Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Bila Boleh Berehat?

Imej
Letih...penat...bila boleh rehat ni..???? Ini lah jawapannya...

Hari Gaji 2014

Imej
Selalunya bila dah sampai akhir bulan... akan ada orang yang bertanya "hari ni berapa hari bulan yer".    Akak adalah salah seorang darinya.. hihihi Sangat tak sabor nak tunggu tarikh 25hb... itulah rata2 tarikh gaji untuk kakitangan kerajaan. .dan dengan yang sama waktu dengan nya.. Yang ni akak dapat dari FB... ada hamba Allah yg share.. sharing is caring. . :)

APA KATA RASULULLAH TENTANG WANITA DAN ISTERI...

Imej
1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan iaitu wanita (isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim)

2. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya,maka iaa dalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad,Thabrani dan Hakim)

3.  Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana  kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama, nescaya kamu beruntung.

4.  Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (RiwayatAhmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas bin Malik)

5.  Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari khiamat, tiada nur baginya.(Riwayat Termizi)

6.  Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima…

Berdebar2 Hati Ini...

Imej
Berdebar2 hati ini.. bila mengenangkan esok ada program besar yang centre kami organize.  Peserta yang mendaftar sangat memberansangkan.. tapi takut esok yang muncul .. tak ramai.. 


Perkara begini memang selalu dan kerap berlaku.. setiap kali buat program besar.. perasaan berdebar2 tu pun muncul.. Semoga Allah permudahkan urusan kami semua dalam melancarkan perjalanan program.  Kami dah buat persiapan sebaik mungkin dan harap ia berjalan seperti yang dirancangkan.... Ameenn
Program Ilmu nie.. macamana nak tahu tanda2 seseorang itu ada alami Schizoprenia.

Nak ikut Saper Kata?

Imej

Cuti Sekolah Akhir Tahun..

Imej
Cuti sekolah lagi... dah 4 hari akak tak update blog.. anak yang perempuan satu2nya tu tengah demam.. sambut cuti sekolah dengan demam.. ubat dah tinggal sikit tapi demam tak kebah2 lagi.. hari nie akak start kerje jugak.. terpaksalah tinggalkan anak dekat mak ciknya (sib baik dekat skit ngn umah)... walaupun hati rasa tak seronok.. kalaulah ada cuti banyak memang akak akan amik cuti jaga dia.. tapi apakan daya kan...

Apa ekk rancangan kali nie?.. masih ada dalam pemmikiran.. nak laksanakan... masih menunggu waktu2 yang sesuai... :D..

Doakan anak akan cepat sembuh yer.. dan Selamat Bercuti ekk sumer... :D

Kelambu... Ada Tak?

Imej
Dulu2 masa kat kampung... kami selalu tidur guna kelambu.. wajib tuu... kalu dak esok bangun pepagi.. penuhlah bintat2 satu badan kena gigit ngn nyamuk.. Lepas aruah atuk meninggal,.. kelambu2 yang ada (dalam 4 helai) tak tahu saper yang dah ambik.. adalah tu.. tapi susah nak cari dah kelambu2 maca gambar di atas nie.. best tidur dalam kelambu nie.. rasa selamat jer.. tak panas tau..



Baru2 nie.. masa balik kampung .. ada juga kelambu fesyen terbaru (pada akak laa)...  tapi tak bestlaa tak macam kelambu dlu2.. hehehe..korang pernah tak tidur dalam kelambu.. biasanya kat kampung laa.. ada tak?




Antara Hitam dan Putih..

Imej
Hidup di dunia nie.. selalunya kita kena memilih antara yang baik atau buruk.. yang cantik atau hodoh.. yang hitam atau putih.. ada masanya kita sendiri tak tahu yang mana satu sebenarnya terbaik untuk kita.. tak semestinya yang buruk itu kesudahannya buruk juga... adakalanya.. permulaan yang buruk itulah yang membawa kita ke arah yang lebih baik dan cantik.. kita sebenarnya tidak tahu apa2pun selain dari berserah segala pada Allah SWT.



