Khamis, 27 Mac 2014

Mungkin Berakhir Suatu Penantian...


Mungkin kita sudah jauh tersasar..
Maka Allah mahu kita kembali..

Mungkin kita sudah semakin lupa..
Maka Allah mahu kita ingat semula...

Mungkin kita sudah mula tersesat..
Maka Allah mahu kita kembali pulang...

Mungkin kita sudah lama di awangan...
Maka Allah mahu kita berpijak di bumi yang nyata...

Mungkin kita sudah lama tenggelam..
Maka Allah mahu kita cuba menggapai udara ...

Mungkin kita sudah mula mengalah..
Maka Allah mahu kita terus tabah...

Mungkin kita sudah mula menyerah...
Maka Allah mahu kita sedar dan pasrah...
Bahawa ketentuan hidup ini di tangan Dia Empunya Dunia ini...

Mungkin kita mula rasa kita sangat hebat..
Maka Allah mahu kita ingat.. Dia Empunya Hak antara nyata dan ghaib
Dia tahu SEMUA..
Siapa kita untuk menidakkanNya..

Sedarlah diri wahai hati insan..
kita ini sangat lemah
sangat dhaif..
ilmu sangat sedikit..
Tanpa belas, ihsan, kasihan dariNya..
Udara pun tak mampu masuk ke rongga hidungmu...

Sedarlah diri wahai hati insan..
bukalah mata minda semua..
Mohonlah belas kasih sayangNya..
dengan serendah-rendah diri dan jiwa..
Sesungguhnya Dia yang Maha Segala...
Dapat merungkai yang kusut..
Dapat menampakkan yang tidak..
Dapat mencelikkan yang buta..
Dapat menerangkan yang gelap..

Kita hanya pendosa.. meyerahkan diri pada DIA..
Mungkinkah akan berakhirnya satu penantian?

Jumaat, 21 Mac 2014

NAK BUAT BLOGLIST BARU.. D.. ada sesiapa yang sudi?


Baru 3 bulan kita berada di tahun 2014... sudah pelbagai kejadian demi kejadian berlaku .. dalam diri malahan seluruh Malaysia.. kita di kejutkan dengan pelbagai berita yang kadang2 sukar diterima akal.  Mulalah kita membuat pelbagai spekulasi demi spekulasi.. sampaikan kita yang membaca .. ada masa terpengaruh dengan pernyataan2 yang keluar.. Pada pendapat akak.. daripada kita duk memperkatakan sesuatu yang di luar kemampuan akal malahan sebenarnya kita juga tidak mempu untuk menghulurkan bantuan.. lebih baik kita diam.. dan teru memanjatkan doa .. agar segalanya di permudahkan oleh Nya..

Mungkin ada banyak yang kita lupa sehingga Allah SWT menegur kita.. supaya kita tidak terus lupa dan leka.. Bersyukurlah..

Dari merah terang dan garang.. kepada biru yang tenang dan sejuk... hihiihi.. inginkan sesuatu yang baru supaya semangat pun jadi baru.. yerlah.. akhir2 nie macam banyak benda yang berlakukan.. apa salahnya kita cuba menukar pandangan kita kepada sesuatu yang lebih positif... 

Akak dok terfikir nak buat BLOGLIST BARU.. tapi blog sendiri pun tak lah hebat sangat.. kalaulah ada yang nak berada kat bloglist akak ni .. bolehlah tinggalkan komen kat sini.. sekadar mempelawa kalau ada yang sudi.. :D.. takder time limit.. 

p/s: tengah cuba untuk meneruskan yang terhenti..

14 Hari Masih Misteri...





Khamis, 20 Mac 2014

Mencari Yang Hilang...


Mencari yang Hilang...
bukan mudah mengejar bayang..
bukan mudah menggapai bintang..
bukan mudah betulkan yang curang...
bukan mudah mencari yang Hilang..

Usaha perlu tinggi...
tak kira untung ataupun rugi..
perhatian tiada berbelah bagi..
Tawakkal sentiasa di hati..

Mencari yang Hilang itu Misi..
penuhi rasa kosong di hati..
mohon kasihan Rabbul Izzati..
dengan menunduk menrendahkan diri..
memohon petunjuk tak henti-henti..

Mencari yang Hilang.. Hanya Dia yang Tahu dan Mengasihani...

Khamis, 13 Mac 2014

Setelah 6Hari...

Hari nie dah masuk hari ker 6 pencarian MH370.. semua masih tidak berhenti berharap.. agar sesuatu yang ajaib berlaku.. samada semua selamat atau sebaliknya...

Masihkah ada harapan?.. semua akan tertanya2.  Walaupun begitu semua itu ketentuan yang Maha Kuasa.. Penguasa Sekalian Alam...Dia tahu segala-galanya..

Bila kejadian ini berlaku... sangat terasa kekerdilan manusia... sebab sehebat mana pun ciptaan manusia.. sebijak mana pun manusia berfikir... sesempurna mana pun kononnya manusia itu.. kita masih lagi tidak mampu menghalang qadak dan qadar Allah SWT.. teka teki yang Allah reka ini... bukan rekaan yang mudah... bukan satu otak sahaja yang berfikir .. malahan beribu2 otak manusia di gabungkan untuk merungkaikan rahsia yang satu ini.. dan kita kalah..

