Sabtu, 5 April 2014

Semakin Hari...

Semakin hari ..umur semakin meningkat .. sudah pasti semakin hampir dengan kematian... iman kekadang naik.. kekadang turun.. Semakin tahu banyak dari yang tak tahu kerana masih terus mencari ilmu semahunya...  banyak pula kita tahu.. sebenarnya semakin banyak yang kita belum tahu..

Perlahan-lahan mendaki bukit kehidupan.. ketemu dengan pelbagai senang dan susah. . Ada masa rasa sangat bersemangat... ada masa sudah seperti sudah mahu mengalah... itulah kita manusia. ..

Sebagai suami.. membanting tulang mencari rezeki.. tak hirau siang atau malam.. penat dan lelah.. lelehan keringat menjadi saksi.. menjalani tanggungjawab itu yang pasti...

Sebagai isteri... membantu tanpa peduli diri sendiri.. tak hirau sakit dan peri.. demi mengabadikan diri buat suami dan zuriat yang dikasihi.. urat dan darah menjadi saksi.. menjalani pengorbanan tiada galang ganti...

Semua dari kita berusaha menjadi manusia yang baik... walau sejahat mana pun kita...pasti ada satu sisi baik yang perlu dicari... sampai sekarang kita terus mencari... mungkin perlu pada pengorbanan perasaan.. berperang dengan nafsu sendiri... bertingkah dengan kata hati...

Kita semua mahu menjadi baik... sebaik-baik manusia... menjadi bermanafaat kepada manusia lain.. untuk mendapat jannah dambaan semua... kita teruskan perjalanan... perjalanan yang sangat panjang pada sesetengahnya.. dan sangat pendek pula pada sesetengahnya. .. dan kita yang masih hidup ini bertelingkah dengan ujian kehidupan.. selagi bernafas...

Kuatkanlah hati ini ... kuatkanlah jiwa ini... kadang kuat kadang lemah.. teguhkanlah Iman kami.. agar tidak direnggut perasaan tidak puas hati.. lapangkan hati kami menerima isyarat dan ujian dariMu ya Allah..Ameenn

2 ulasan:

  1. sessi luahan rasa ke ni.. moga dieprmudahkan urusan yer !

    BalasPadam

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...