Khamis, 13 Mac 2014

Setelah 6Hari...

Hari nie dah masuk hari ker 6 pencarian MH370.. semua masih tidak berhenti berharap.. agar sesuatu yang ajaib berlaku.. samada semua selamat atau sebaliknya...

Masihkah ada harapan?.. semua akan tertanya2.  Walaupun begitu semua itu ketentuan yang Maha Kuasa.. Penguasa Sekalian Alam...Dia tahu segala-galanya..

Bila kejadian ini berlaku... sangat terasa kekerdilan manusia... sebab sehebat mana pun ciptaan manusia.. sebijak mana pun manusia berfikir... sesempurna mana pun kononnya manusia itu.. kita masih lagi tidak mampu menghalang qadak dan qadar Allah SWT.. teka teki yang Allah reka ini... bukan rekaan yang mudah... bukan satu otak sahaja yang berfikir .. malahan beribu2 otak manusia di gabungkan untuk merungkaikan rahsia yang satu ini.. dan kita kalah..

Bukan mudah.. bila Allah sudah memberi teguran demi teguran kepada kita... banjir besar... suhu dingin yang tidak semena2... panas terik yang menguji ketahanan diri... jerebu yang menggugat kesihatan... air di empangan semakin kurang.. air dicatu2.. dan sekarang MH370.. misteri yang sukar dirungkai...

Mungkin ia hanya berada di depan mata kita.. tapi dek kerana hijab dari Allah ... kapal sebesar itu tidak dapat dilihat mata manusia... masihkah lagi kita tidak menyedari siapa kita?.. masihkah lagi kita tidak mengaku adanya kuasa yang Maha Hebat di alam ini?  Masihkah lagi kita mempersoalkan kenapa dan mengapa?..

Marilah kita semua muhasabah diri kita sendiri.. memperbaiki yang rosak... perbetulkan yang salah.. melebihkan yang kurang... sebab kita manusia... hidup kita tidak berakhir di muka bumi ini... tapi di akhirat nanti..

2 ulasan:

Terima Kasih kerana memberi komen...:) Berkongsi buah fikiran itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain tanpa kita sedari.. :D

Bila dah 40

Bila umur dah 40.. Sebenarnya kita sudah wajib memikirkan kematian kita setiap saat.. Apa2 sahaja boleh berlaku tanpa di jangka. Bila umur...