Bukan mudah.. bila Allah sudah memberi teguran demi teguran kepada kita... banjir besar... suhu dingin yang tidak semena2... panas terik yang menguji ketahanan diri... jerebu yang menggugat kesihatan... air di empangan semakin kurang.. air dicatu2.. dan sekarang MH370.. misteri yang sukar dirungkai...

Mungkin ia hanya berada di depan mata kita.. tapi dek kerana hijab dari Allah ... kapal sebesar itu tidak dapat dilihat mata manusia... masihkah lagi kita tidak menyedari siapa kita?.. masihkah lagi kita tidak mengaku adanya kuasa yang Maha Hebat di alam ini?  Masihkah lagi kita mempersoalkan kenapa dan mengapa?..

Marilah kita semua muhasabah diri kita sendiri.. memperbaiki yang rosak... perbetulkan yang salah.. melebihkan yang kurang... sebab kita manusia... hidup kita tidak berakhir di muka bumi ini... tapi di akhirat nanti..

Selasa, 11 Mac 2014

Sudah tiba masanya..


Mari lah kawan2.. rasanya sudah tiba masanya kita menyerahkan segalanya kepada Dia..  Walaupun kita dikurniakan dengan kepandaian dan kehebatan Sains dan Teknologi.. sehebat mana pun kita masih dipunyai.. Dia Satu Satunya.... 

Ya Allah .. kau berikanlah kami pertunjuk dan hidayah Mu ..
Permudahkanlah.. sesungguhnya Kau yang Maha Pengasih.. Penyayang.. Pemberi Rahmat
Kami Mohon pada Mu Ya Allah... kembalikan lah MH370 walau bagaimana pun keadaannya..
Kami sedia menerima ketentuanMu Ya Allah..

Sabtu, 8 Mac 2014

MH370

Doakan mereka... semoga Allah SWT permudahkan urusan dalam misi menyelamat dan mencari pesawat MH370. . Ameen  . ..

Jumaat, 7 Mac 2014

La Tahzan...


"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah ada bersama-sama kita"

Janganlah kita bergantung kepada yang lain selain dari Allah SWT.  Dari dia kita datang.. kepada Dialah kita kembali.. kerana Dia juga kita ada... Dia yang tahu segala2nya mengenai kita.. yang baik.. yang buruk .. yang kurang.. semuanya Dia Yang Maha Tahu.. nak sembunyilah.. nak sembunyi di mana? sedangkan alam ini juga milikNya.. kita nie ada atau pun tak der ,, tiada kepentingannya buatNya.. tetapi kita nie hambaNya.. hambaNya yang diberikan kebebasan di muka bumiNya sendiri.. lakukanlah apa sahaja asal tidak melanggari peraturan yang telah dibuatNya..

La Tahzan... janganlah bersedih.. kerana ujian itu bermakna Allah SWT masih memandang pada kita.. bermakna Allah SWT masih menyayangi kita.. 
Kerana Dia Maha Pengasih lagi Penyayang..

Khamis, 6 Mac 2014

Kalau Dah Kaki Pancing..

En. bos... dapat green light gi mancing.. akhirnya minggu nie tak payah gi beli ikan kat pasar.. hihihihi

Selasa, 4 Mac 2014

Hati Menjadi Tenang...


Dengan mengingatiNya Hati menjadi tenang.. sangat benar.. seandainya kita menerima sebarang musibah.. ujian...dugaan.. Ingatilah dia dengan solat, mendekati Al Quran.. zikrullah... in Shaa Allah.. hati akan rasa sangat tenang.. serahkanlah segala jawapan pada Allah SWT.. kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui segala sesuatu.. usahlah kita memaksa diri untuk mencari jawapan sehingga kita lupa pada yang Memberi segala jawapan untuk kita.. Mohonlah pada Dia.. kerana hanya Dia sahaja yang tahu waktu yang tepat untuk memberi kita segala jawapan.. :D

Sabtu, 1 Mac 2014

Setiap Kali...

Setiap kali kita bangun setiap hari.. agak2nya apa yamg kita rasa?.. mungkin kita akan rasa letih ... penat. .. bosan... dan pelbagai lagi perasaan negatif menyelubungi minda kita kan?.. mungkin tidak pada orang lain. .tapi itulah yang selalu berlaku pada diri ini.. lemahnya rasa iman....:(

Tetapi bila difikirkan semula dalam2... kita akan rasa sangat bersyukur disebalik pelbagai perasaan negatif itu sebenarnya kita telah diberi peluang sekali lagi untuk mengubah keadaan... adakah kita akan kekal begitu atau kita cuba untuk memikirkan sesuatu untuk menjadikan kita lebih baik...

Walaupun setiap kali kita cubaan itu gagal... kalah... kecewa.. tetapi Allah SWT masih memberi kita peluang... kerana kemungkinan untuk kita berjaya.. menang... bahagia sentiasa ada... ;)..

Setiap kali itulah sebenarnya kita wajib mensyukuri nikmatNya selagi masih bernafas... Alhamdulillah ya Allah...

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...