Menyesal???... sebenarnya tiada apa yang perlu untuk kita sesalkan... segala sesuatu yang terjadi sama ada dengan niat kita atau tidak adalah perjalanan yang Allah SWT telah tentukan untuk kita.  Sebagai manusia yang bergantung sepenuhnya pada Allah SWT tiada sesalan sepatutnya wujud dalam kamus hidup kita.  Mari kita perbaiki iman kita dengan memahami sepenuhnya rukun Iman yang wajib kita percaya.. In Shaa Allah dengan kekuatan yang ada itu kita akan benar2 memahami.. tiada sesuatu pun yang pernah terjadi di muka bumi Allah ini tanpa keizinanNya.. cu…

6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT walaupun dengan Taubat

1- Makan harta anak yatim secara haram. (untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak terhapus). 2- Menuduh wanita solehah berzina. (Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT). 3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT. ( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Ar…

Jenaka atau Mengena?

Imej
Pada zaman Nabi s.a.w ada seorang lelaki yang dikenali di kalangan para sahabat sebagai seorang yang suka bergurau dan membuat mereka ketawa. Adakalanya gurauan lelaki itu dianggap keterlaluan,tetapi dia tetap diterima baik oleh Rasulullah s.a.w serta para sahabat.

Nama lelaki itu adalah Nu'ayman Ibnu 'Amr dari Bani Najar di Madinah.. Nu'ayman mempunyai keperibadian yang sangat menarik.Beliau bukan sebarang sahabat,tetapi seorang yang sama turut berjuang menegakkan Islam dalam peperangan-peperangan besar bersama Nabi s.a.w seperti Perang Badar,Uhud,Khandak dan lain-lain.Beliau juga adalah seorang sahabat Nabi s.a.w , berkahwin dengan saudara perempuan Abdul Rahman bin Auf r.a.



Sungguhpun begitu personaliti Nu'ayman sedikit berbeza,beliau amat gemar berjenaka dan mengusik para sahabat lain. Malah Rasulullah S.A.W sendiri 'dikenakannya',tetapi mengenali keperibadian Nu'ayman, Baginda s.a.w tidak sedikitpun memarahinya,malah turut ketawa dengan usikan lelaki itu…

Sunnah Hari Jumaat...

Imej
Semua di atas nie kita boleh buatkan.. terutama pada kaum lelaki.. mereka diberikan keistimewaan setiap hari jumaat.  Tapi tak salah pun kalau kita muslimat nak join sekali.. jom kita solat jumaat.. :D

Fadhilat Surah Yasin

Imej
Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yassin yang disebutkan di dalam banyak hadis. Antaranya: Rasulullah SAW bersabda; 1.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassindipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“. 2.  “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.” 3.  “ Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.” 4.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.” 5.  “Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.” 6.  “Sesiapa membaca Surah Yassin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, siapa membacanya dikala sesat jalan, akan

*_*

Imej
masa berlalu begitu pantas.. pejam celik sudah 7 hari kami kehilangannya.. dan ia masih terasa...
"Hanya pada Mu Ya Allah ku mohon ketenangan hati ini..."

Salam Maal Hijrah...

Imej
Maaf Zahir dan Batin... semoga kita mendapat peluang untuk menjadi bertambah baik... amiinnn

Sudah sampai waktunya...

Mak mertua akak adalah yng terbaik buat akak.. dia tidak pernah mencampuri urusan anak2 dalam mentadbir rumahtangga sendiri.. sebagai manusia sudah tentu pelbagai perasaan timbul bila berhadapan dengan karenah anak menantu.. tetapi dia terus bersabar.. Cuma apabila kesihatannya tidak berapa stabil kebelakangan ini... perasaannya sering terganggu... sangat memerlukan kehadiran anak2nya selalu... sebagai menantu adakala kita rasa sedikit terusik namun kerana tanggungjawab dan juga amanah.. kita redha dan menerima segala ketentuan Allah SWT.. mak (panggilan untuknya) sangat beruntung kerana mempunyai anak2 yang sanggup melakukan apa sahaja untuk dia.. Dan akak juga sangat beruntung kerana mempunyai suami yang sangat bertanggung jawab ada ibunya .. dan akak sangat berharap agar anak2 akak juga mengikuti contoh baik yang ditunjukkan.  Mak juga beruntung kerana anak perempuannya yang seorang ini (Ina) telah berhempas pulas menjaga dan memberi sepenuh kasih sayang pada ibunya yang satu satun…