jangan berhenti berdoa.. terus terusan menadah tangan...

Jangan berhenti Berdoa... Selagi mampu teruskan bertahan... Jangan berhenti Berdoa.. Berputus asa, diharap jangan... Jangan berhenti Berdoa...Semoga Dia akan kabulkan.. Jangan berhenti berdoa... Semoga Illahi tunaikan permintaan...

Jangan berhenti Berdoa..Segala usaha kita teruskan... Jangan berhenti Berdoa... Segala keringat menjadi kerahan.. Jangan Berhenti Berdoa... Segala kusut segera dirungkaikan... Jangan berhenti Berdoa.. Semoga Allah SWT makbulkan...

Ameennn.. Sesungguhnya yang terbaik itu hanyalah di tangan NYA..

Rabu, 2 April 2014

Pasir dan Pantai



Pasir dan Pantai..
Pasir ikut Pantai.. Pantai ikut Pasir...
Pasir berubah.. Pantai ikut Berubah..
Pantai berubah.. Pasir juga berubah..

Pasir dan Pantai...
Bila pantai di hempas ombak yang ganas...
Pasir bersabar menunggu takdir..
Masih disinikah aku?..
Atau tunduk mengikut Ombak..
Pantai pasrah berserah..
Berubah kan aku?
Atau masih teguh melakar bentuk yang sama...

Pasir dan Pantai...
Akrab meneguh janji..
Bukan seperti bulan dan matahari...
Bukan seperti langit dan bumi..
Pasangan yang terasing..
Namun redha ketentuan Ilahi...

Pasir dan Pantai...
Menunggu dan menunggu..
Ketibaan dan permergian..
Yang tiba .. diterima dengan terbuka..
Yang pergi .. dilepas dengan tenang..
Namun bila datang ombak mengganas..
Pasir bertahan penuh berani...
Pantai berubah namun tetap setia..

Pasir dan Pantai..
Di takdir untuk setia...
Samada Ombak masih sudi membadai..
Atau kering tanpa bersapa...

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...